Terlupa Judul Lagu Ini Cara Cari Lagu Dengan Bersenandung


Pernahkah anda ingin mencari lagu yang sedap didengar tetapi terlupa judul lagunya? Lebih parah bukan setakat judul, liriknya juga turut terlupa. Jika anda pernah menghadapi masalah sedemikian, maka saya ingin kongsikan bagaimana cara untuk cari lagu dengan bersenandung (humming) menggunakan fungsi terbaru “Hum to search” pada aplikasi Google Assistant.
Apa itu Hum to search? Google menerusi aplikasi Google Assistant telah mengemaskini gajet tetapan lalai (default) di telefon bimbit anda dengan memasukkan fungsi yang dikenali sebagai “Hum to search“. Menerusi fungsi ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengingati lirik untuk mencari lagu yang diinginkan. Cukup dengan bersenandung (humming), bersiul (whistle) atau menyanyi secara terus di telefon bimbit, menggunakan suara sahaja mampu memudahkan anda untuk mencari lagu kegemaran.
Kelebihannya jika anda merakamkan suara, Google menerusi algoritma kecerdasan buatan akan cuba mengenalpasti senarai lagu yang dicari anda. Anda tidak perlu mempunyai suara seperti Dato Siti Nurhaliza atau Zaiton Sameon semata-mata ingin mendapatkan nada (pitch) lagu yang tepat. Sebaliknya suara sumbang tidak punyai masalah. Asalkan nada suara anda jelas, itu sudah cukup.
Kenapa?
Ini kerana setiap lagu yang berada di pasaran mempunyai melodi yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Menerusi identiti tersebut, senandung anda itu akan dimodelkan dan ditukar kepada urutan nombor yang mewakili melodi. Jika anda tidak bersenandung sebaliknya menghalakan telefon bimbit anda pada radio sekalipun, AI yang dibangunkan Google ini akan mengenalpasti persamaan daripada pelbagai sumber dan ia akan membuang semua bunyi yang tidak perlu seperti bunyi bising dan bunyi peralatan (instrument) dan mula memproses carian.
Bagaimana cara menggunakannya? Apa yang anda perlu buat adalah dengan membuka aplikasi Google Assistant anda. Pastikan ia dikemaskini dengan versi terbaru. Tekan butang mikrofon di bahagian kotak carian atau anda boleh aktifkan pencarian automatik dengan arahan “Hey Google“.
Kemudian berikan arahan dengan berkata “what’s this song?” pada aplikasi Google Assistant.  Selepas itu satu antaramuka rakaman suara akan terpapar di telefon bimbit anda. Anda boleh mula merakamkan suara dengan bersenandung (humming) lagu kegemaran anda itu dalam tempoh 10-15 saat.
Lagu melayu atau lagu inggeris pun tidak ada masalah asalkan nada anda kena dengan lagunya. Ketika artikel ini ditulis, fungsi ini menyokong hampir lebih 20 jenis bahasa. Namun sayangnya fungsi itu termaktub pada pengguna android sahaja. Bagi pengguna iOS, fungsi “hum to search” hanya mampu menyokong carian bahasa inggeris sahaja (noob).

 
Selepas selesai bersenandung, Google akan mengenalpasti keputusan carian. Mereka akan memaparkan senarai lagu yang dicari anda berserta judul lagu, artis dan peratusan ketepatan suara.
Kami membuat percubaan fungsi ini Kami turut cuba untuk cari lagu dengan suara merdu kami. Tetapi versi senandung sahaja la. Ternyata ketepatannya ditahap yang memuaskan. Saya dapat mencari lagu-lagu yang saya inginkan dalam niche yang berbeza. Bahasa juga berbeza. Saya mencuba carian tajuk lagu dari pelbagai bahasa.
https://azmirshah.com/wp-content/uploads/2021/02/New-video.mp4 Terdapat 5 carian yang saya buat pada video ini. Antaranya lagu melayu (pada syurga diwajahmu), lagu inggeris (bed of roses), lagu indo (Denn assalam), lagu EDM (Animals) dan lagu korea (Just right). Nampaknya carian saya itu berakhir tanpa sebarang masalah dan hasil cariannya memuaskan.
Reaksi kami tentang fungsi ini? Masalah mencari lagu ini adalah masalah global, bukan setakat orang Malaysia, orang US pun mempunyai masalah yang sama. Tau lagu “du du du du”, tapi tajuk lagu tidak tahu, lirik pun tidak tahu. Jadi apabila Google menyelesaikan masalah ini, saya rasa kagum dengan teknologi yang dipelopori Google.
Maklumlah di zaman ini kebanyakan daripada kita melayan lagu-lagu yang berbentuk instrumen dan Electronic dance music (EDM), jadi ada sesetengah daripada lagu tersebut tidak mempunyai lirik untuk diingati. Jadi agak sukar untuk pendengar mencari judul lagu tersebut untuk disimpan di senarai lagu personal seperti Spotify atau Youtube Music.
Baca juga: 7 Fakta Mengenai Google Yang Anda Mungkin Tidak Tahu
Baca juga: 20 Fakta Menarik Mengenai Apple Yang Anda Tidak Tahu
Mujurla ada Google Assistant yang dikemaskini dengan fungsi “Hum to search” ini, jadi kesulitan itu tiada lagi. Kita juga tidak perlu mengambil langkah tambahan dengan memuat turun aplikasi lain yang kita jarang guna seperti Shazam untuk mengenalpasti lagu. Tak kan dah dengar dan dapat lagu yang diinginkan kita nak buang balik aplikasi itu bukan?
Jadi apa pandangan anda tentang fungsi ini? Adakah anda mempunyai masalah yang sama? Sukakan fungsi cari lagu dengan bersenandung daripada Google ini? Kongsikan diruangan komen.
The post Terlupa judul lagu? Ini cara cari lagu dengan bersenandung appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/cara-cari-lagu-dengan-bersenandung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sop Ketat Cari Juara Lagu

Sop Ketat Cari Juara Lagu

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 208 hits
Mengurangkan kru dan sistem kerja berkala menjadi antara kaedah diperkenalkan Primeworks Studios bagi memastikan Anugerah Juara Lagu Ke 35 yang disiarkan secara langsung tanpa penonton pada 14 Mac depan selamat Penerbit Eksekutif AJL35 Nurh...
Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Secara Homemade

Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Secara Homemade

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 345 hits
Sedapnya Aiskrim Kacang Merah ni Kalau makan dikala musim panas memang best dan boleh sejukkan badan Andai beli aiskrim potong di kedai haih sekejap je dah habis lebih lebih lagi kalau keluarga ramai kan Jadi jom buat sendiri guna resipi pe...
Mengenal Cara Berinvestasi Reksadana Secara Cermat

Mengenal Cara Berinvestasi Reksadana Secara Cermat

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 264 hits
Jika anda akan melakukan yang aman dan nyaman maka anda akan dapat memilih perusahaan yang menyediakan berbagai layanan investasi menyesuaikan dengan kebutuhan anda sehingga anda akan mendapatkan banyak keuntungan dan mendapatkan sedikit re...
Cara Masak Nasi Dalam Kuantiti Banyak Menggunakan Periuk Kawah

Cara Masak Nasi Dalam Kuantiti Banyak Menggunakan Periuk Kawah

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 635 hits
Cara Masak Nasi Dalam Kuantiti Banyak Periuk nasi kawah digunakan untuk memasak nasi dalam kuantiti banyak Perbezaan periuk nasi kawah dengan periuk nasi biasa adalah dari segi saiz dan kaedah memasaknya menggunakan periuk kawah perlu dibua...
Cara Dan Waktu Timbang Berat Yang Betul

Cara Dan Waktu Timbang Berat Yang Betul

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 360 hits
Assalamualaikum Ok hari ini aku nak kongsikan mengenai TIMBANG BERAT Masa dan ketika yang betul Aku tahu banyak carian di google untuk perkara ini tapi masih banyak yang timbang pada waktu yang salah pic credit to https berserkon com Bagi m...
Cara Beli Dan Dapatkan Jersey The Red Warriors Kelantan Fc 2021

Cara Beli Dan Dapatkan Jersey The Red Warriors Kelantan Fc 2021

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 657 hits
Beli Jersi The Red Warriors Semuanya bermula dengan seorang lelaki pertengahan usia menelefon seseorang di dengan membelakangi kamera Jersey The Red Warriors 2021Pada babak yang seterusnya sebuah kereta MPV memasuki laman kawasan berupa cha...
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ikut Bergosip Isu Fattah Amin Amira Othman

Saya Pendosa Yang Cuba Jadi Lebih Baik Luahan Nora Danish Buat Ramai Tersentuh

Komik Epik Lagenda Hang Tuah Akan Diterbit

Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa