Termenung Tak Larat Saat Saat Akhir Bayi Ini Sebelum Meninggal 271 Hari Didera Ibu Angkat Doktor Dedah Cara Didera


Sebak! Hanya itu sahaja perkataan yang mampu diungkapkan apabila membaca berita tentang bayi ini. Tidak mampu melawan, hanya senyum apabila dipaksa, cuba menahan sakit dan hidup seperti biasa walaupun setiap hari didera oleh ibu angkatnya. Dia keliru, apakah salahnya? Dia hanyalah bayi yang berusia 16 bulan ketika itu.
Wajah ceria JungIn sebelum diambil oleh keluarga angkatnya 13 Januari 2021 perbicaraan pertama sebutan kes yang berlaku di Korea, sebut satu-satu kesalahan apa yang mak angkat baby ni dah buat. Akan ada perbicaraan kedua dan ketiga. 17 Februari 2021 adalah tarikh perbicaraan kedua.

Didera dalam tempoh yang lama (271 hari) sehingga mati. Punca kematian adalah dari pankreas yanang pecah, hanya beban sebanyak 3800-4200 Newtons sahaja yang mampu menyebabkan pankreas dalam abdomen baby pecah dan ini bersamaan berat seorang wanita dewasa yang berdiri dari atas sofa melompat pijak perut bayi yang baring di lantai.
Tempurung kepala retak, tulang bahu patah, tangan kaki patah, tulang rusuk jugak banyak patah dan ada yang tumbuh semula tanpa diberi rawatan sepatutnya.

Baby Jung In didera fizikal dan mental oleh ibu angkatnya, dia juga tidak diberi makan dengan betul sehingga menyebabkan kekurangan nutrisi. Dikurung dalam bilik gelap dibiarkan menangis sehingga tidur keletihan, disuap makanan panas yang baru keluar dari microwave, diberi makan cili, sering ditinggal bersendirian di dalam kereta, disimbah air panas.

Baby Jung In juga seperti dipukul dengan objek keras dan besar dalam keadaan tangan tergantung sampai ada kecederaan teruk di bahagian ketiak. Jangan pernah kita lupa apa yang terjadi dekat baby ni. Teruskan berdoa moga keadilan berpihak pada Jung In. Moga Allah mendengar setiap satu doa dari hambaNya.
 
Keadaan Usus Yang Bocor Buat pengetahuan semua, Jung In kene bukan sikit-sikit. Usus dia bocor, ini menyebabkan 90% cecair (bersamaan 600ml air) dalam badan memasuki ususnya yang koyak. Usus Jung in penuh gas, darah dan nanah. Bagitau aku macam mana baby nak terima makanan kalau perut dia sendiri bukan dalam keadaan yang baik.
Bagitau aku macam mana usus budak sampai bocor koyak, kerja siapa kalau bukan mak bapak angkat dia yang zalim. Bila budak tak boleh terima makanan kau salahkan budak tu picky eater katanya, sebab tu tak cukup nutrisi. Ada kau bawak dia jumpa doctor tak check apa masalah??

Tak ada kan? Mak angkat dia tak pernah pun dapatkan rawatan sepatutnya dari hospital untuk baby Jung In, sedangkan tulang bahu patah pun dia letak anduh bodoh macam tu je berbulan-bulan sampai budak tu meninggal dia biarkan je patah! Hujung hayat Jung In, dia kene serangan Jantung sebanyak 3 kali. Bayi sekecil ini, kene serangan jantung

Bila cikgu taska bawak ke hospital mak angkat meroyan mengamuk-ngamuk dekat taska kenapa bawak anak pegi hospital. Kalau kau sejenis mak bapak elok tak ada la cikgu taska kena ambik peranan kau. Aku betul tak boleh digest perangai si Jang Ha Young ni. Yang suami pulak jenis takut bini mengikutttt je!
Masalah semua berpunca dari mak angkat dia tapi hujung-hujung dia tolak semua salah dekat Jung In jugak. Jung In mati jatuh sofa kata nya. Ya Rabbi. Kau nak menipu apa lagi la hai. Berat dia 50kg pegi pijak baby berat 8kg. Bayangkanlah daya yang Jung In kene tanggung!

Gambaran cara ibu angkat Jung In bawak dia, rangkul dekat leher macam tu. Masuk dalam lif dia letak baby dekat tempat pemegang tu dia belek-belek muka dekat cermin ada lagi satu rakaman cctv lif, dia tolak stroller kuat-kuat sampai langgar dinding lif. Berpaut la baby kuat-kuat takut jatuh dari stroller. Time tolak keluar lif pun tolak kasar-kasar sampai terangkat dua tayar depan.

Inilah hari terakhir Jung In di taska sebelum dia pergi buat selamanya..Dia nazak tak ada siapa pun yang tahu nasib dia untuk esok hari.. dipijak-pijak ibu angkat yang tak ada hati perut, sampai pecah pankreas Jung In. Dua hari tak diberi makan sebelum meninggal, diseksa pulak dengan kejam.
Cikgu cuba suap makanan tapi dia tak mampu nak makan Dia lemah sangat-sangat. tak boleh berdiri.. bergilir-gilir cikgu pegang and peluk dia. Cikgu cuba berdiri kan dia tapi dia Tak larat. Makan pun tak boleh. Perut dia dah tak boleh terima makanan. Walaupun selembut-lembut pisang.

Termenung dia duduk tersandar, mungkin fikir nasib diri. Dia sendiri tak faham apa yang jadi. Gambar last sekali tu masa dia nak balik, cikgu bagitau ayah dia yang dia tak larat jalan ayah dia panggil juga suruh datang. Nampak ketara dia punya langkah tu berat.
Dua hari sebelum meninggal Jung In tak dibagi makan. Macam mana la sampai tak pecah kalau dalam keadaan macam ni ditekan pulak dengan beban yang tinggi.  Waktu pagi hari Jung In kritikal tu jiran ada dengar bunyi berdentum kuat macam org baling benda ke lantai, itu pun dia boleh cakap dia tak tau apa jadi dekat Jung In, jatuh sofa je kata nya. dia ada keluar statement Jung In tak banyak menangis, doctor kata baby dah tak boleh nangis dah kalau dia nangis dengan kuat tulang rusuk dia yang patah tu bergerak-gerak boleh sebabkan dia lagi sakit. Antara tahan sakit dengan tahan nangis, baby terpaksa tahan nangis. Perit nya ya Allah
Allah. Kalau teringat Jung In memang tak ada perkataan lagi dah aku dapat sebut. Terlalu perit. Didera 271 hari, anak ini akhirnya pergi tanpa ada siapa pun dapat selamatkan dia. Aku harap si Jang dengan Ahn dapat hukuman setimpal. Harap dia rasa segala apa yang dia buat dekat baby ni. Kejam!
 
View this post on Instagram  
A post shared by ND (@runa8002)

Moga keadilan sentiasa berpihak buat Jung In.

Ada dalam 20org masa dorang shooting (untuk satu rancangan dalam TV di Korea) dekat rumah si Jang mak angkat yang dera baby ni sampai mati dalam video di atas. Mustahil tak ada sorang pun yang nampak keadaan budak ni. Kenapa semua butakan mata!!! Tengok air muka dia pun kita tau dia confused dia tak betul-betul happy.
Aku sendiri dari jauh dalam gambar je pun aku nampak bahu belah kanan dia biru besar, tah apa la perempuan ni buat. Ni baju yang Jung In pakai ni baju anak dia masa umur 4 bulan padahal masa ni Jung In dah umur 14 bulan ye tuan puan.
Macam mana boleh muat?? Sebab perempuan ni tak bagi Jung In makan dengan betul! Dia suapnya makanan panas berasap dari microwave, sumbat nya sos maggie samyang yang pedas tu, dia bagi baby ni makan makanan expired satu tin 7hari berturut-turut.
Betul-betul kejam si Jang Ha Young ni. Tu dahi tu kene shoot dengan pistol mainan siapa buat? Bapak angkat dia yang buat!
Sekarang orang luar dah boleh hantar petitions. Ada yang nak join x ? Boleh hantar ke [email protected] atau contact sy www.wasap.my/60126864246/JungIn
Nak kumpul banyak-banyak dan hantar sekali terus ke sana.. Saya ada tanya pasal hantar petitions ni melalui email tapi buat masa ni email tak diterima. Benda ni serius, bukan org Korea je marah satu dunia marah termasuk saya sendiri. Tak terbayang penderitaan yang ditanggung.
Kredit: Adibah Najib

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Termenung Tak Larat” Saat-Saat Akhir Bayi Ini Sebelum Meninggal. 271 hari Didera Ibu Angkat, Doktor Dedah Cara Didera appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/termenung-tak-larat-saat-saat-akhir-bayi-ini-sebelum-meninggal-271-hari-didera-ibu-angkat-doktor-dedah-cara-didera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 18 Hari Maut Selepas Mulutnya Dicium Doktor Dedah Bahayanya

Bayi 18 Hari Maut Selepas Mulutnya Dicium Doktor Dedah Bahayanya

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 248 hits
Kadang kala tanpa kita sedari ada risiko yang menanti ibu dan bapa apabila membenarkan bayi mereka dicium oleh orang ramai Walaupun ia dianggap perkara biasa namun ia boleh mendatangkan risiko kepada bayi anda Risiko mencium mulut bayi bole...
Mama S Choice Produk Penjagaan Diri Sebelum Dan Selepas Bersalin Selamat Halal Dan Semula Jadi Untuk Ibu Dan Bayi

Mama S Choice Produk Penjagaan Diri Sebelum Dan Selepas Bersalin Selamat Halal Dan Semula Jadi Untuk Ibu Dan Bayi

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 314 hits
Assalamualaikum Setelah bercuti hujung minggu hari ini kembali untuk mengadap kerja dan paling tidak dilupa untuk update blog Serius mood memang tak de Minggu lepas memang hari yang sangat sibuk buat Fiza sampaikan tiada masa untuk diri sen...
Ditikam Ketika Lindungi Ibu Dari Pencuri Remaja Lafaz Syahadah Sebelum Meninggal

Ditikam Ketika Lindungi Ibu Dari Pencuri Remaja Lafaz Syahadah Sebelum Meninggal

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 645 hits
Baru baru ini masyarakat London dikejutkan dengan berita seorang remaja lelaki bernama Hussain Chaudhry dilaporkan meninggal dunia sewaktu melindungi ibunya daripada ditikam perompak Kejadian itu berlaku di hadapan rumahnya yang terletak di...
Cara Kami Luahkan Perasaan Dini Schatzmann Dan Janna Nick Kongsi Ayat Petikan Setiap Hari

Cara Kami Luahkan Perasaan Dini Schatzmann Dan Janna Nick Kongsi Ayat Petikan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 247 hits
Siapa sahaja tak kenal dengan pasangan merpati sejoli dalam dunia seni tempatan iaitu Janna Nick dan Dini Schatzmann Sentiasa menyokong antara satu sama lain walaupun ketika badai melanda hubungan mereka nyata mendapat sokongan peminat BACA...
Belah Perut Ibu Hamil 8 Bulan Larikan Bayi

Belah Perut Ibu Hamil 8 Bulan Larikan Bayi

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 260 hits
MetroAgensiMacae Seorang ibu yang sarat mengandung lapan bulan ditemukan maut dalam keadaan menyayat hati apabila perutnya dibelah dan bayinya dilarikan suspek Pamella Ferreira Andrade Martins 21 ditemukan mati di rumahnya di Nova Holanda B...
Normal Kalau Bayi Baru Lahir Gayat Atau Dipanggil Refleks Moro Tapi Kalau Lebih 6 Bulan Kena Jumpa Doktor

Normal Kalau Bayi Baru Lahir Gayat Atau Dipanggil Refleks Moro Tapi Kalau Lebih 6 Bulan Kena Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 284 hits
Bagi ibu bapa yang baru menimang anak kecil pasti anda sering risau dan peka akan setiap pergerakan dan tingkah laku si manja anda Kadangkala anda semestinya bingung melihat bayi menggigil tersentak ketika tidur dan sebagainya Usah bingung ...
Tak Perlu Risau Ambil Gas Entonox Bimbang Terkesan Pada Ibu Bayi Pakar Kongsikan Faktanya

Tak Perlu Risau Ambil Gas Entonox Bimbang Terkesan Pada Ibu Bayi Pakar Kongsikan Faktanya

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 273 hits
Sakit bersalin bukanlah main main Kesakitan di luar sedar yang memaksa ibu melakukan pelbagai cara untuk meredakannya Bagi mengurangkan rasa sakit terlampau ini gas entonox disarankan kepada ibu ketika kontraksi berlaku Pun begitu ada sebil...
Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 352 hits
Adakah anak anda baru dilahirkan dan anda berasa terkejut melihat warna kulit bayi anda yang mungkin kemerah merahan Jangan bimbang ibu bapa kerana ia adalah sesuatu yang normal Setiap bayi tidak mempunyai warna kulit yang sama kerana merek...
Tanda Bayi Anda Dehidrasi Dan Cara Mengatasinya

Tanda Bayi Anda Dehidrasi Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 316 hits
Untuk beberapa bulan pertama kehidupan bayi hanya bergantung kepada diet cecair sama ada melalui penyusuan susu badan atau susu formula dan walaupun kerap menyusu tetap ada risiko untuk mereka mengalami masalah kekurangan air atau penyahhid...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm