Terkini Dr Mahathir Kata Mahu Anwar Jadi Pm Tapi Muhyiddin Sailang


 
July 22, 2021 Dalam “pendedahan” mengejutkan, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, tetapi Muhyiddin Yassin memintas Presiden PKR itu bagi mendapatkan jawatan berkenaan.
Bekas perdana menteri itu mendakwa Muhyiddin menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya beliau boleh menjadi Perdana Menteri.
Katanya, Muhyiddin tahu beliau tiada peluang menjadi Perdana Menteri, jika Anwar mengambil alih jawatan nombor satu itu.
“Muhyiddin tahu beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri kerana saya sudah berjanji kepada Anwar untuk mengambil alih jawatan itu selepas saya berundur.
“Jika Anwar menjadi Perdana Menteri, saya tidak rasa beliau akan melantik Muhyiddin sebagai timbalannya dan Muhyiddin tidak akan mempunyai peluang untuk memimpin negara,” kata Pengerusi Pejuang itu dalam sidang media maya.
Beliau berkata, ini sebabnya Muhyiddin merasakan dengan menggulingkan PH, beliau boleh menjadi Perdana Menteri.
Katanya, Muhyiddin juga tahu beliau (Mahathir) tidak mahu bekerjasama dengan Umno, tetapi “dirinya (Muhyiddin) sedia bekerjasama degan mereka”.
Disebabkan itu, apabila Mahathir meletak jawatan Februari tahun lalu, Muhyiddin “melihatnya sebagai peluang” kerana orang seperti bekas perdana menteri, Najib Razak atau sesiapa dari Umno tidak boleh menjadi Perdana Menteri.
Umno, katanya, di bawah tanggapan ia boleh menggunakan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri untuk melepaskan diri daripada kes mahkamah, tetapi Muhyiddin sudah menytaakan beliau tidak akan campur tangan.
“Walaupun dia tidak campur tangan dalam kes Najib, (ahli politik seperti) Musa Aman dan Tengku Adnan Mansor terlepas.”
Beliau berkata, mereka sekarang mahu “kenakan Lim Guan Eng, tetapi ia bergantung kepada undang-undang”.
Mahathir berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam kes mahkamah Lim dan ia patut dikendali berdasarkan undang-undang.
Gerakan Bendera Hitam
Mahathir turut diminta mengulas tindakan Secretariat Solidariti Rakyat (SSR) memberi tekanan kepada Muhyiddin untuk meletak jawatan dengan menganjurkan bantahan.
Mahathir berkata, rakyat menderita dan tidak tahu hendak ke mana mendapatkan bantuan.
“Kerajaan berminat menjadi kerajaan dan Perdana Menteri berminat menjadi Perdana Menteri.”
Bandar Malaysia
Mahathir berkata, tidak wajar untuk mengambil wang dan kemudian membatalkan projek mega itu.
“Jika anda buat macam ini, orang lain tidak mahu melabur. Anda (kerajaan) berjanji dan kemudian tidak teruskan kontrak.”
Baru-baru ini, Kementerian Kewangan dan IWH-CREC Sdn Bhd (ICSB) diumumkan saling bersetuju menamatkan perjanjian membeli 60% saham dalam projek Bandar Malaysia di bekas pangkalan tentera udara di Sungai Besi pada harga RM7.4 bilion.
Peranan Peguam Negara
Mahathir berkata, kerajaan semasa mendapati Peguam Negara sekarang “agak berguna”.
Disebabkan itu, cadangan meminta Peguam Negara menghadiri sidang Parlimen untuk menjawab soalan berhubung Ordinan Darurat sebenarnya bukan kerana beliau akan mengikut kehendak kerajaan.
Justeru, katanya, terma dan rujukan Peguam Negara perlu dikaji semula kerana beliau bukan sahaja pendakwa raya, tetapi juga peguam cara.
“Ada sesuatu yang tidak kena dengan terma dan rujukannya.”






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/terkini-dr-mahathir-kata-mahu-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Wants Anwar As Pm But Muhyiddin Turn It Around

Mahathir Wants Anwar As Pm But Muhyiddin Turn It Around

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 223 hits
Mahathir wants Anwar as PM but Muhyiddin turn it around Surprise Mahathir says he wanted Anwar as PM In a shocking revelation Dr Mahathir Mohamad said he wanted to give the premiership to Anwar Ibrahim but the current prime minister stepped...
Kata Umno Dah Tak Sokong Muhyiddin Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni

Kata Umno Dah Tak Sokong Muhyiddin Tapi Awat Dok Kat Blok Kerajaan Lagi Ni

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 345 hits
Walaupun Umno telah menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin para menteri dan ahli parlimennya tetap duduk di blok kerajaan di Dewan Rakyat hari ini Semalam Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun memberitahu petugas media bahawa...
Anwar Dan Anak Muridnya Memang Tak Layak Jadi Pm Kata Pakar

Anwar Dan Anak Muridnya Memang Tak Layak Jadi Pm Kata Pakar

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 291 hits
agendadaily com19 7 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pakar berkata kedua duanya tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia Blok pembangkang tidak perlu mengadakan...
Kes Menurun Di Sabah Tapi Angka Masih Tinggi Kata Masidi

Kes Menurun Di Sabah Tapi Angka Masih Tinggi Kata Masidi

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 230 hits
Masidi Manjun berkata strategi membendung jangkitan di Sabah adalah dengan menangani punca jangkitan dan mengasingkan pesakit KOTA KINABALU Selepas merekodkan lebih 600 kes dalam tempoh empat hari lalu jumlah jangkitan baharu di Sabah hari ...
Muhyiddin Kata 100 Dewasa Telah Divaksin Menjelang Oktober

Muhyiddin Kata 100 Dewasa Telah Divaksin Menjelang Oktober

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 184 hits
Muhyiddin kata 100 dewasa telah divaksin menjelang Oktober Kerajaan telah menempah lebih 76 1 juta dos vaksin kerana hanya vaksinasi kunci untuk memerangi wabak COVID 19 kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata daripada ...
Layak Atau Tak Ismail Sabri Jadi Pm Muhyiddin Sudah Layakkan Kata Veteran Umno

Layak Atau Tak Ismail Sabri Jadi Pm Muhyiddin Sudah Layakkan Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 302 hits
freemalaysiatoday com July 18 2021 10 00 AMSeorang veteran Umno percaya jika Muhyiddin Yassin meletak jawatan Ismail Sabri Yaakob boleh menjadi perdana menteri dalam tempoh singkat iaitu seminggu atau paling lama sehingga Parlimen bersidang...
Mengejutkan Mahathir Berkata Dia Mahu Anwar Menjadi Perdana Menteri

Mengejutkan Mahathir Berkata Dia Mahu Anwar Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 225 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah berjanji kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri selepas beliau berundur tetapi Muhyiddin Yassin bertindak menjatuhkan kerajaan kerana mahukan jawatan itu Muhyiddin jatuhkan PH untuk bolot...
Kata Ph Nak Kerjasama Dengan Kluster Mahkamah Tapi Lihat Banyak Penyamun Yang Dah Bebas

Kata Ph Nak Kerjasama Dengan Kluster Mahkamah Tapi Lihat Banyak Penyamun Yang Dah Bebas

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 188 hits
HAMZAH RIE NATuduh PH nak kerjasama dengan kluster mahkamah Tengok tengok sorang sorang kluster mahkamah bebas dibawah kerajaan PN Kerajaan melayu isley yang haram dah jadi halal SR
Teruskan Kontrak Bukan Solusi Tapi Gula Gula Untuk Tutup Mulut Kata Doktor Kontra

Teruskan Kontrak Bukan Solusi Tapi Gula Gula Untuk Tutup Mulut Kata Doktor Kontra

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 365 hits
Gerakan Hartal Doktor Kontrak tidak akan berganjak daripada pendirian mereka untuk menerusan mogok pada 26 Julai ini walaupun Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin memutuskan khidmat mereka dilanjutkan untuk tempoh dua tahun selepas m...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur