Terpaksa Pantang Rumah Mentua Duduk Ruang Tamu Isteri Tak Selesa Emosi Terganggu Masa Pantang


Melalui satu tempoh berpantang selama 44 hari bukanlah satu waktu yang singkat. Apa lagi bila terpaksa melaluinya dalam keadaan tidak selesa seperti orang lain.
Sebenarnya memilih untuk berpantang di rumah mentua bukanlah satu kesalahan jika ruang peribadi ibu berpantang terjaga, lebih-lebih lagi untuk menyusu. Di sinilah suami perlu memainkan peranan.

Perkongsian Kaunselor Laktasi, Pn Nad Masrom ini membuatkan hati kita tersentuh. Sebaiknya elakkan ketidakselesaan ketika waktu pantang. Biar di rumah sendiri asalkan kita selesa dan bebas untuk menyusu dengan baik.
Saya teringat kepada satu kisah pengalaman saya menyantuni seorang ibu yang tertekan kerana anaknya keliru puting. Ibu minta saya datang bantu beliau beberapa tahun lepas. Bila saya datang, suasana di rumah nampak tegang.
Suami sekejap-sekejap keluar masuk. Seolah nak dengar apa luahan isteri kepada saya sedangkan saya masa tu sedang gigih pujuk bayi beliau menyusu semula.
Melihat keganjilan sikap suami, saya ajak isteri untuk berlatih menyusu di bilik memandangkan isteri nampak tak selesa nak menyusu di ruang tamu.
Dalam bilik, isteri teresak-esak menangis. Dari ceritanya, isteri merupakan seorang surirumah yang bergantung harap kepada pendapatan suami.
Sepanjang bercerita, sekali-sekala bahu isteri terhinjut-hinjut menahan sebak. Kisah bayinya keliru puting adalah kerana bayinya telah diberikan botol susu oleh staf kesihatan hospital. Dan staf kesihatan itu ialah suaminya sendiri!

Isteri diminta berpantang di rumah mertua. Dipaksa berpantang di ruang tamu (berbentangkan tilam) untuk tidur dan menyusu bagi memudahkan ibu mertuanya memantau sepanjang masa berbanding di dalam bilik.
Dalam rumah mertua ada adik-beradik suami yang lain. Isteri kepanasan. Perlu menutup aurat dalam pantang yang masih lagi baru berusia 2 minggu. Tak bebas nak buat apa-apa dan sangat tertekan nak menyusukan bayi dalam keadaan terbuka.
Dan saya tanya, apa respons suami bila dia dipaksa pantang sebegitu.
Isterinya jawab, suami penat kerja. Isteri dah pernah minta untuk berpantang di rumah ibunya sendiri tapi ditentang suami dengan alasan rumah ibu suami lebih dekat dengan tempat kerja beliau. Kami dalam bilik tak lama. Masa suami keluar rumah, itulah peluang isteri masuk ke dalam bilik sekejap bersama saya.
Suami yang memang ambil cuti khas sempena saya nak datang menyantuni isterinya, kedengaran balik dan masuk ke rumah.
Saya nampak ibu tadi panik dan ajak saya ke ruang tamu semula. Masa tu sudah tengahari. Saya datang dari jam 10 pagi. Saya nampak suami mundar mandir. Seolah beri isyarat.

Isteri minta izin sekejap dari saya, dan minta saya bantu jagakan bayi. Saya terpinga sekejap. Isteri yang sedang berpantang 2 minggu, yang masih kelam kabut uruskan bayinya yang tak pandai menyusu, yang tak selesa dipaksa berpantang di ruang tamu, rupanya kena ke dapur hidangkan makanan kepada suami pula.
Ruang tamu tempat saya berada dan dapur tak jauh. Ruang makan dapur pula terbuka. Jadi saya nampak suami duduk sambil isteri tadi ambil air basuh tangan, tuangkan air basuh tangan untuk suami, sendukkan nasi beserta lauk serta tuangkan air untuk suami menjamu selera. Tah kenapa, saya rasa sebak kasihan pada ibu berpantang itu.
Patutlah ada ayat seperti ‘SUAMI BERMUTASI MENJADI BAYI YANG PERLUKAN PERHATIAN’. Saya tahu segala apa yang dilakukan isteri pasti diredai suami. Tapi melihat keadaan isteri, saya rasa empati sebab suami tidak menunjukkan simpati.
Isteri tidak disantuni untuk berpantang dengan tenang dan menyusukan bayi dalam keadaan selesa dan bebas dalam keadaan isteri boleh buka tudung dan pakai baju yang selesa.
Malah saya tak nampak sejak tadi bila ibu ini makan. Biasanya ibu menyusu ni kan kerap lapar. Dah tengah hari, ibu ini pula perlu hidang makan pada orang yang tak berpantang dan ada kudrat nak angkat senduk sendiri. Tapi, tetap si isteri menjalankan TUGAS UTAMA demi suami.
Selalunya saya akan lihat (sewaktu home visit), ahli keluarga akan bantu ingatkan ibu berpantang makan atau hidangkan makan tengahari kepada mereka mengikut waktunya. Tapi ini terbalik pula.

Hakikatnya, sesi hari itu tidak berjalan lancar. Namun, isteri kelihatan sedikit lega kerana sekurangnya ada teman untuk mendengar apa yang dia rasa. Bayinya yang keliru puting tidak dapat dibantu sehingga saya minta izin undur diri. Banyak kekangan sewaktu sesi kaunseling bersama ibu. Dan kekangan paling besar yang saya lihat ialah TIADA SOKONGAN SUAMI kepada si ibu.
Saya rasa ralat dan sedih sebab tak dapat bantu ibu. Tapi apakan daya, itulah limitasi saya sebagai kaunselor penyusuan susu ibu. Kita membimbing dan selebihnya bergantung kepada usaha si ibu.
Cuma bersyukurnya suami benarkan isteri panggil saya datang ke rumah. Tapi isteri perlu berjuang sendiri. Walaupun suami staf kesihatan, belum tentu suami ada empati kepada isteri sendiri.
Mungkin kerana ‘beras suami yang beli’. Jadi, suami rasa lebih penat dan perlu dihargai. Tahlah. Saya tak berani nak komen lebih-lebih. Bimbang saya mengajar ibu-ibu jadi isteri menderhakai suami. Bukan itu maksud saya. Cuma saya merujuk kepada common sense dari cerita ini.
Sedih bila melihat kaum sendiri tidak dilayani. Dan menyimpan duka dalam hati yang saya rasa suaminya juga tidak berusaha untuk mengerti.
Ini baru satu kisah. Ada juga beberapa kisah yang meruntun hati, saya simpan sekian lama tak pernah kongsi di sini. Itulah cabaran seorang wanita yang duduk di rumah bergelar ISTERI. Yang ramai lihat seperti hamba abdi. Tanpa perlu dikasihani. Kerana mereka fikir, golongan ini sudah banyak berehat sendiri.
Seolah-olah kerja sebagai suri tidak layak mendapat cuti. Walaupun berpantang, tetap perlu menjadi SURI. Walaupun hati mungkin penuh DURI.
P/s: Gambar ni ialah saya ketika berpantang Ali waktu pandemik. Kami berpantang sendiri. Syukurlah kami walaupun masa ni serba serbi tak sempurna, tapi suami berusaha yang terbaik semampunya.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Terpaksa Pantang Rumah Mentua, Duduk Ruang Tamu” Isteri Tak Selesa, Emosi Terganggu Masa Pantang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/terpaksa-pantang-rumah-mentua-duduk-ruang-tamu-isteri-tak-selesa-emosi-terganggu-masa-pantang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Emosi Pasangan Terganggu 3 Perkara Ini Dianggap Remeh Tapi Boleh Rosakkan Rumah Tangga

Emosi Pasangan Terganggu 3 Perkara Ini Dianggap Remeh Tapi Boleh Rosakkan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 177 hits
Dalam perhubungan suami isteri sikap pasangan memainkan peranan penting Masing masing perlu menurunkan ego untuk memastikan rumah tangga yang dibina atas rasa cinta berkekalan sehingga ke akhir hayat Namun ramai pasangan suami isteri walaup...
Bunuh Isteri Jiran Sempat Lihat Suspek Tergesa Gesa Keluar Rumah

Bunuh Isteri Jiran Sempat Lihat Suspek Tergesa Gesa Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 192 hits
ARAU Jiran kepada lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dengan menggunakan sebilah pisau di sini pagi tadi mengaku terkejut dengan kejadian itu Mad Radzi Ismail 41 yang tinggal bersebelahan rumah mangsa berkata pasangan dikenali sebaga...
Nak Gaduh Suami Isteri Jeling Jeling Anak Dulu Emosi Anak Terkesan

Nak Gaduh Suami Isteri Jeling Jeling Anak Dulu Emosi Anak Terkesan

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 287 hits
Hidup berumahtangga pasti ada ketidaksefahaman yang kadang kala melanda kehidupan kita Namun paling utama kala dilanda ujian ini elakkan bertekak sehingga boleh menjejaskan emosi anak anak View this post on Instagram Anak anak orang yang pa...
Renovasi Ruang Belakang Rumah Mama Papa Boleh Jadikan Tempat Anak Anak Bermain

Renovasi Ruang Belakang Rumah Mama Papa Boleh Jadikan Tempat Anak Anak Bermain

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 158 hits
Renovasi Ruang Belakang Rumah Mama Papa Boleh Jadikan Tempat Anak anak Bermain Ruang di belakang rumah selalunya ramai yang melakukan proses renovasi untuk extend dapur supaya nampak lebih luas Biasanya lebihan ruang di belakang rumah dijad...
Hiburan Ibu Mentua Juga Tanya Kenapa Post Macam Tu Yonnyboii Pertahankan Isteri Hantaran Ig Story Cuma Salah Faham

Hiburan Ibu Mentua Juga Tanya Kenapa Post Macam Tu Yonnyboii Pertahankan Isteri Hantaran Ig Story Cuma Salah Faham

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 163 hits
Baru baru ini melalui sesi temubual bersama pihak Kosmo penyanyi rap YonnyBoii mengakui berlaku salah faham mengenai nbsp posting isterinya Nik Nazira Narriman sebelum ini mengenai cara pemilihan pakaian Kata YonnyBoii hantaran itu merupaka...
Hiburan Semua Duduk Rumah Buat Cekodok Ke Sepi Suasana Depan Kedai Keida Crepe Pelik Mana Pelanggan Lari

Hiburan Semua Duduk Rumah Buat Cekodok Ke Sepi Suasana Depan Kedai Keida Crepe Pelik Mana Pelanggan Lari

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 278 hits
Melalui laman Instagram usahawan sensasi Kieda Crepe dia ada memuat naik video memaparkan keadaan terkini kedai pencuci mulutnya yang terletak di Penang itu Kata Kieda atau nama sebenar Nur Khalieda Yusra kedainya kini berhadapan dengan pen...
Isteri Tak Minta Lebih Bila Suami Bantu Bereskan Kerja Rumah Dialah Paling Bahagia

Isteri Tak Minta Lebih Bila Suami Bantu Bereskan Kerja Rumah Dialah Paling Bahagia

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 270 hits
Nak menggembirakan hati isteri sebenarnya bukanlah terlalu payah Cukup hanya membantunya mengurangkan beban dan tanggungjawab menguruskan rumah dan bantu kerja rumah isteri sudah terlalu bahagia Perkongsian seorang suami yang merupakan seor...
Ibu Ibu Ambillah Masa Untuk Ber Me Time Penting Untuk Kualiti Emosi

Ibu Ibu Ambillah Masa Untuk Ber Me Time Penting Untuk Kualiti Emosi

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 116 hits
Ibu ibu Ambillah Masa Untuk Ber ME TIME Penting Untuk Kualiti Emosi Ibu ibu zaman sekarang tanggungjawab mereka sangatlah mencabar Setiap hari dihambat dengan kesibukan tugas tugas di tempat kerja Mana hendak memikirkan soal kerja yang perl...
Hiburan Pelakon Wanita Popular Berstatus Isteri Orang Kini Diintai Jutawan Duda

Hiburan Pelakon Wanita Popular Berstatus Isteri Orang Kini Diintai Jutawan Duda

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 371 hits
Khabarnya seorang selebriti jelita yang sering memaparkan kebahagiaan dalam perkahwinan tetapi sebaliknya di belakang tabir telah diintai seorang ahli perniagaan bergelar jutawan berstatus duda Meskipun sering menayang kebahagiaan rumah tan...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam