Sop Ketat Cari Juara Lagu


Mengurangkan kru dan sistem kerja berkala menjadi antara kaedah diperkenalkan Primeworks Studios bagi memastikan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 yang disiarkan secara langsung tanpa penonton pada 14 Mac depan, selamat.
Penerbit Eksekutif AJL35, Nurhul Huda Khalid, berkata jadual tugasan kru akan disusun bagi mengelak kerja dilakukan secara berkelompok.
"Semua tindakan diambil mesti menitikberatkan keselamatan dan kesihatan petugas, vendor, kontraktor dan artis.
"Kami juga akan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengelak penularan COVID-19 dalam kalangan kita," katanya kepada BH Online.
Kelmarin, TV3 mengumumkan AJL35 disiarkan secara langsung tanpa penonton dari Auditorium MBSA, Shah Alam, pada 14 Mac depan, mulai jam 9 malam selepas ditunda, bulan lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (RTMP) dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh dilaporkan berkata, pihaknya bersedia menganjurkan AJL35 dalam norma baharu.
Khairul Anwar berkata, TV3 memanfaatkan kebenaran dan kelonggaran diberi Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk persembahan secara langsung, berkuatkuasa sejak 8 Januari lalu.
Bagaimanapun, tarikh berkenaan bukanlah muktamad kerana perlu akur dengan ketetapan yang bakal diumumkan MKN dari masa ke semasa berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Nurhul Huda berkata, persiapan menganjurkan AJL35 kembali rancak selepas keputusan dibuat untuk meneruskan projek itu.
"Sejak awal tahun, kami sudah memikirkan konsep, membuat penggambaran membabitkan jenama dan iklan serta berbincang dengan finalis mengenai persembahan yang mahu ditampilkan," katanya.
Nurhul Huda berkata, menyedari tarikh 14 Mac belum dianggap muktamad, pihaknya perlu memberi keutamaan kepada tugas yang perlu disiapkan.
"Jika PKP dilanjutkan, kami akan mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan dan arahan semasa MKN," katanya,

Penerbit Eksekutif AJL35, Nurhul Huda Khalid.Tambahnya, SOP ketat akan dilaksanakan termasuk dalam aspek sanitasi premis dan peralatan.
"Kami juga akan mewajibkan ujian saringan COVID-19 kepada semua kru dan artis sebelum acara kemuncak berlangsung.
"Jika ada individu didapati positif, mereka perlu dikuarantin. Andai ada finalis didapati dijangkiti wabak berkenaan, mereka dikehendaki mencari pengganti," katanya.
Ditanya reaksi finalis terhadap penundaan dan tarikh baharu AJL35, Nurhul Huda berkata, semua artis faham situasi dialami.
"Mereka prihatin dan peka isu semasa. Sejak pengumuman AJL35 ditunda, finalis tidak merungut sebaliknya bersifat terbuka dan reda dengan keadaan menimpa negara.
"Bukan sahaja artis, penari latar dan pemuzik juga faham situasi dihadapi. Kita juga tahu pendapatan mereka terjejas," katanya.
Mengenai ketiadaan penonton pada malam kemuncak, Nurhul Huda berkata, perkara itu tidak akan menjejaskan kualiti dan kredibiliti acara.
"Saya yakin pengacara iaitu Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari serta persembahan artis mampu memeriahkan suasana.
"Saya yakin semua finalis akan memberi persembahan terbaik demi peminat setia," katanya.

Ziana Zain akan muncul dalam persembahan interlude bertemakan Projek Band.Nurhul Huda berkata, antara dirancang adalah dendangan lagu istimewa berjudul Baik Semula di pentas AJL35.
"Lagu itu bakal didendangkan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju.
"Single ini dicipta khas untuk AJL35 oleh Faizal, Mage, Mike Chan, Karim Karam dan Tuju.
"Kita juga akan menampilkan persembahan interlude bertemakan Projek Band. Segmen ini dijayakan Hujan, Hazama & The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret," katanya.
Tirai AJL35 akan dibuka Ratu Rock Ella, Naim Daniel dan Yonnyboii. Segmen Projek Band dihangatkan lagi dengan kemunculan penyanyi vokal mantap, Ziana Zain, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah.
Bharian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2021/02/sop-ketat-cari-juara-lagu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ingkar Patuhi Sop Ketat Atau Bersedia Kompaun Lebih Tinggi

Jangan Ingkar Patuhi Sop Ketat Atau Bersedia Kompaun Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 205 hits
Pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi adalah bukan berkaitan dengan bantuan tunai tambahan atau moratorium automatik yang diharapkan rakyat tetapi tumpuan kerajaan ketika ini adalah untuk mengetatkan SOP dan kompaun lebih tinggi Ini adal...
Masjid Dan Surau Di Kedah Di Buka Dengan Sop Ketat

Masjid Dan Surau Di Kedah Di Buka Dengan Sop Ketat

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 398 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua sahabat sahabat semua Semoga Allah memelihara sahabat sahabat semua Insha Allah Bersama sama kita memutuskan rantaian Covid 19 ini dengan pakat menjaga kesihatan masing masing dan jangan di lupa...
Terlupa Judul Lagu Ini Cara Cari Lagu Dengan Bersenandung

Terlupa Judul Lagu Ini Cara Cari Lagu Dengan Bersenandung

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 260 hits
Pernahkah anda ingin mencari lagu yang sedap didengar tetapi terlupa judul lagunya Lebih parah bukan setakat judul liriknya juga turut terlupa Jika anda pernah menghadapi masalah sedemikian maka saya ingin kongsikan bagaimana cara untuk car...
Polis Cari Personaliti Media Sosial Didakwa Langgar Sop Rentas Negeri Hadir Majlis Perkahwinan Rakan

Polis Cari Personaliti Media Sosial Didakwa Langgar Sop Rentas Negeri Hadir Majlis Perkahwinan Rakan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 333 hits
476 total views 476 views today Sebelum ini netizen meluahkan rasa bengang apabila mereka melihat foto dan video mengenai sekumpulan personaliti media sosial yang dipercayai merentas negeri ke Pantai Timur untuk menghadiri sebuah majlis per...
Lirik Lagu Dikirim Jangan Dipesan Jangan Dayang Nurfaizah

Lirik Lagu Dikirim Jangan Dipesan Jangan Dayang Nurfaizah

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 265 hits
Sejak kita berpisahHatiku sedih bertambah piluTerkenang masa dahuluBila kau di sampingkuMengikat janji berpaduSayup Kini tinggal kenanganSerangkai kisah cinta denganmuApakah kesalahankuDulu pernah kumerayuNamun dikau membisu Jangan ku kau h...
Lirik Lagu Tak Tertulis Haikal Farid

Lirik Lagu Tak Tertulis Haikal Farid

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 317 hits
Di dalam hatikuTertulis namamuYang kan selalu adaMenemani setiap detakku Meskipun sang waktuSempadankan ragaTapi tetap jiwaKan menyatu dengan namamu KekasihKu larut di dalam kasihmuKekasihMenanti engkau kembali Kau takkan pernah tergantiSam...
Lirik Lagu X Missing U Dayang Nurfaizah Faizal Tahir Tuju Yonnyboii

Lirik Lagu X Missing U Dayang Nurfaizah Faizal Tahir Tuju Yonnyboii

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 419 hits
Inikah penghujungnyaKesudahan semuaDan bukannya ku pintaBegini akhirnyaTutup saja semua cerita Lupakan saja semuaSemua janji yang terciptaCukup sudah kau mainkanPerasaan dan hati Setiap kali kau pergi kau kembali kataI I m missing uI I m mi...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa