Tanda Bayi Anda Dehidrasi Dan Cara Mengatasinya


Untuk beberapa bulan pertama kehidupan, bayi hanya bergantung kepada diet cecair, sama ada melalui penyusuan susu badan atau susu formula, dan walaupun kerap menyusu, tetap ada risiko untuk mereka mengalami masalah kekurangan air atau penyahhidratan, sama seperti individu dewasa.

Gambar hiasan.

Namun, benarkah bayi juga boleh mengalami masalah kekurangan air? Jika benar, apakah tanda dehidrasi pada bayi yang boleh dikenal pasti serta cara mengatasinya?

Dehidrasi atau penyahhidratan bermaksud bayi anda kehilangan terlalu banyak air dan tidak dapat minum (susu) secukupnya untuk menggantikannya dengan segera.

Saiz tubuh yang kecil menjadikan mereka lebih mudah kehilangan air dan mengalami penyahhidratan. Dalam kes serius, ia boleh membahayakan jika tidak dirawat.

Jadi, adakah sebarang tanda dehidrasi pada anak yang boleh ibu kenal pasti?

Tanda Dehidrasi Pada Anak

Umumnya, simptom dehidrasi adalah berbeza bergantung kepada jumlah kehilangan air yang dialami anak.

Ia juga berbeza pada bayi baru lahir, bayi dan kanak-kanak.

Tanda penyahhidratan pada bayi baru lahir:
Bahagian ubun-ubun bayi tenggelam. Tidur terlalu lama (lebih daripada kebiasaan walaupun untuk seorang bayi). Mata kelihatan tenggelam. Menangis dengan hanya sedikit atau tiada air mata. Meragam. Tangan dan kaki yang sejuk atau berubah warna. Kulit berkedut.
Tanda dehidrasi pada bayi dan kanak-kanak:
Tiada keinginan bermain. Penat atau meragam. Lampin kering untuk tempoh 6 jam atau lebih. Mata tenggelam. Tangisan tanpa atau sedikit air mata. Mulut kering. Sembelit atau sukar/kurang membuang air besar (jika masalah kekurangan air disebabkan tidak minum air secukupnya). Tangan sejuk. Pernafasan pantas. Degupan jantung yang laju.
PUNCA DEHIDRASI PADA ANAK

Bayi baru lahir

Bayi baru dilahirkan sering mengalami sedu apabila pertama kali belajar menghisap susu.

Mereka juga mungkin berdepan kesukaran untuk menelan dan mencerna susu.

Hakikatnya, bayi yang mengalami masalah berkaitan lekapan puting dan kesukaran menghisap susu adalah situasi biasa.

Disebabkan itu, adakalanya bayi kehilangan berat badan pada minggu pertama kehidupan mereka.

Punca lain:
Bekalan susu ibu rendah pada minggu awal selepas bersalin. Bayi tidak dapat menyedut susu dengan baik pada puting ibu atau puting botol. Bayi kerap terjeluak atau muntah susu. Susu badan ibu tidak seimbang atau bercampur air dan garam (keadaan jarang berlaku).
Bayi dan kanak-kanak

Bayi yang sudah besar dan kanak-kanak mempunyai punca kehilangan air yang hampir sama.

Kebiasaannya berlaku apabila mereka tidak sihat seperti selesema, sakit perut, dan mengalami intoleransi atau alahan kepada makanan. Ini boleh mengakibatkan dehidrasi.

Faktor penyebab lain:
Cirit-birit. Muntah. Berpeluh. Demam. Keadaan terlalu panas.
RAWATAN RUMAH CEGAH TANDA DEHIDRASI PADA ANAK

Kaedah untuk cegah penyahhidratan bergantung kepada penyebabnya dan umur anak, seperti:

Penyusuan badan lebih kerap

Lakukan penyusuan secara berkala walaupun si manja mungkin mengalami masalah dalam teknik lekapan.

Biarkan bayi anda mencuba untuk menyusu dan berehat sebentar apabila mereka tampak letih.

Cuba menyusukan anak kembali selepas 15 minit atau lebih.

Gunakan botol susu atau dropper feeding

Jika bayi sukar menyusu badan, pamkan susu dan berikannya menggunakan botol atau dropper feeding.

Andai susu badan tidak mencukupi, berikan susu formula sebagai tambahan. Ini pastinya dapat membantu mengatasi dehidrasi.

Cuba susu formula berbeza

Sekiranya bayi menyusu susu formula, anda boleh cuba menukarkan jenama lain dan lihat perbezaannya pada bayi.

Pakaian malam yang ringan

Seandainya anak mudah mengalami peluh pada waktu malam atau ketika tidur, pakaikan pakaian yang membolehkan mereka mudah bernafas.

Penggunaan air suam

Sekiranya si kecil mengalami demam, tuamkan badan mereka menggunakan air suam. Ia dapat membantu mengurangkan masalah kekurangan air dalam badan.

Aiskrim

Untuk mengatasi masalah dehidrasi, berikan anak lebih banyak cecair dan aiskrim pastinya pilihan terbaik.

Hasilkan ais krim sendiri daripada jus atau puri buah-buahan.

Makanan berjus

Jika tidak mahu berikan aiskrim, maka anda boleh membiarkan anak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Terdapat pelbagai pilihan buah-buahan seperti tembikai, oren, timun atau tomato.

Kesimpulan

Bayi dan kanak-kanak mudah terdedah untuk mengalami kekurangan air kerana faktor saiz tubuh yang kecil.
Tanda dehidrasi pada anak boleh terjadi apabila mereka mengalami cirit-birit atau muntah.

Penyahhidratan yang serius boleh berlaku dan ia keadaan bahaya untuk si kecil.

Lakukan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya si manja demam panas atau mengalami simptom kehilangan air.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Air Perlu Cukup Dalam Badan Terutamanya Ketika Cuaca Panas?Tanda-tanda Strok Haba Dan Perkara Perlu Dilakukan Jika Ia Berlaku
sumber: hellodoktor



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2021/03/simptom-bayi-dehidrasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Berkesan Sendawakan Bayi Selepas Menyusu Dan Sedang Tidur

Cara Berkesan Sendawakan Bayi Selepas Menyusu Dan Sedang Tidur

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 342 hits
WAJIB SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU Adakah perlu untuk membuatkan bayi sendawa setiap kali selesai menyusu Benar Wajib okay Wajib Jangan sesekali lupa untuk sendawakan bayi sebaik saja selepas menyusu Ini kerana bayi akan terlena sebaik s...
Termenung Tak Larat Saat Saat Akhir Bayi Ini Sebelum Meninggal 271 Hari Didera Ibu Angkat Doktor Dedah Cara Didera

Termenung Tak Larat Saat Saat Akhir Bayi Ini Sebelum Meninggal 271 Hari Didera Ibu Angkat Doktor Dedah Cara Didera

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 553 hits
Sebak Hanya itu sahaja perkataan yang mampu diungkapkan apabila membaca berita tentang bayi ini Tidak mampu melawan hanya senyum apabila dipaksa cuba menahan sakit dan hidup seperti biasa walaupun setiap hari didera oleh ibu angkatnya Dia k...
Cara Buat Cili Kisar Boleh Tahan Selama Sebulan Dan Tidak Berbau

Cara Buat Cili Kisar Boleh Tahan Selama Sebulan Dan Tidak Berbau

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 309 hits
Cili kisar ni mak mertua yang ajar Dia dulu seorang peniaga nasi berlauk dan mi yang dijual di kedai makan di Singapura Memang wangi aroma tumisan cili ni bila dimasak senang ringkas dan mudah bila bila masa nak guna Bila dah ada cili kisar...
Cara Buat Roti Bom Homemade Yang Sedap Lembut

Cara Buat Roti Bom Homemade Yang Sedap Lembut

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 293 hits
Sedapnya Roti Bom Bagi yang menggemari hidangan ini bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Ijat Tiya ni Sangat mudah dan tak renyah pun Tak perlu juga canai dan tebar doh macam buat Roti Canai Simple kan Sesuai sangatlah dijadikan ...
Cara Check Scammer Online

Cara Check Scammer Online

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 389 hits
Scammer sekarang bagai cendawan tumbuh selepas hujan lagi lagi melalui platform online ini Jadi kita sebagai pengguna berhati hatilah sentiasa Semak atau check terlebih dahulu dengan siapa anda berurusan sama ada menggunakan nombor telefon ...
Kena Sedut Perlahan Lahan Dalam Dalam Baru Berkesan Kalau Gas Entonox Ni Tak Jalan Kena Cuba Cara Lain

Kena Sedut Perlahan Lahan Dalam Dalam Baru Berkesan Kalau Gas Entonox Ni Tak Jalan Kena Cuba Cara Lain

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 279 hits
Ibu ibu yang sedang menahan sakit kontraksi biasanya akan meminta ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan yang kuat Biasanya ibu yang bakal bersalin ini akan diberikan gas entonox bertujuan untuk melegakan sedikit kesakitan Namun tak sem...
Cara Cara Buat Puding Karamel Mudah Pasti Jadi

Cara Cara Buat Puding Karamel Mudah Pasti Jadi

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 258 hits
Ramai yang suka makan Puding Karamel Lembut lemak dan manis Memang sedap Namun ada ketika bila buat sendiri puding seakan tak menjadi Sedihnya Usah bimbang kerana resipi Puding Karamel mudah perkongsian saudara Saiful di bawah ni ada boleh ...
Skim Bantuan Bulanan Rm200 Hingga Rm400 Zakat Kelantan Ini Syarat Amp Cara Mohon

Skim Bantuan Bulanan Rm200 Hingga Rm400 Zakat Kelantan Ini Syarat Amp Cara Mohon

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 363 hits
Rakyat Negeri Kelantan yang terdiri daripada golongan asnaf layak menerima zakat boleh membuat permohonan Skim Bantuan Bulanan sebanyak RM200 hingga RM400 yang akan dibayar setiap bulan Pastikan anda membuat semakan kelayakan serta syarat k...
Cara Turunkan Berat Badan Dengan Kayuhan Basikal 30 Minit Sehari

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Kayuhan Basikal 30 Minit Sehari

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 350 hits
Jadikan senaman ringan setiap hari sebagai aktiviti mesti bagi anda Contoh senaman ringan yang boleh dilakukan adalah berbasikal berjogging lompat bintang berlari atas treadmill dan sebagainya Walaupun pakar kesihatan mengatakan senaman han...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


30 Tanda Tanda Hati Kotor

Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini