Terkini Airasia Menjadi Yang Pertama Sediakan Perkhidmatan Teksi Udara Di Asia Tenggara
April 16, 2022 10:05 amCapital A, syarikat induk penerbangan tambang murah AirAsia, menjadi syarikat penerbangan pertama yang akan menyediakan “teksi udara” di Asia Tenggara.
Dinamakan “Urban Air Mobility“, ketua pegawai keselamatan di AirAsia, Ling Liong Tien berkata tumpuan mereka adalah untuk mencipta ekosistem untuk pembangunan masa depan.
Terdahulu pada bulan Februari, Air Asia Aviation Group telah menandatangani memorandum persefahaman untuk memajak sekurang-kurangnya 100 pesawat elektrik VTOL (vertical takeoff and landing) VX4 dari Avolon, yang telah dipesan dari syarikat British Vertical Aerospace.
Ketiga-tiga syarikat tersebut telah pun membentuk satu pasukan yang akan mengadakan mesyuarat pertamanya di Kuala Lumpur bulan ini.
Setakat ini, mereka mensasarkan untuk penghantaran VX4 dilakukan pada tahun 2025.
Namun, sebelum segala urusan dilancarkan, teksi udara terlebih dahulu memerlukan sijil kebenaran, bersama dengan peraturan dan infrastruktur penerbangan khusus untuk mendarat, berlepas, dan parkir.
Menurut British Vertical Aerospace, mereka sedang dalam proses mendapatkan pensijilan, dan merancang untuk memulakan penerbangan ujian seawal bulan ini.
Di bawah AirAsia, operasi penerbangan ini akan bermula sebagai penghubung antara pusat bandar Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dengan kemudahan teksi udara ini nanti, perjalanan tersebut akan dapat dikurangkan daripada sejam dengan kereta kepada 17 minit sahaja.
Dijangka tambang teksi udara ini nanti berharga kurang daripada US$50 (~RM211) seorang, jika empat penumpang berkongsi teksi udara yang sama.
Menurut perunding Ronald Berger dari Munich, menjelang 2050, 161,000 teksi udara akan beroperasi di seluruh dunia.
Dari jumlah tersebut, 51% disumbang oleh rantau Asia-Pasifik, dan nampaknya AirAsia merupakan syarikat penerbangan utama pertama di rantau Asean yang memasuki industri ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/04/terkini-airasia-menjadi-yang-pertama.html