3 Resepi Kek Tapak Kuda: Original Nutella, Kinder Bueno dan Matcha Crunchy 10
Baru-baru kini, kek tapak kuda menjadi sebutan ramai khususnya di media sosial dek kerana ramai yang ‘mengidam’ untuk rasai keenakan kek tapak kuda yang dijual. Popular di aplikasi Tiktok kek tapak kuda yang dibuat oleh Ustaz Riduan menjadi kegilaan orang ramai. Namun, untuk mendapatkan kek tapak kuda ustaz Riduan itu teramatlah sukar!
3 Resepi Kek Tapak Kuda: Original Nutella, Kinder Bueno dan Matcha Crunchy 11
Kek tapak kuda Nutella adalah salah satu kek popular di Malaysia dan Singapura dan baru-baru ini mendapat populariti di Indonesia. Anda akan sering melihat kuih ini apabila menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kita panggil Lebaran di Indonesia.
3 Resepi Kek Tapak Kuda: Original Nutella, Kinder Bueno dan Matcha Crunchy 12
Kek ini dinamakan kek tapak kuda kerana bentuknya seperti ladam kuda. Teskturnya seakan sama dengan kek swiss roll. Kek roll tapak kuda berintikan 100% nutella dan sungguh terasa keenakannya bagi penggemar coklat.
3 Resepi Kek Tapak Kuda: Original Nutella, Kinder Bueno dan Matcha Crunchy 13
Anda rasa mahu belajar buat resepi kek tapak kuda sendiri tapi selalu kek tak menjadi, bila gulung selalu pecah, dan kek tak tahan lama? Kepada sesiapa yang nak belajar kek tapak kuda legend daripada Cik Dayang boleh pergi ke laman sesawang easybakelab.com untuk sertai kelas online bersama Cik Dayang!
3 Resepi Kek Tapak Kuda: Original Nutella, Kinder Bueno dan Matcha Crunchy 14
Jika anda ingin membeli kek tapak kuda secara online, anda boleh pergi ke KEK TAPAK KUDA PREMIUM BRUNEI ORIGINAL untuk memesan kek tapak kuda yang berharga serendah RM 18.00 – RM 28.00 sahaja. Antara kelebihan produk kek tapak kuda premium brunei ini adalah:
3 Resepi Kek Tapak Kuda: Original Nutella, Kinder Bueno dan Matcha Crunchy 15
Muhammad Riduan Mohd Noor iaitu dikenali sebagai Ustaz Riduan berusia 28 tahun ini menjadi popular apabila video membuat kek tapak kuda di Tiktok beliau viral dan mula ditemubual oleh media. Bisnes kek tapak kuda air tangan beliau ini pula sudah pergi jauh sehingga ke Sabah, Sarawak dan juga Singapura.
3 Resepi Kek Tapak Kuda: Original Nutella, Kinder Bueno dan Matcha Crunchy 16
Bahan-bahan
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225g gula castor
110g tepung gandum
10g susu tepung
135ml mentega cair yang disejukkan suhu bilik
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco
1/2 sudu teh serbuk penaik
Nutella secukupnya
Cara Buat Kek Tapak Kuda Nutella
Satukan telur, gula dan ovalette, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan yang plain dimasukkan ke dalam piping bag.
Sediakan 2 loyang berukuran 11×11 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega.
Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Kemudian, picitkan adunan plain dari piping bag- sejalur demi sejalur hingga menutup adunan coklat tadi (kalau kita tuangkan adunan plain ke atas adunan coklat yang dah rata tu dengan senduk/sudu nanti susah nak menjadi rata).
Bakar didalam ketuhar bersuhu 160’c selama 15- 20 minit. Sejukkan kejap.
Keluarkan kek dari dalam loyang, terbalikkan biar lapis coklat di atas. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.
Satu loyang boleh dapat 2 batang kek, total 4 batang. 4 batang.
Resepi Kek Tapak Kuda Kinder Bueno
3 Resepi Kek Tapak Kuda: Original Nutella, Kinder Bueno dan Matcha Crunchy 17
Bahan-bahan
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225 gm gula kastor
110 gm tepung gandum
½ sudu makan ovelet
10 gm susu tepung
½ sudu makan baking powder
½ sudu makan esen vanilla
½ sudu makan coklat emulco
135 gm butter dicairkan
Nutella
1 paket kinder bueno
Cara Buat Kek Tapak Kuda Kinder Bueno
Pukul gula dan telur sehingga kembang masukan ovelet dan pukul lagi.
Masukan tepung dandum,tepung susu dan baking powder yang telah diayak bersama kedalam adunan.
Pukul sehingga kembang, kemudian masukan mentega yang dicairkan dan gaul rata.
Ambil 300 gm adunan tadi dicampur dengan coklat emulco dan gaul rata.
Masukan adunan coklat tadi dalam acuan agak-agak rata permukaan.
Selebihnya adunan kuning masukan dalam piping bag dan picit ke atas adunan coklat sehingga rata dan bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dalam suhu 200 C.
Bila sudah masak terbalikan kek dan potong lah agak-agak utk boleh dilipat.
Sapu nutella atas warna coklat serta susunkan kinder bueno dan lipat dua menggunakan plastic wrapping.
Sudah selesai bolehlah dimasukan dalam peti ais untuk mengeraskannya dan supaya mudah di potong.
Resepi Kek Tapak Kuda Matcha Crunchy
3 Resepi Kek Tapak Kuda: Original Nutella, Kinder Bueno dan Matcha Crunchy 18
Bahan-bahan
4 biji telur gred A / 5 biji B
1/2 cawan gula castor
1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sdb ovellete
3 sdk susu tepung
1 sdk esen vanilla
125 gram marjerin/butter (dicairkan)
Cara-cara Buat Kek Tapak Kuda Matcha Crunchy
Pukul semua bahan kecuali butter cair sampai gebu dan kembang semua bahan. Bila sudah gebu dan fluffy, masukkan butter cair. Kaup semula hingga sebati.
Asingkan 100g adunan dan masukkan 1 sudu besar serbuk koko jika nak buat warna koko bahagian dalam tu.
Simpan sikit lebihan untuk lorekkan bahagian atas.
Tuang adunan ke dalam loyang saiz 10 inci. Bakar pada suhu 150°C selama 25-30 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Bila dah siap bakar, sejukkan sekejap dengan terbalikkan kek. Kemudian terbalikkan semula.
Boleh letak filling nutella dan matcha crunchy. Gulung dengan kemas dan wrap kek menggunakan plastik cyling wrap dengan kemas.
Simpan di dalam chiller sebelum potong untuk elakkan filling terlalu meleleh.
Bahan-bahan Inti Matcha Crunchy
150 gram white chocolate
80ml minyak jagung/masak
2 sdb serbuk matcha
2 cawan cereal
Cara-cara Buat Inti Matcha Crunchy
Double boil atau lebih senang masukkan saja ke dalam microwave untuk cairkan white chocolate bersama minyak. Kacau-kacau dan masukkan serbuk matcha. Kacau lagi sehingga sebati. Sejukkan.
Selepas sejuk barulah boleh masukkan cereal atau orang panggil nestum. Boleh beli di bakery.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |