Terkejut Dan Tak Sangka Dilamar Terengganu Fc


 

Kuala Terengganu: Pertahanan muda Terengganu FC (TFC) Azarul Nazarith Azhar, 22 enggan lagi dilabel sebagai 'budak mentah'.


Sebaliknya bekas pemain FELDA United itu yang lebih mesra dipanggil 'Tokek' berazam memperagakan aksi lebih meyakinkan bersama pasukan baharunya itu dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim depan.


"Sebenar saya terkejut dan tidak menyangka dilamar TFC lebih-lebih lagi skuad itu bakal bersaing di peringkat Asia selain Liga Super.


"Tapi dengan peluang yang diberikan saya tekad untuk membalas kepercayaan itu dengan persembahan terbaik selain mahu memperbaiki corak persembahan kerana sedar saingan pasti sengit apatah lagi TFC antara pasukan digeruni dalam saingan Liga M," katanya kepada Sukan NSTP.


Pemain kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu kini sudah menjalani latihan sejak Isnin lalu bawah kendalian jurulatih, Nafuzi Zain.


Mengulas lanjut, bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Wangsa Melawati dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria Kuala Lumpur itu berkata, sebelum ini dua lagi pasukan iaitu Kuala Lumpur dan Pulau Pinang turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya musim depan.


"Tapi keinginan untuk mencuba perkara baharu dalam bola sepak selain percaya TFC boleh membantu pemain muda berada pada tahap terbaik membuatkan saya pilih pasukan dari Pantai Timur ini.
"Selain itu 'lampu hijau' daripada bekas jurulatih, Nidzam Jamil ketika bersama FELDA turut menguatkan lagi keinginan saya memilih TFC.


"Terima kasih pihak pengurusan TFC kerana beri peluang walaupun masih mentah pengalaman kerana baharu musim pertama beraksi dalam saingan Liga Super bersama FELDA United musim ini.


"Jika ditanya impian saya sudah tentu mahukan trofi Liga Super kerana skuad ini belum pernah merangkul gelaran itu selain mahu membantu TFC melangkah lebih jauh dalam saingan Piala AFC," kata pertahanan kiri yang juga bekas produk Program Pembangunan Akademi FELDA United dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). - Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.terengganusebelas.com/2020/12/terkejut-dan-tak-sangka-dilamar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Sedang Dibina Pada Tempat Latihan Terengganu Fc

Apa Yang Sedang Dibina Pada Tempat Latihan Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 518 hits
Kuala Terengganu Sesuatu yang menarik perhatian para penyokong dan peminat TFC apabila terdapat container yang dipasang untuk menjadikan ia sebagai pejabat atau pun cafe dipusat latihan Terengganu FC tersebut Gambar berikut adalah daripada ...
Floods Worsen In Terengganu

Floods Worsen In Terengganu

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 379 hits
6 623 people from 1 572 families have been evacuated to 28 flood relief centres in Kemaman NSTP GHAZALI KORISETIU Floods in Terengganu worsened as 8 620 people were evacuated to relief centres following continuous rain Rescue agencies are p...
6 305 Mangsa Banjir Di Terengganu Dipindahkan

6 305 Mangsa Banjir Di Terengganu Dipindahkan

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 468 hits
Oleh Air Sungai Yah Yah di Kemaman melimpah berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu Foto NSTP Mustaffa Kamal CHUKAI Hujan berterusan sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah dan berhampiran sungai ditenggelami air sekali ...
Pengarah Teknikal Terengganu Fc Gabungan Otai Dan Bekas Pemain Kebangsaan

Pengarah Teknikal Terengganu Fc Gabungan Otai Dan Bekas Pemain Kebangsaan

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 290 hits
Kuala Terengganu Terengganu FC sebelum ini baru sahaja mengumumkan ada tiga calon yang akan dilantik sebagai pengarah teknikal Bagaimanapun hari ini mengikut perkembangan yang dikongsikan di facebook peribadi Pengarah Jawatankuasa Pembangun...
Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2021 Permohonan Lesen Percuma

Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2021 Permohonan Lesen Percuma

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 612 hits
LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAHTERA 2021 PERMOHONAN LESEN PERCUMA Program lesen motosikal percuma diteruskan lagi tahun 2021 Berikut dikongsikan cara membuat permohonan lesen motosikal percuma 2021 di bawah LESEN MOTOSIKAL TERENGGANU SEJAH...
Tiga Calon Pengarah Teknikal Dalam Radar Terengganu Fc

Tiga Calon Pengarah Teknikal Dalam Radar Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 414 hits
Kuala Terengganu Terengganu FC Sdn Bhd sedang teropong calon yang sesuai untuk memegang jawatan sebagai pengarah teknikal skuad Penyu itu musim depan Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd Ab Rasid Jusoh berkata setakat ini terdapat tiga nama ...
Terengganu Sejahtera Lesen Motosikal Percuma Sesi 2021 Cara Permohonan

Terengganu Sejahtera Lesen Motosikal Percuma Sesi 2021 Cara Permohonan

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 549 hits
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan melalui dua cara seperti di bawah Pastikan anda membaca arahan syarat dan mengisi maklumat dengan lengkap dan tepat adinserter name sgo 1 CARA PERMOHONAN SECARA ONLINE Layari Masukkan nombor ka...
Kelainan Rasa Daging Singgang Patut Dicuba Menu Popular Di Terengganu

Kelainan Rasa Daging Singgang Patut Dicuba Menu Popular Di Terengganu

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 361 hits
BIASANYA kita nikmati menu berasaskan daging seperti sup kari masak dendeng rendang masak merah kicap tumis dan sebagainya Apa kata korang mencuba daging singgang yang mudah dimasak ini Menu ini sangat popular di Terenggganu Tambah lagi pad...
Che Ku Marzuki Jibang Kembali Untuk Terengganu Fc

Che Ku Marzuki Jibang Kembali Untuk Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 596 hits
Kuala Nerus Terengganu FC Sdn Bhd nampaknya mengorak langkah apabila dikatakan mengumpulkan barisan Pengarah Teknikal dan pembantunya terdiri daripada anak jati Terengganu yang berpengalaman dalam bola sepak samada diperingkat bekas pemain ...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Misi Bantuan Ai Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik

Teman Acue Pergi Fitting Baju Kahwin