Terpengaruh Beli Kek Tapak Kuda Di Tiktok
Masih belum reda lagi kan demam
Kek Tapak Kuda. Ya ampun waktu awal-awal dulu memang tak pandang pun sebab tak
minat makan kek yang terlalu manis.
Kalau lalu FYP dekat TikTok, nampak
seller letak filling Kek Tapak Kuda melimpah ruah. Entah macamana diaorang
boleh telan.
Lapisan kek dia nipis je, yang
buatkan dia jadi gebu dan tebal selepas dibalut dengan inti pilihan. Doktor
kalau tengok mesti geleng kepala.
Kek ni dapat gelaran Kek Tapak
Kuda sebab bentuk dia seakan-akan tapak kuda selepas dipotong. Ada banyak
pilihan untuk filling seperti Coklat, Matcha, Pistachio dan banyak lagi.
Anggaran harga untuk saiz kek
10inci sekitar belasan ringgit dan boleh mencecah puluhan ringgit. Harga ikut
perisa dan ada yang minta seller tambah perisa jadi bertambah juga harga.
Terpengaruh Beli Kek Tapak Kuda Di
TikTok
Setelah banyak kali tengok video
promosi Kek Tapak Kuda mula la terhasut. Diah agak memilih jadi memang cari penjual
yang dapat review yang baik.
Sebelum ni terhasut makan Sukiya pun sebab tengok TikTok. Hancur diet saya!
Seller Kek Tapak Kuda yang memang
kena battle habis-habisan kalau nak rasa adalah Kek Tapak Kuda Ustaz dan Kek
Tapak Kuda By Azra.
Ya ampun sangat la mencabar untuk
beli. Selalu Kek Tapak Kuda By Azra jual waktu live di TikTok, tak pernah lagi
dia letak bakul kuning dalam video.
Sama la juga kes dengan Kek Tapak
Kuda Ustaz Riduan yang selalu sebut MashaAllah, Astagfirullah. Itu sekelip mata
je boleh habis.
Biasa dia jual di TikTok Shop dan
juga Shopee. Ramai yang kata, hanya yang cukup amalan dapat beli kek ustaz.
Kalau ustaz buka affiliate ni mesti untung. Nak belajar Step By Step, Cara Daftar Affiliate Tiktok - tengok sini!
Diah pernah cuba battle sekali je
lepas tu frust gila sebab tak dapat. Biasa ustaz akan beritahu awal bila dia open
beg kuning dan bila pelanggan boleh beli di Shopee.
Jumpa bakers yang terkenal jual kek tapak kuda di Shopee - Azlina Ina. Banyak review yang bagus juga.
Boleh cuba.
Pertama Kali Rasa Kek Tapak Kuda
Selepas beberapa kali percubaan
gagal nak beli Kek Tapak Kuda Ustaz jadi cari seller lain yang sedap tapi
kurang berebut nak beli.
Sakit hati punya pasal Diah beli
dari dua penjual. Dua-dua Tengah meningkat naik ya. Kalau perasaan video dekat
TikTok asyik tiada je beg kuning.
Saja nak bagi sokongan kepada
produk lokal dan peniaga tempatan. Oh banyak je pilihan filling untuk Kek Tapak
Kuda tapi kebanyakkan masih guna barangan support Israel jadi Diah pilih perisa
yang selamat.
Kek Tapak Kuda yang pertama Diah
beli dari by Sugardelle. Agak popular di kalangan peminat kek itu. Saiz standard
10inci, Diah pilih Jeju Matcha Crunchy.
Diah juga beli Kek Tapak Kuda dari
Shima Gebulicious perisa Matcha Crunchy saiz 10 inci. Harga RM24. Berbaloi sebab
kek dia sedap lembut dan filling dia pun banyak.
Perisa kalau nak beli Diah boleh cadangkan
Matcha Crunchy dan Pistachio. Best seller diaorang Salted Caramel tapi Diah
belum pernah cuba.
Paling hot selling adalah Pakej
Combo tiga kek RM50. Haritu berjaya beli dan sold out dalam masa tiga minit. Best
sebab boleh pilih filling kecuali filling Kinder Bueno, Nutella.
Review Kek Tapak Kuda By
Sugardelle
Kalau nak makan tak comot korang
kena simpan kek sekejap dalam fridge. Kalau tak bila potong akan berlemuih
orang Utara cakap. Ahaks.
Diah suka bila tak letak dalam
fridge. Inti dia cair-cair waktu makan tu memang padu. Kalau tak lebih rela
asingkan filling yang separa beku dengan kek.
Pujian dan lima Bintang Diah
diberikan kepada Sugardelle sebab hasilkan kek yang begitu sedap. Sebelum buka
bungkusan plastik dah dapat bau wangi kek.
Kek dia lembut, tidak berminyak
dan filling Jeju Matcha Crunchy tu sangat sedap walaupun Diah tak minat sangat
matcha.
Bila makan tidak la rasa manis
nak arwah. Cuma jangan la makan selalu. Tak baik untuk Kesihatan.
Bukan semua orang dapat hasilkan
perisa matcha yang sedap. Bau dan rasa kena seimbang. Tak boleh terlebih kalau
tidak memang rasa pelik tak boleh telan.
Sugardelle bijak tak ada bau wangi bunga pun untuk Matcha dia, jadi memang sedap la dimakan.
Dari segi packaging pun elok Cuma
togel macam tu jelah. Yelah beli pon satu jenis je. Ahaks. Kotak dia besar dan
tebal jadi kek selamat tak penyek.
Review Kek Tapak Kuda By Shima
Gebulicious
Pujian harus diberikan kepada Shima
Gebulicious sebab pembungkusan, customer servis terbaik dan juga dapat pisau
pemotong kek. Jadi mudah nak makan walaupun waktu tu kita dekat luar.
Siap dapat nota peringatan
tentang kek. Yelah untuk elak dapat bad review elok la beritahu siap-siap
kepada pelanggan.
Nak pastikan kesedapan kek, bila
dapat je parcel kena cepat-cepat makan. Kalau simpan takut kualiti drop pula.
Kek dia cantik kemas je. Sayangnya
Diah tersalah pilih filling. Matcha Crunchy dia ada bau bunga Jasmin.
Ke salah eh, tapi ada bau wangi
tu lah. Ya ampun gigih nak telan ya. Akhirnya kita sedekah je pada jiran. Kalau
tidak memang berkulat dan buang ke tong sampah je.
Kek dia semua ok, lembut. Ada banyak pilohan jadi ikut selera tekak masing-masing. Boleh beli kek dekat sini - Kek Tapak Kuda
Kesimpulan
Puas hati dan bersyukur kepada
Allah sebab dapat rasa Kek Tapak Kuda. Korang nak rasa boleh beli dan cuba
sendiri. kalau sanggup battle cuba la beli Kek Tapak Kuda Ustaz Riduan, nanti Kongsi
ya review.
Korang yang buat affiliate dekat TikTok grab peluang jual benda tengah viral InshaAllah mendatangkan hasil. Ikut cara ni nak jadi Affiliate TikTok.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2024/01/terpengaruh-beli-kek-tapak-kuda-di.html