Kes Menurun Di Sabah Tapi Angka Masih Tinggi Kata Masidi


Masidi Manjun berkata, strategi membendung jangkitan di Sabah adalah dengan menangani punca jangkitan dan mengasingkan pesakit. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Selepas merekodkan lebih 600 kes dalam tempoh empat hari lalu, jumlah jangkitan baharu di Sabah hari ini menurun kepada 474, namun masih tinggi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun berkata, kebanyakan jangkitan berlaku di ibu negeri membabitkan 128 kes dengan kebanyakannya berpunca daripada pengesanan kontak rapat.

Berbanding hari sebelumnya dengan jumlah kes didominasi jangkitan di penjara di sini dan di Tawau, beliau berkata, hanya lapan kes dikesan berlaku dalam kalangan banduan dan kakitangan penjara dengan semuanya dikesan di penjara di Tawau.

Bagaimanapun, Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, memberi peringatan jumlah kes boleh melambung semula bagi tempoh beberapa hari akan datang selepas mengambil kira ujian pengesanan besar-besaran dilaksanakan pihak berkuasa kesihatan.

“Strategi kita adalah mengatasi masalah di akar dengan pergi ke punca jangkitan, mengasingkan pesakit menerusi perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dan melakukan ujian pengesanan termasuk membabitkan semua kontak pesakit.

“Untuk jangka pendek, jumlah jangkitan mungkin menunjukkan peningkatan namun kita mahu tangani punca jangkitan. Kita cuba mengehadkan kawasan yang terkena jangkitan,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Masidi berkata, dua kluster baharu dikesan di negeri ini, iaitu kluster Sawit Lung di daerah Beluran dan kluster Industri KKIP Selatan, di ibu negeri.

Sejumlah 11 kes dikesan menerusi kluster Sawit Lung, manakala enam kes kluster Industri KKIP Selatan.

Bagaimanapun katanya, lebih 90% pesakit hari ini merekodkan simptom ringan atau tiada simptom.

“Daripada jumlah itu, 90.5% merangkumi pesakit kategori satu dan dua, dengan 184 pesakit membabitkan kategori satu (tiada simptom) dan 245 pesakit kategori dua (simptom ringan).

“Pesakit dalam dua kategori berkenaan tidak memerlukan rawatan di hospital, namun ditempatkan di pusat rawatan berisiko rendah,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/kes-menurun-di-sabah-tapi-angka-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kontak Rapat Punca Kes Di Sabah Meningkat Masih Ramai Tidak Patuh Sop Kata Masidi

Kontak Rapat Punca Kes Di Sabah Meningkat Masih Ramai Tidak Patuh Sop Kata Masidi

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 292 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata masih ada rakyat di negeri itu yang tidak mematuhi SOP KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata masih ada rakyat di negeri itu yang tidak memat...
Kes Covid 19 Meletup Di Pitas Punca Peningkatan Kes Baharu Di Sabah Kata Masidi

Kes Covid 19 Meletup Di Pitas Punca Peningkatan Kes Baharu Di Sabah Kata Masidi

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 254 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata Sabah hari ini mencatat 279 kes baharu dengan daerah Pitas penyumbang terbesar iaitu sebanyak 128 kes KOTA KINABALU Kes baharu Covid 19 di daerah Pitas mencatat peningkatan menda...
Meningkat Tinggi 818 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah

Meningkat Tinggi 818 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 223 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Jumlah kes baharu COVID bagi Sabah hari ini meningkat tinggi sebanyak 818 dengan pertambahan 106 kes berbanding semalam Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan D...
Sabah Catat Lonjakan Tinggi 647 Kes Jangkitan Baru Covid 19

Sabah Catat Lonjakan Tinggi 647 Kes Jangkitan Baru Covid 19

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 267 hits
Bilangan kes melebihi 300 dalam tempoh dua hari lalu dalam pada pihak berkuasa Sabah meningkatkan saringan dalam komuniti dan ujian dalam kluster sedia ada KOTA KINABALU Jumlah kes baharu COVID 19 Sabah hari ini amat tinggi dengan sejumlah ...
Kebarangkalian Tinggi Penduduk Masih Tidak Patuh Sop Di Sabah

Kebarangkalian Tinggi Penduduk Masih Tidak Patuh Sop Di Sabah

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 227 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun KOTA KINABALU Terdapat kebarangkalian tinggi penduduk di Sabah masih melaksanakan aktiviti tanpa mematuhi prosedur operasi standard walaupun pelbagai seruan dan saranan telah...
Pertukaran Pengarah Kesihatan Sabah Tiada Kaitan Sop Dine In Kata Masidi

Pertukaran Pengarah Kesihatan Sabah Tiada Kaitan Sop Dine In Kata Masidi

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 344 hits
Dr Christina Rundi memilih untuk bersara awal selepas Kementerian Kesihatan mengekalkan keputusan memindahkan beliau ke ibu pejabat di Putrajaya KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun menjelaskan bahawa pe...
Kes Harian Di Sabah Kekal Tinggi Hingga Saringan Besar Besaran Selesai

Kes Harian Di Sabah Kekal Tinggi Hingga Saringan Besar Besaran Selesai

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 255 hits
Saringan besar besaran akan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah termasuk di lokaliti yang mempunyai kluster serta kontak rapat KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata jumlah kes harian Covid 19...
Trend Kemasukan Kes Ke Icu Masih Tinggi Petugas Kkm Alami Lesu Upaya

Trend Kemasukan Kes Ke Icu Masih Tinggi Petugas Kkm Alami Lesu Upaya

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 193 hits
KUALA LUMPUR 27 Zulkaedah 1442H Khamis Trend kemasukan kes COVID 19 ke unit rawatan rapi masih berada di tahap tinggi yang menyaksikan penggunaan katil ICU masih melebihi kadar 90 peratus kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham...
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Patut Tak Boleh Daftar

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo