Terngiang Ngiang Suara Arwah Mahu Makan Durian


 


Sumber Harian Metro 
Zuhainy Zulkiffli
[email protected]
MOHD Zaid menunjukkan foto anak sulungnya, Nur Rania Adelia yang meninggal dunia dalam kebakaran di unit kondominiumnya di Jalan Dr Wu Lien Teh. FOTO Zuhainy Zulkiffli
Georgetown: "Ketika tiba di rumah, keadaan agak gelap kerana asap sudah berkepul dan saya hanya menemukan anak kedua sedang menangis di ruang tamu," begitu kata Mohd Zaid Husmin, 34, mengenai kejadian kebakaran di unit kondominiumnya di Jalan Dr Wu Lien Teh, di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, anak sulungnya Nur Rania Adelia, 6, meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap.
Mohd Zaid berkata, sebelum kejadian, dia bersama isterinya Tuti Harnida Harun, 34, dan anak bongsunya berusia setahun keluar ke pasar bagi membeli barangan keperluan.
Menurutnya, arwah bersama anak keduanya, Muhammad Ariq Zakwan, 4, yang sedang tidur ditinggalkan di rumah.
"Berikutan mereka nyenyak tidur, saya ambil keputusan untuk tinggalkan mereka sebentar, tambahan pula pasar terletak tidak jauh dari rumah iaitu kurang lima minit perjalanan.
"Saya turut mengaktifkan aplikasi Zoom bagi memantau secara langsung keadaan anak di rumah," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini.
Mohd Zaid berkata, kira-kira 10 minit ketika berada di pasar, dia terdengar anak keduanya menangis menerusi aplikasi itu selain melihat kepulan asap memenuhi ruang tamu rumah lalu mereka bergegas pulang.
Katanya, sebaik tiba di rumah, anak keduanya ditemukan di ruang tamu sedang menangis, namun dia tidak dapat mengesan Nur Rania Adelia.
"Saya selamatkan Muhammad Ariq Zakwan dahulu sebelum masuk semula ke dalam rumah dan keadaan asap tebal menyebabkan saya sukar mengesan kedudukan Nur Rania Adelia.
"Hanya selepas saya membuka tingkap bagi ruang pengudaraan, Nur Rania Adelia dilihat terbaring di atas tilam di bilik utama dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya.
Menurutnya, pasukan bomba yang tiba memberi rawatan dan bantuan pernafasan sebelum anak sulungnua dibawa ke HPP bagi rawatan lanjut.
Katanya, dia reda kejadian yang menimpa keluarganya dan berharap orang ramai tidak menyalahkan sesiapa.
"Tiada ibu bapa yang mahu tinggalkan anak di rumah dalam keadaan begitu, malah saya juga mengambil inisiatif mengaktifkan aplikasi Zoom bagi memantau mereka secara langsung.
"Terngiang-ngiang suara Nur Rania Adelia mahu makan durian, malah dia kelihatan gembira dan ceria selepas saya bawa pulang buah itu, semalam," katanya.
Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan mangsa meninggal dunia selepas dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala adik lelakinya terselamat dalam kejadian itu.
Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 9.05 pagi. HARIAN METRO


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/06/terngiang-ngiang-suara-arwah-mahu-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Kebakaran Rania Nak Durian Masih Terngiang Ngiang Suaranya Kami Reda

Sebelum Kebakaran Rania Nak Durian Masih Terngiang Ngiang Suaranya Kami Reda

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 249 hits
Ketika tiba di rumah keadaan agak gelap kerana asap sudah berkepul kepul dan saya hanya menemui anak kedua sedang menangis di ruang tamu kata Mohd Zaid Husmin 34 yang kematian anak sulungnya dalam kebakaran di rumahnya di Kondominium The Ri...
Murah Rezeki Hamba Allah Yang Memberi Mengidam Makan Durian Musang King Impian Sarah Tertunai

Murah Rezeki Hamba Allah Yang Memberi Mengidam Makan Durian Musang King Impian Sarah Tertunai

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 343 hits
Rezeki kita tak pernah tersalah alamat Begitulah halnya dengan penyanyi Siti Sarah yang mengidamkan durian Musing King ketika hamil Memuat naik satu posting di Instagramnya kerana terlalu ingin untuk menikmati buah durian jenis Musing King ...
Kebakaran Rumah Makan Di Gowa Satu Orang Meninggal Dunia Dan Tiga Luka

Kebakaran Rumah Makan Di Gowa Satu Orang Meninggal Dunia Dan Tiga Luka

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 288 hits
Adapun identitas tiga korban mengalami luka yakni Edy Samsul Baco dan Sofyan yang merupakan karyawan rumah makan tersebut Korban langsung dievakuasi ke RSUD Syekh Yusuf Gowa untuk mendapatkan perawatan
Pemain Harimau Malaya Buat Hal Di Bahrain Safawi Dengan Sumareh Bergadvh Masa Tengah Makan Punca Sebenar Dided4hkan

Pemain Harimau Malaya Buat Hal Di Bahrain Safawi Dengan Sumareh Bergadvh Masa Tengah Makan Punca Sebenar Dided4hkan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 252 hits
Kuala Lumpur Skuad Harimau Malaya dike jutkan ins iden perg aduhan antara dua tonggak sayap Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid ketika pasukan sedang menikm4ti makanan tengahari di hotel penginapan di Manama Bahrain hari ini
Kah Kah Makan Taik

Kah Kah Makan Taik

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 396 hits
HAMDAN TAHAApa pun ini Azmin lulus kan dulu ada ceramah PAS tu di Kelantan pas tak akan kerjasama dengan kerajaan yang luluskan kasino di genting dan kilang arak Tak boleh capur taik dengan bubur kata mereka lah sebelum dapat dapat taik pun...
Resipi Donat Gebu Gebas Cukup Lembut Gebu Habis Licin Anak Makan

Resipi Donat Gebu Gebas Cukup Lembut Gebu Habis Licin Anak Makan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 381 hits
Sebut sahaja donat pasti ia menjadi kesukaan anak anak kita Setiap kali diletakkan di atas meja tidak sampai setengah jam donat habis licin Inilah penangan kuih yang satu ini Tidak yakin untuk mencuba menghasilkan kuih kesukaan anak anak Re...
Bila Orang Sikit Jadi Jutawan Dan Billionaire Makan Duit Rakyat Orang Ramai Akan Jadi Miskin

Bila Orang Sikit Jadi Jutawan Dan Billionaire Makan Duit Rakyat Orang Ramai Akan Jadi Miskin

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 322 hits
1 Tuan tuan awal pagi tadi saya telah menerima video berikut melalui Whatsapp Kandungan suara dalam video ini amat sedih Petang ini pula Free Malaysia Today telah pun muat naik berita ini di website mereka Sila dengarlah video itu dulu Rayu...
Kelebihan Makan Tempe

Kelebihan Makan Tempe

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 512 hits
KELEBIHAN MAKAN TEMPE Tempe adalah makanan yang biasa dimakan oleh orang Jawa di Malaysia terutama di Johor dan Selangor Ia adalah kacang soya yang melalui proses fermentasi dengan menggunakan ragi Tempe mempunyai kandungan nutrisi yang heb...
Viral Harga Pecel Lele Yang Mahal Di Malioboro Tiga Warung Makan Akhirnya Ditutup Sementara

Viral Harga Pecel Lele Yang Mahal Di Malioboro Tiga Warung Makan Akhirnya Ditutup Sementara

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 334 hits
Rencananya ketiga warung tersebut akan dimintai keterangan pada Senin mendatang Semoga menemukan titik terang
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jep Syukur Dapat Hadiah Bermakna Dedah Anak Disahkan Autisme

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await