Terliurnya Tengok Gambar Resipi Pun Kreatif Confirm Anak Tak Tolak Tepi
Memujuk anak untuk makan sememangnya memerlukan usaha yang hebat daripada ibu bapa. Bukan hanya rasa makanan perlu sedap, bahkan gaya hiasan, warna dan sebagainya juga perlu kuat dengan daya tarikan supaya anak berjaya untuk makan.
Resipi yang dikongsikan oleh ibu ini, Nurhidayah Anhar ini memang super awesome. Resipi yang disediakan bukan hanya kreatif dan nampak sedap bahkan juga kesemua gambar yang dikongsikan oleh ibu ini cantik-cantik belaka.
Malah daya kreativitinya mencipta ala-ala bento dan hiasan pelbagai karektor kartun pastinya buat anak tertarik untuk makan. Memang serius cantik dan terliur. Jom intai beberapa resipi yang dikongsikannya.
Menu yang saya baru try untuk anak saya. Full cream seeloknya intro masa 8m. Tapi saya baru try sikit sikit since my daughter dah 7m21day. Full cream below 1year kena masak atas api.
Resipi Super Cute!
Memang rajin. Siap ada mata dan hiasan seperti mickey mouse. Anak suka lah kalau macam ni.
Friendly Fruit Oat Monster
Cara:
Masak oat dengan susu full cream.
Susun buah ikut suka hati.
Teddy Bear Pancake
For baby who have tried egg yolks only.
Ingredients:
Unbleached wheat flour
Full cream milk (agak agak)
Egg yolk
1 tbsp butter
How to :
Mixed all the ingredients.
Drop batter onto pan and spread it to make a round shape
Flip when 3/4 is cooked.
Lempeng Oat Raspberry
Ingredients:
Oat
Full cream milk
Tepung gandum
Telur
Unsalted butter
Handful raspberry
How to :
Mixed all the ingredients
Drop batter onto pan and spread it to make a shape
Resipi Warna-Warni
Bijaknya ibu ini bermain dengan warna supaya dapat tarik perhatian anak. Aneka buah seperti buah naga, anggur, kiwi dan sebagainya mampu tarik perhatian anak. Sihat pulak tu. Semua cantik dan sedap.
Frozen Yogurt / Yogurt Bark
Cara:
Isikan yogurt dalam bekas.
Letakkan buah-buahan potong di atasnya.
Biarkan semalaman.
Agar Agar Pandan Santan
Bahan bahan:
Agar agar tali 8 helai around sejengkal macam tu
Kurma yang dah di steam 3 biji
Daun pandan agak agak
Santan segar yang dah di frozen 5 ketul
Caranya:
Blend kurma, daun pandan. Tapis. Sis tak tapis, sis busy. Put aside.
Rebus agar agar sampai tak nampak tali.
Masukkan bahan blend, masukkan santan.
Sejukkan suhu bilik, then letak peti sejuk.
Resipi Sihat
Ini pula gabungan menu sihat bila gunakan sayur dan beberapa jenis makanan sihat lain. Sesekali bertukar buat anak tak jemu.
Cheesy vege potato ball
Ingredients:
Carrot (optional)
Daun bawang (optional)
Kentang
Isi ayam (optional)
Tepung gandum agak agak boleh bentuk jadi bulat
Cheese beqa potong bentuk cube (9 months and above)
How to:
Sagat carrot
Rebus / steam kentang dan lenyekkan
Cincang ayam halus
Campurkan semua bahan kecuali cheese
Bulatkan doh, masuk cheese
Goreng sampai kekuningan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/09/terliurnya-tengok-gambar-resipi-pun.html