Terokai Langkawi Nature Park Dan Mangrove Boardwalk
Untuk edisi Pengembaraan bersama
AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi
yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.
Semasa AM berpeluang untuk
menerokai Langkawi Nature Park bermula dari Jeti Kilim Geoforest Park. Dari
Jeti Kilim AM dan team menaiki bot menyelusuri Sungai Kilim untuk ke Langkawi
Nature Park.
TEROKAI LANGKAWI NATURE PARK
DAN MANGROVE WALK
MENYELUSURI SUNGAI KILIMSepanjang menyelusuri Sungai Kilim dan Mangrove Walk, banyak yang AM dan lihat dan pelajari perihal alam semulajadi dan hidupan yang terdapat sini.
AM dan team menaiki bot dari Jeti Kilim Karst Geoforest Park. AM sangat teruja kerana berpeluang menyelusuri
sepanjang Sungai Kilim yang menyimpan seribu khazanah berharga.
Sungai ini menjadi daya tarikan
terbaru di pulau Langkawi kerana struktur geologi yang menarik terutama sekali
hutan paya bakau.
Paya bakau Sungai Kilim ini merupakan kawasan pertemuan
antara air tawar dan air masin. Di sinilah pelbagai spesies ikan, udang, ketam
dan lain-lain membiak bagi membekalkan protein kepada manusia.
Terdapat bukit-bukau yang menegak
di sepanjang sungai ini. Bukit-bukau ini sebahagian daripada batu kars yang
berwarna agak kehitaman menonjol di kiri dan kanan sungai. Permandangannya
begitu indah kerana sukar didapati ditempat lain.
MANGROVE BOARDWALK
Dari Jeti Kilim ke Jeti Mangrove Boardwalk hanya mengambil masa 20 minit dengan menggunakan bot. Memang seronok naik bot sambil dapat menghayati keindahan hutan paya bakau sepanjang Sungai Kilim.
Pada 2018 laluan pejalan kaki di Langkawi
Nature Park telah beroperasi dengan
ukuran sejauh 800m. Ia bermula di hujung bahagian rekreasi / zoologi Taman ke
jeti LNP di sepanjang Sungai Kilim. Hutan bakau meliputi sekurang-kurangnya 35
ekar.
Laluan ini mudah dan AM boleh berjalan
santai di sepanjang laluan laluan dan mengambil masa kira-kira 45 minit. Bsikal
juga disediakan untuk disewa di sepanjang Mangrove Boardwalk namun AM lebih
memilih untuk berjalan sambil melihat dan menghayati kehijauan dan keindahan ekosistem
yang terdapat di sini.
Boardwalk dibuka kepada pengunjung
antara 12 tengah hari dan 7 malam, dengan kemasukan terakhir dibenarkan pada 6
petang.
WILDLIFE LANGKAWI NATURE PARK
Langkawi Nature Park masih dalam
fasa pemuliharaan dan pembaikan untuk menjadi Taman Rekreasi Flora dan Fauna.
Namun AM berpeluang untuk melihat Hyena (Dubuk) dan melakukan aktiviti Bird
Feeding. AM sangat berharap, akan lebih banyak haiwan dari spesies yang jarang
ditemui dapat dilihat di Langkawi Nature Park.
MENJAMU SELERA DI LANGKAWI
NATURE PARK
Uniknya di kafe Langkawi Nature
Park turut menyajikan menu lazat dari Scarborough Fish & Chips. Selepas
penat melakukan aktiviti di Langkawi Nature Park, menu ini semestinya sangat
sesuai dinikmati dengan pemandangan di kawasan persekitaran Langkawi Nature
Park.
LANGKAWI NATURE PARK
Alamat: Jalan Ayer
Hangat, Hutan Simpan Kuala Kisap
07000 Langkawi, Kedah
Tel.: +6012-904 9200
laman web: https://www.naturepark.my/
SEKALUNG PENGHARGAAN:
Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba
ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays
dan disokong oleh KembaRojak.
Pakej Nature-Based Travelers 2MY
diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai
Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan
tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.
Hubungi nombor/e-mel di bawah
untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.
QTT GROUP PLT
Telefon: +60174079734
atau +60193036008
E-mel:
[email protected]
Boleh mention Kod QTTNBT-01
untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2024/03/terokai-langkawi-nature-park-dan-mangrove-boardwalk.html