Salah Sikit Je Terus Merajuk Cara Anak Berekspresi Mak Ayah Perlu Bantu Alihkan Perhatian


Anak terlampau kuat merajuk pastinya memeningkan kepala ibu dan ayah. Melayan karenah si anak dengan rajukan setiap masa pastinya menjentik rasa kesabaran yang tinggi. Soalnya mengapa anak terlampu suka merajuk setiap masa atau ini hanya sekadar permainan emosi mereka di kala usia ini.
Menurut Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa, anak-anak yang sedang membesar sememangnya banyak karenahnya, terutamanya bagi yang masih kecil dan cuba mempelajari untuk memahami dunia dan sekeliling mereka.
Usia 1 hingga 2 tahun merupakan usia di mana kanak-kanak belajar melalui penerokaan benda, perkara-perkara yang terjadi dan orang-orang di sekeliling mereka.

Menurut teori perkembangan kognitif (kemahiran berfikir) Piaget, kanak-kanak berusia 0-2 tahun berada dalam tahap perkembangan sensorimotor iaitu mereka belajar dengan cara melihat, mendengar, merasa, menggenggam dan mengisap.
Dan spesifik bagi kanak-kanak 1-2 tahun, mereka mula meneroka dan belajar melalui kaitan sebab dan akibat. Di mana mereka akan cuba memanipulasi sebab untuk melihat akibat perbuatan mereka itu. Sebagai contoh, kanak-kanak akan menangis untuk mendapatkan apa yang mereka ingini.
Menangis —> Dapat mainan
(Sebab) (Akibat)
Mengikut Dr. Robert Marvin, Pakar Psikiatri kanak-kanak, kanak-kanak 2 tahun sudah boleh merasai pengalaman emosi yang menyeluruh. Jadi pada usia ini, mereka baru mula untuk belajar memahami dan mengawal emosi-emosi tersebut. Ini menyebabkan kita dapat melihat emosi kanak-kanak ini sentiasa berubah dengan cepat.

Jadi, tak hairanlah jika pada usia 1-2 tahun ini kanak-kanak akan mencuba pelbagai cara untuk memanipulasi keadaan dan orang-orang sekeliling mereka termasuklah merajuk.
Pada usia ini, kanak-kanak merajuk ditunjukkan dengan kelakuan-kelakuan seperti menangis, merengek, menjerit atau memukul.

FAKTOR DAN KESAN RAJUK
Kanak-kanak 1 hingga 2 tahun mempunyai kosa kata yang sedikit. Ini menyebabkan mereka sukar untuk menyampaikan kehendak dan emosi mereka secara verbal. Jadi cara terbaik adalah dengan merajuk. Tambahan pula, ibubapa sukar untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh kanak-kanak yang mungkin akan memburukkan lagi rajukan mereka.
Sekiranya ibubapa kurang memainkan peranan ketika ini, kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk mengekspresikan emosi mereka dengan betul. Kelakuan tersebut akan berterusan dan semakin lama ianya makin sukar untuk ditangani.
Ini boleh menyebabkan tekanan pada kanak-kanak dan ibubapa itu sendiri. Tekanan yang terhasil akan menyebabkan pembelajaran kanak-kanak juga akan terganggu kerana kesukaran ibubapa untuk memberikan input yang tepat pada mereka.

Selain itu, kanak-kanak usia ini juga mempunyai daya berfikir yang terhad. Mereka merasakan bahawa mereka tidak mempunyai alternatif lain jika mereka tidak dapat apa yang mereka ingini pada masa tersebut. Sebagai contoh, kanak-kanak ingin bermain dengan pisau dan ibu menyebut “jangan”.
Pada masa itu mereka akan merasakan bahawa tiada lagi perkara yang menarik untuk mereka lakukan dan akan bermulalah episod tangisan atau jeritan mereka. Untuk situasi ini, ibubapa perlu bijak menangani situasi. Ingat, pada usia ini kanak-kanak mempunyai tumpuan yang pendek dan minat mereka boleh berubah dengan cepat.
Jadi ibubapa boleh menggunakan cara mengalihkan perhatian mereka pada sesuatu yang lain. Dengan cara ini juga, kanak-kanak akan belajar bahawa terdapatnya alternatif lain untuk mereka lakukan dan ianya juga menyeronokkan. Dan sudah semestinya, mereka juga boleh belajar untuk mengawal emosi.

Ada kalanya, kanak-kanak merajuk disebabkan oleh keinginan mereka untuk mendapatkan perhatian dari orang dewasa. Kanak-kanak pada usia ini sukar untuk membezakan perhatian yang baik atau pun tidak.
Bagi mereka, semua perhatian dari orang dewasa adalah baik. Jadi, jika kelakuan merajuk mereka mengundang kemarahan anda, mereka tidak kisah kerana yang penting bagi mereka adalah perhatian yang diberikan.
Jadi ketika ini, adalah sangat penting bagi ibubapa membezakan rajuk mereka agar anda tidak memberikan perhatian kepada sikap yang negatif dan menyebabkan sikap itu berterusan sehingga mereka meningkat usia.
Sebagai contoh, kanak-kanak memukul adik dan dengan cara itu ibubapa akan memberi perhatian padanya dengan memarahi atau menegur mereka. Dari sini mereka akan belajar bahawa kelakuan tersebut boleh menarik perhatian ibubapa, jadi mereka akan meneruskan kelakuan tersebut walaupun dimarahi berkali-kali. Begitu juga dengan sikap tantrum dan sebagainya.

Kanak-kanak 1-2 tahun memang masih kecil dan comel, tapi jangan terpedaya kerana mereka juga boleh menjadi sangat manipulatif. Mereka akan cuba memanipulasi keadaan untuk mendapatkan keinginan mereka. Ada kalanya kita lihat kanak-kanak berguling dan menangis apabila mereka tidak diberikan apa kemahuan mereka.
Seperti yang disebut oleh Piaget, kanak-kanak belajar dengan sebab-akibat. Jadi sekiranya mereka boleh mendapatkan apa yang mereka mahu dengan bergolek, kelakuan tersebut akan diteruskan untuk perkara-perkara lain juga. Sekiranya ianya tidak berjaya, mereka mungkin akan mencuba cara lain pula.
Jadi ibubapa perlu berhati-hati apabila memberi respon pada rajuk anak kerana mereka sangat bagus untuk mengaplikasikan tingkahlaku rajuk dalam semua perkara. Ada yang sehingga usia 5 tahun atau 6 tahun masih lagi melakukan perkara yang sama.
Ini mengganggu proses pembelajaran mereka terutamanya apabila pada mereka memasuki usia persekolahan. Dan jangan terkejut jika sikap tersebut terbawa-bawa sehingga mereka remaja.

TANGANI RAJUK
Ada kalanya memang sukar untuk memahami dan menangani rajuk anak, tetapi jangan kita lupa bahawa rajuk tersebut adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk membentuk emosi dan tingkah laku mereka.
Pada ketika ini, adalah sangat penting untuk ibubapa mengajar mengenai emosi atau perasaan. Ibubapa tidak boleh mengharapkan yang kanak-kanak akan memberitahu emosi mereka sedih, gembira, dan sebagainya kerana mereka masih lagi tidak memahami kosa kata tersebut. Tapi anda boleh mengajar mereka dengan melabel emosi tersebut.
Sebagai contoh “adik marah ke” atau adik sedih ya” dan sebagainya mengikut situasi yang sesuai. Dengan cara ini kanak-kanak boleh belajar bahawa ada perkataan yang boleh mereka gunakan untuk menyatakan perasaan mereka.

Apabila usia anak menghampiri 3 tahun, mereka sudah mulai faham perkataan tersebut dan mereka akan meluahkannya melalui perkataan yang mana ianya lebih sesuai.
Memang kanak-kanak 1-2 tahun ini masih kurang faham mengenai perasaan, tetapi tidak bermakna yang ibubapa boleh mengabaikan tingkah laku mereka yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak merajuk kerana tidak mendapat sesuatu yang mereka inginkan.
Di samping melabel emosi anak seperti sedih atau marah, anda juga perlu mengajar anak bahawa mereka tidak boleh bergolek, tantrum atau memukul. Mungkin pada awalnya mereka tidak faham kenapa, tetapi mereka akan belajar konsep bahawa: Apa yang mereka rasa adalah perasaan biasa dalam kehidupan, tetapi sikap yang boleh menyakiti atau merosakkan sesuatu tidak boleh diterima.

 
Dan ingat, jangan sekadar melabel sikap yang negatif sahaja, sebutkan juga sikap positif yang dilakukan oleh kanak-kanak.
“Pengajaran ini bukan sekadar belajar tentang perasaan, tetapi ianya pembelajaran awal untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat, menguruskan kemarahan, memahami perasaan dan bergaul dengan orang lain”
Artikel berkaitan: Kuat Merajuk & Suka Berbohong, Rupanya Tu Cara Anak Tunjuk Rasa Kurang Secure & Yakin Diri, Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu
Anak Sulung Merajuk Tengok Mama Lebihkan Adik Baru Lahir, Belilah Jiwa Anak Sulung

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Salah Sikit Je Terus Merajuk, Cara Anak Berekspresi, Mak Ayah Perlu Bantu Alihkan Perhatian! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/salah-sikit-je-terus-merajuk-cara-anak-berekspresi-mak-ayah-perlu-bantu-alihkan-perhatian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Serasi Dengan Ubat Anak Kerap Demam Mak Ayah Wajib Periksa

Tak Serasi Dengan Ubat Anak Kerap Demam Mak Ayah Wajib Periksa

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 390 hits
Bila anak asyik kerap demam mak ayah mula rasa bimbang dengan perkembangan kesihatan anak Malah mengganggu pembelajaran anak seharian Menurut Dr Ezairy M Sallih anak demam atau kerap sakit disebabkan oleh banyak sebab Paling utama ada denga...
Cara Daftarkan Mak Ayah Untuk Terima Vaksin Covid 19

Cara Daftarkan Mak Ayah Untuk Terima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 224 hits
Cara Daftarkan Mak Ayah Untuk Terima Vaksin Covid 19 TERDAHULU pendaftaran tanggungan untuk menerima vaksinasi Covid 19 telah diperkenalkan menerusi aplikasi MySejahtera seperti apa yang telah diumumkan oleh Penyelaras Program Imunisasi Cov...
Mula Mula Tak Boleh Bila Anak Menangis Terus Kata Boleh Itu Silapnya Ibu Ayah Sekarang

Mula Mula Tak Boleh Bila Anak Menangis Terus Kata Boleh Itu Silapnya Ibu Ayah Sekarang

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 269 hits
Semestinya ibu bapa pernah melalui fasa anak marah menjerit dan mengamuk kan Biasanya apa tindakan yang kita buat Bertegas marah pukul atau biarkan anak tenang dulu sebelum moodnya ok Menurut kajian mendidik anak anak ibu bapa kena lebih pr...
Anak Perempuan Ni Istimewa Didiklah Anak Kita Untuk Mahalkan Dirinya Baru Mak Ayah Lega

Anak Perempuan Ni Istimewa Didiklah Anak Kita Untuk Mahalkan Dirinya Baru Mak Ayah Lega

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 349 hits
Benarlah kata orang menjaga anak perempuan ini berbeza berbanding anak lelaki Anak perempuan kita sememangnya istimewa Istimewa dari segala segi Dek kerana anak perempuan ini terlalu istimewa maka jagalah anak perempuan kita sebaiknya sejak...
Anak Macam Autisme Tapi Bukan Autisme Mak Ayah Jangan Keliru Cepat Cepat Kenal Pasti

Anak Macam Autisme Tapi Bukan Autisme Mak Ayah Jangan Keliru Cepat Cepat Kenal Pasti

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 371 hits
Bila anak sudah memasuki usia dua tahun tanpa tindak balas yang baik dari anak mak ayah mungkin merasakan anak cenderung untuk mengalami masalah autisme Pelbagai persoalan mula dibangkit dek kerana bimbang anak autisme Menurut ahli terapi c...
Jiwa Anak Jadi Lembut Berkat Sentuhan Kasih Sayang Mak Ayah Rugi Tak Tunjukkan Rasa Sayang

Jiwa Anak Jadi Lembut Berkat Sentuhan Kasih Sayang Mak Ayah Rugi Tak Tunjukkan Rasa Sayang

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 321 hits
Semakin anak kita membesar semakin dia malu untuk mendekatkan dirinya dengan kita Disebabkan itulah semasa mereka kecil tunjukkanlah rasa sayang dengan ciuman dan pelukan semahunya Rugi jika kita lepaskan waktu waktu semacam ini Menurut sen...
Main Playdough Nampak Santai Tapi Bantu Kekuatan Tangan Persediaan Anak Menulis Anak Makin Kreatif

Main Playdough Nampak Santai Tapi Bantu Kekuatan Tangan Persediaan Anak Menulis Anak Makin Kreatif

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 595 hits
Menjadi satu kerisauan pada mak ayah bila mana anak masih tidak pandai memegang pensil dengan betul apa lagi menulis dengan baik Kemahiran menulis sebenarnya harus dimulakan sejak awal iaitu ketika anak masih kecil Tidak perlu menggunakan p...
Pepe Dedahkan Dia Anak Manja Tidur Dengan Ibu Hingga 17 Tahun Mesti Ayah Dia Meluat

Pepe Dedahkan Dia Anak Manja Tidur Dengan Ibu Hingga 17 Tahun Mesti Ayah Dia Meluat

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 437 hits
Pepe dikenali dengan perwatakan ganasnya dan bengis di dalam padang Namun di sebalik semua itu Pepe menyatakan Orang selalu cakap saya ni ganas tapi saya tidur dengan emak saya sehingga berusia 17 tahun Pepe yang kini beraksi untuk Porto me...
Hebatlah Pemandu Myvi Sikit Pun Dia Tidak Berganjak Peguam Puji Pemandu Myvi Dan Lori Bantu Polis

Hebatlah Pemandu Myvi Sikit Pun Dia Tidak Berganjak Peguam Puji Pemandu Myvi Dan Lori Bantu Polis

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 331 hits
1 537 total views 1 506 views today Sejak petang tadi kecoh di media sosial mengenai rakaman sebuah kereta Waja dipercayai cuba meloloskan diri daripada diperiksa pihak polis Rakaman itu telah mendapat perhatian ramai pihak yang memberikan ...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue