Bella Diberi Makan Ayam Goreng Busuk Cili Ketika Ramadan Kata Saksi


 
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali (kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella, diberi makan seperiuk nasi yang dicurah cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta ayam goreng busuk pada bulan puasa oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
Yasmin Nahar Mahmood, 18, penghuni Rumah Bonda berkata, Bella disuruh Siti Bainun untuk menghabiskan nasi itu, walaupun remaja terbabit kenyang kerana telah curi-curi makan dan minum semasa ketiadaan Siti Bainun di rumah kebajikan itu.
“Ketika itu bulan puasa, Bella tidak makan nasi sebab dia terlampau kenyang kerana curi-curi minum air dan makan kerana di bilik dobi ada banyak barangan kering. Bella juga tidak dibenarkan makan dan minum sesuka hati, jadi Bella cari jalan untuk curi makan dan minum tanpa pengetahuan saya, Siti Bainun dan penghuni Rumah Bonda sebab dia takut.
“Apabila Siti Bainun balik malam itu dan dapat tahu Bella curi makan dan minum, Siti Bainun suruh dia (Bella) habiskan satu periuk nasi yang dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili,” katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Asiah Jalil yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berumur 13 tahun itu.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata, Siti Bainun pernah menggoreng ayam yang telah busuk dan turut mengarahkannya (Yasmin) berbuat demikian sebelum menyuruh Bella menghabiskan lima ketul paha ayam.
Yasmin berkata, Siti Bainun turut memberi Bella makan 20 biji cili padi dan meminta saksi itu atau seorang lagi penghuni Rumah Bonda yang dikenali sebagai Aida untuk mengira 20 biji cili tersebut.
Disoal seorang lagi peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf berhubung berapa kali kejadian itu berlaku dan adakah Siti Bainun meminta secara spesifik 20 biji cili padi itu, saksi itu menjawab: “Banyak kali juga dan memang Siti Bainun mahukan 20 biji cili itu”.
Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kejadian itu berlaku beberapa kali seminggu.
Farhan: Boleh kata empat kali seminggu?
Yasmin: Ok.
Farhan: Jadi kalau seminggu sudah 80 biji cili Bella makan, takkan mulut Bella tak melelas, melecet atau merah?
Yasmin: Mulut dia merah.
Farhan: Pada prosiding semalam, kamu kata Bella didera setiap hari selama empat bulan, jadi kalau kita kira lebih kurang 1,280 biji cili disumbat kepada Bella (dalam tempoh empat bulan) takkan mulut Bella tak melelas atau melecet.
Yasmin: Dia (Bella) makan, lepas itu buang balik.
Disoal Farhan sama ada dia mengetahui tahap kepedasan cili itu, Yasmin berkata, dia mengetahui kepedasan cili, namun tidak pernah makan cili yang dimakan Bella, selain bersetuju dengan cadangan peguam itu sekiranya terlebih makan pedas, ia menyebabkan perut memulas dan membuang air besar.
Menurut Yasmin, Siti Bainun juga pernah menyepak dan menendang perut remaja itu kerana tidak mendengar arahannya.
“Bila Bella tak dengar cakap dan tidak habiskan cili, Siti Bainun akan ugut hendak simbah air panas pada Bella. Siti Bainun akan arahkan saya dan Aida untuk pegang Bella dan paksanya melutut. Masa itu, Siti Bainun sepak dan tendang perut Bella,” katanya sambil memaklumkan Siti Bainun tidak membenarkan Bella minum air, termasuk minuman manis.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya remaja itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/bella-diberi-makan-ayam-goreng-busuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bella Dipaksa Oleh Siti Bainun Makan Nasi Cuka Ayam Goreng Busuk 80 Biji Cili Padi

Bella Dipaksa Oleh Siti Bainun Makan Nasi Cuka Ayam Goreng Busuk 80 Biji Cili Padi

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 431 hits
Bella dipaksa oleh Siti Bainun makan nasi cuka ayam goreng busuk 80 biji cili padiMahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam diberitahu remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella telah diberi makan seperiuk nasi dicurah dengan cuka...
Bella Makan 1 280 Cili Padi 30 Pembohongan Besar Saksi Peguam Siti Bainun

Bella Makan 1 280 Cili Padi 30 Pembohongan Besar Saksi Peguam Siti Bainun

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 378 hits
Sebelum ini saksi kelima yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood memberi keterangan bahawa remaja Sindrom Down Bella telah diberi makan 1 280 biji cili padi bagaimanapun didakwa sebagai pembohongan terbesar Menur...
Dakwaan Bella Dicurah Air Panas Dipaksa Makan Cili Adalah Rekaan Semata Mata Peguam Siti Bainun

Dakwaan Bella Dicurah Air Panas Dipaksa Makan Cili Adalah Rekaan Semata Mata Peguam Siti Bainun

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 251 hits
Foto Utusan MalaysiaDalam prosiding kes kanak kanak perempuan sindrom down Bella yang dilaporkan didera oleh pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menyaksikan peguamnya menegaskan saksi pendakw...
Adik Bella Dipaksa Makan Najis 20 Biji Cili Dan Disimbah Air Panas

Adik Bella Dipaksa Makan Najis 20 Biji Cili Dan Disimbah Air Panas

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 249 hits
AYHAN FERHATPendedahan terkini saksi terhadap kes penderaan adik Bella antaranya adik Bella dipaksa makan najis 20 biji cili dan disimbah air panas Kes penderaan adik Bella yang masih dalam perbicaraan kembali hangat diperkatakan apabila pe...
Hiburan Tiada Bukti Perubataan Bella Cedera Makan 1 280 Biji Cili Padi Peguambela Siti Bainun

Hiburan Tiada Bukti Perubataan Bella Cedera Makan 1 280 Biji Cili Padi Peguambela Siti Bainun

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 262 hits
Kes penderaan terhadap remaja Sindrom Down iaitu Bella masih lagi menjadi topik hangat bual bicara orang ramai di media sosial dan kebanyakkannya ingin mengambil tahu tentang perkembangan kes berkenaan Sebelum ini keterangan daripada seoran...
Tiada Laporan Perub4tan Bella Ceder4 Makan 1 280 Cili Peguam D4kwa S4ksi Lakukan 30 Penipvan

Tiada Laporan Perub4tan Bella Ceder4 Makan 1 280 Cili Peguam D4kwa S4ksi Lakukan 30 Penipvan

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 194 hits
Sebelum ini saksi kelima yang juga merupakan bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood memberi keterangan bahawa remaja Sindrom Down
Hiburan Jangan Aniaya Orang Jual Ayam Goreng Tak Basuh Netizen Mual Tengok Makanan Di Bazar Ramadan

Hiburan Jangan Aniaya Orang Jual Ayam Goreng Tak Basuh Netizen Mual Tengok Makanan Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 237 hits
Menjelang bulan Ramadan pastinya yang ditunggu tunggu oleh setiap orang adalah kemeriahan bazar menjual aneka jenis makanan dan minuman Namun sering kali kita membaca kisah mengenai pembeli yang kecewa dengan rasa makanan yang dibeli di baz...
Tembak Mati Kucing Makan Ayam Peliharaan Pesara Polis Didenda Rm6 500

Tembak Mati Kucing Makan Ayam Peliharaan Pesara Polis Didenda Rm6 500

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 286 hits
The ReporterFoto hiasanMahkamah Majistret Selayang menjatuhkan hukuman denda RM6 500 terhadap seorang pesara polis yang mengaku bersalah atas tuduhan menembak mati seekor kucing memakan ayam peliharaannya Pada 16 Disember 2021 tertuduh Zain...
Zulin Aziz Dirikan Solat Hajat Khas Untuk Adik Bella Di Raudhah Ketika Umrah

Zulin Aziz Dirikan Solat Hajat Khas Untuk Adik Bella Di Raudhah Ketika Umrah

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 198 hits
Rasanya ramai yang dah sedia maklum tentang k3s yang dialami oleh adik Bella iaitu remaja sindr0m d0wn yang did4kwa did3ra dengan teruk oleh pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Banyak artis influencer dan orang awam meletakkan justiceforbella ...
Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

It Takes More Than Just A Badge To Instil Patriotism

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Joker123th 100

Dior188

Turning Your Startup Dream To Reality

Tarikh Masa Dan Lokasi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor Bersama Pm

Ayah Jangan Nangis

Pasaran Memerlukan Bukti