Terkini Kadar Opr Naik Lagi 0 25 Menjadi 2 25


KADAR OPR NAIK KEPADA 2.00% (11 MEI 2022)
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dari 2.00% kepada 2.25%.
Perkara ini dimaklumkan oleh Bank Negara Malaysia dalam sebuah kenyataan rasmi hari ini, 6 Julai 2022.
Berikut adalah kenyataan rasmi oleh Bank Negara Malaysia berkenaan kenaikan OPR ini.
Pernyataan Dasar Monetari – BNM Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus. Kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 2.50 peratus dan 2.00 peratus.
Pembukaan semula ekonomi global dan keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan kegiatan ekonomi. Walau bagaimanapun, faktor-faktor ini sebahagiannya diimbangi oleh kesan tekanan kos yang semakin meningkat, konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.
Tekanan inflasi terus meningkat disebabkan terutamanya oleh harga komoditi yang tinggi dan keadaan permintaan yang kukuh, meskipun keadaan rantaian bekalan global sedikit reda.
Kesannya, bank-bank pusat dijangka terus membuat pelarasan pada penetapan dasar monetari mereka bagi mengurangkan tekanan inflasi, dengan sesetengah bank pusat melakukannya pada kadar yang lebih cepat.
Pada masa hadapan, kadar pertumbuhan global dijangka menjadi sederhana dan akan terus dipengaruhi oleh tekanan kos yang tinggi, konflik di Ukraine, keadaan rantaian bekalan global dan volatiliti pasaran kewangan.
Bagi ekonomi Malaysia, kegiatan ekonomi terus meningkat pada bulan-bulan kebelakangan ini. Penunjuk eksport dan perbelanjaan runcit mengesahkan momentum pertumbuhan yang positif, disokong oleh peralihan ke fasa endemik.
Dalam pasaran pekerja, kadar pengangguran terus menurun dengan penyertaan tenaga kerja yang lebih tinggi dan prospek pendapatan yang bertambah baik.
Pada masa hadapan, pertumbuhan ekonomi akan disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh meskipun permintaan luaran dijangka sederhana disebabkan oleh rintangan yang dihadapi oleh pertumbuhan global.
Selain itu, pembukaan sempadan antarabangsa sejak 1 April 2022 akan menyokong pemulihan sektor berkaitan pelancongan. Aktiviti dan prospek pelaburan terus disokong oleh pelaksanaan projek berbilang tahun.
Walau bagaimanapun, risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan terus berpunca daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang berterusan dan gangguan rantaian bekalan yang semakin teruk.
Sejak awal tahun sehingga kini, inflasi keseluruhan berpurata pada 2.4%. Meskipun purata tersebut dijangka kekal dalam julat unjuran tahun ini iaitu 2.2% hingga 3.2%, inflasi keseluruhan mungkin lebih tinggi pada sesetengah bulan disebabkan terutamanya oleh kesan asas daripada harga elektrik.
Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka berpurata antara 2.0% hingga 3.0% pada tahun 2022 apabila permintaan terus bertambah baik dalam keadaan kos yang tinggi.
Walau bagaimanapun, kesan tekanan inflasi menjadi lebih tinggi sebahagiannya akan terus dibendung oleh kawalan harga yang sedia ada, subsidi bahan api dan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.
Prospek inflasi terus dipengaruhi oleh perkembangan harga komoditi global yang disebabkan terutamanya oleh konflik ketenteraan yang berterusan di Ukraine dan gangguan berkaitan bekalan yang berlarutan, di samping langkah-langkah dasar dalam negeri.
Berikutan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif, MPC mengambil keputusan untuk membuat pelarasan selanjutnya terhadap tahap akomodasi monetari.
Keputusan ini konsisten dengan pandangan MPC bahawa keadaan yang pertama kali berlaku ini sehingga memerlukan penetapan kadar OPR terendah yang pernah dicatatkan, kini semakin reda.
Pada kadar OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi. MPC akan terus menilai keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
Sebarang pelarasan pada penetapan dasar monetari pada masa hadapan akan dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur bagi memastikan dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran harga yang stabil.
Bank Negara Malaysia
06 Julai 2022
Apa Itu OPR? Apa itu OPR?
OPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia.
Kenapa OPR naik?
Ia adalah langkah bank pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara.
Selain untuk membendung inflasi, kenaikan OPR secara tak langsung juga akan mengukuhkan nilai Ringgit.
Apa akan jadi kalau OPR naik?
Bagi kenaikan kadar OPR ia meliputi 2 kesan terhadap individu peminjam iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih panjang ataupun kadar pembayaran semakin tinggi.
Tindakan itu sememangnya tidak memberi pengguna pilihan yang baik.
Tetapi jika kadar OPR naik, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara.
Sebagai makluman, sejak pandemik, BNM telah menurunkan OPR ke tahap lebih rendah sebanyak 5 kali; dari 3.25% ke 1.75% dalam tempoh 4 tahun terdahulu (boleh rujuk jadual di bawah).
Sumber : Bank Negara Malaysia
Secara ringkasnya, kesan OPR naik adalah
Kalau buat pinjaman berdasarkan floating rate seperti ASBF, maka bayaran bulanan akan naik.Bayaran installment rumah turut akan naik. Kalau ada baki hutang rumah semasa 250k, akan berlaku kenaikan lebih kurang RM 50 sebulan. Kalau 500K, maka kenaikan adalah lebih kurang RM 100 sebulan.Kesan daripada kenaikan OPR ialah segala pinjaman yang menggunakan kaedah floating rate akan mengalami kenaikan bayaran bulanan. Jadi, apa yang perlu kita buat?
Yang penting sekarang, kita perlu semak semula perbelanjaan bulanan agar tidak melebihi kemampuan.
Kita juga boleh semak semula dengan bank, berapa ansuran bulanan untuk pinjaman yang perlu dibayar.
Jangan terkurang bayar, sebab dikhuatiri nanti menjejaskan rekod CTOS kita.
Keputusan dan Pernyataan OPR Berikut adalah perubahan OPR sebelum ini.
Keputusan dan Pernyataan OPRTarikhPerubahan OPR (%)Aras OPR Baharu (%)Pernyataan Dasar Monetari11 Mei 2022+0.252.00Lihat Pernyataan03 Mac 202201.75Lihat Pernyataan20 Jan 202201.75Lihat Pernyataan03 Nov 202101.75Lihat Pernyataan09 Sep 202101.75Lihat Pernyataan08 Jul 202101.75Lihat Pernyataan06 Mei 202101.75Lihat Pernyataan04 Mac 202101.75Lihat Pernyataan20 Jan 202101.75Lihat Pernyataan03 Nov 202001.75Lihat Pernyataan10 Sep 202001.75Lihat Pernyataan07 Jul 2020-0.251.75Lihat Pernyataan05 Mei 2020-0.52.00Lihat Pernyataan03 Mac 2020-0.252.50Lihat Pernyataan22 Jan 2020-0.252.75Lihat Pernyataan05 Nov 201903.00Lihat Pernyataan12 Sep 201903.00Lihat Pernyataan09 Jul 201903.00Lihat Pernyataan07 Mei 2019-0.253.00Lihat Pernyataan05 Mac 201903.25Lihat Pernyataan24 Jan 201903.25Lihat Pernyataan08 Nov 201803.25Lihat Pernyataan05 Sep 201803.25Lihat Pernyataan11 Jul 201803.25Lihat Pernyataan10 Mei 201803.25Lihat Pernyataan07 Mac 201803.25Lihat Pernyataan25 Jan 2018+0.253.25Lihat Pernyataan09 Nov 2017o3.00Lihat Pernyataan07 Sep 201703.00Lihat Pernyataan13 Jul 201703.00Lihat Pernyataan12 Mei 201703.00Lihat Pernyataan02 Mac 201703.00Lihat Pernyataan19 Jan 201703.00Lihat Pernyataan23 Nov 201603.00Lihat Pernyataan07 Sep 201603.00Lihat Pernyataan13 Jul 2016-0.253.00Lihat Pernyataan19 Mei 201603.25Lihat Pernyataan09 Mac 201603.25Lihat Pernyataan21 Jan 201603.25Lihat Pernyataan05 Nov 201503.25Lihat Pernyataan11 Sep 201503.25Lihat Pernyataan09 Jul 201503.25Lihat Pernyataan07 Mei 201503.25Lihat Pernyataan05 Mac 201503.25Lihat Pernyataan28 Jan 201503.25Lihat Pernyataan06 Nov 201403.25Lihat Pernyataan18 Sep 201403.25Lihat Pernyataan10 Jul 2014+0.253.25Lihat Pernyataan08 Mei 201403.00Lihat Pernyataan06 Mac 201403.00Lihat Pernyataan29 Jan 201403.00Lihat Pernyataan07 Nov 201303.00Lihat Pernyataan05 Sep 201303.00Lihat Pernyataan11 Jul 201303.00Lihat Pernyataan09 Mei 201303.00Lihat Pernyataan07 Mac 201303.00Lihat Pernyataan31 Jan 201303.00Lihat Pernyataan08 Nov 201203.00Lihat Pernyataan06 Sep 201203.00Lihat Pernyataan05 Jul 201203.00Lihat Pernyataan11 Mei 201203.00Lihat Pernyataan09 Mac 201203.00Lihat Pernyataan31 Jan 201203.00Lihat Pernyataan11 Nov 201103.00Lihat Pernyataan08 Sep 201103.00Lihat Pernyataan07 Jul 201103.00Lihat Pernyataan05 Mei 2011+0.253.00Lihat Pernyataan11 Mac 201102.75Lihat Pernyataan27 Jan 201102.75Lihat Pernyataan12 Nov 201002.75Lihat Pernyataan02 Sep 201002.75Lihat Pernyataan08 Jul 2010+0.252.75Lihat Pernyataan13 Mei 2010+0.252.50Lihat Pernyataan04 Mac 2010+0.252.25Lihat Pernyataan26 Jan 201002.00Lihat Pernyataan24 Nov 200902.00Lihat Pernyataan28 Okt 200902.00Lihat Pernyataan25 Ogos 200902.00Lihat Pernyataan29 Jul 200902.00Lihat Pernyataan26 Mei 200902.00Lihat Pernyataan29 Apr 200902.00Lihat Pernyataan24 Feb 2009-0.502.00Lihat Pernyataan21 Jan 2009-0.752.50Lihat Pernyataan24 Nov 2008-0.253.25Lihat Pernyataan24 Okt 200803.50Lihat Pernyataan25 Ogos 200803.50Lihat Pernyataan25 Jul 200803.50Lihat Pernyataan26 Mei 200803.50Lihat Pernyataan29 Apr 200803.50Lihat Pernyataan25 Feb 200803.50Lihat Pernyataan29 Jan 200803.50Lihat Pernyataan26 Nov 200703.50Lihat Pernyataan30 Okt 200703.50Lihat Pernyataan24 Ogos 200703.50Lihat Pernyataan24 Jul 200703.50Lihat Pernyataan28 Mei 200703.50Lihat Pernyataan27 Apr 200703.50Lihat Pernyataan26 Feb 200703.50Lihat Pernyataan26 Jan 200703.50Lihat Pernyataan24 Nov 200603.50Lihat Pernyataan26 Sep 200603.50Lihat Pernyataan25 Ogos 200603.50Lihat Pernyataan28 Jul 200603.50Lihat Pernyataan22 Mei 200603.50Lihat Pernyataan26 Apr 2006+0.253.50Lihat Pernyataan22 Feb 2006+0.253.25Lihat Pernyataan20 Jan 200603.00Lihat Pernyataan15 Dis 200503.00Lihat Pernyataan30 Nov 2005+0.303.00Lihat Pernyataan24 Ogos 200502.70Lihat Pernyataan25 Mei 200502.70Lihat Pernyataan28 Feb 200502.70Lihat Pernyataan30 Nov 200402.70Lihat Pernyataan25 Ogos 200402.70Lihat Pernyataan26 Mei 200402.70Lihat PernyataanSumber: https://www.bnm.gov.my/opr-decision-and-statement
Baca juga:
Cara Buat Semakan CCRIS Online & Manual Melalui Bank NegaraCara Kira Kelayakan Beli Rumah (Formula DSR)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kadar-opr-naik-kesan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kadar-opr-naik-kesan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Tambang Feri Ke Pulau Pangkor Naik Sehingga 40 Peratus

Terkini Tambang Feri Ke Pulau Pangkor Naik Sehingga 40 Peratus

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 158 hits
July 7 2022 Selepas khidmat kapal terbang henti ke Pangkor dari Subang sudah dihentikan hingga ke bulan Oktober 2022 hari ini tambang feri pula naik 40 Pemuda AMANAH Negeri Perak memandang serius dengan kenaikan harga tambang feri ke Pulau ...
Rafidah Aziz To Globe Trotting Govt Leaders Turun Padang Bukan Naik Kapal Terbang

Rafidah Aziz To Globe Trotting Govt Leaders Turun Padang Bukan Naik Kapal Terbang

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 193 hits
This current government has a penchant for overseas trips when its own house is not in order Go to ground not board a plane This was the reaction of an incredulous Tan Sri Rafidah Aziz over the government s trade delegation to Peru and Mexi...
Perarakan Rakyat Marah Dengan Kerajaan Cap Ayam Harga Barang Naik

Perarakan Rakyat Marah Dengan Kerajaan Cap Ayam Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 186 hits
Jun 26 2022 RAKYAT SEMAKIN TERTEKAN DENGAN KEGAGAKAN KERAJAAN MENGAWAL HARGA BARANG YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
Biarpun 36 863 Buah Rumah Tak Laku Harga Rumah Nak Naik Lagi

Biarpun 36 863 Buah Rumah Tak Laku Harga Rumah Nak Naik Lagi

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 300 hits
Laporan dari Berita Harian mengatakan hartanah kediaman siap yang tidak terjual meningkat sebanyak 24 7 peratus kepada 36 863 unit bernilai RM22 8 bilion setakat Disember 2021 berbanding tempoh sama setahun sebelumnya AmInvestment Bank berk...
6 Potret Febby Rastanty Saat Naik Gunung Merbabu Penampilannya Bikin Salfok

6 Potret Febby Rastanty Saat Naik Gunung Merbabu Penampilannya Bikin Salfok

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 166 hits
Febby Rastanty sudah tidak asing lagi di dunia hiburan tanah air Namanya dikenal sebagai aktris dan model Terbaru Febby Rastanty naik gunung Gunung Merbabu yang berlokasi di Jawa Tengah Netizen dibuat salfok dengan penampilan Febby Rastanty...
Kasus Covid 19 Naik Lagi Pakistan Kembali Wajibkan Masker Saat Penerbangan Domestik

Kasus Covid 19 Naik Lagi Pakistan Kembali Wajibkan Masker Saat Penerbangan Domestik

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 149 hits
Peraturan ini diumumkan sehari setelah kota terbesar Karachi melaporkan tingkat positif Covid 19 naik ke angka 21 persen dibanding kondisi nasional yang berada di angka 2 8 persen
Nak Muntah Tengok Lantai Dapur Penuh Taugeh Restoran Kotor Buat Netizen Naik Loya

Nak Muntah Tengok Lantai Dapur Penuh Taugeh Restoran Kotor Buat Netizen Naik Loya

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 197 hits
Perkongsian foto di page Facebook JJCMKedah baru baru ini menjadi tular gara gara netizen mendedahkan keadaan dapur sebuah restoran yang sangat kotor dan meloyakan Ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai terutama sekali...
Ma Ruf Amin Sarinah Baru Buat Umkm Naik Kelas

Ma Ruf Amin Sarinah Baru Buat Umkm Naik Kelas

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 344 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir mendampingi Wakil Presiden Ma ruf Amin berkunjung ke pusat perbelanjaan Sarinah Jakarta Dalam kunjungan tersebut Wapres Ma ruf menilai Sarinah menjadikan produk UMKM Indonesia naik kelas
Tahan Sampai 6 Bulan Ini Tips Simpan Udang Segar Macam Baru Naik Dari Laut

Tahan Sampai 6 Bulan Ini Tips Simpan Udang Segar Macam Baru Naik Dari Laut

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 233 hits
Setiap kali membeli udang pasti kita hendak cepat cepat masak atau paling tidak hanya disimpan dalam tempoh seminggu sahaja Bimbang ia sudah tidak segar Jangan khuatir kerana ada tip untuk memastikan udang boleh disimpan lama Macam mana car...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities