Terjah Ke Eye Pro Vision Kedai Cermin Mata Viral No 1 Malaysia Bersama Rakan Sepejabat



Bila kawan baik kau tanya, "Kak juju oh kak juju dekat mana nak buat spek mata dekat KL ni. Harga berbaloi tapi nak yang lain dari yang lain." Tinkkkk! 
Terus aku teringat dekat oppa wajah ala-ala Korea Mr William Eye Pro Vision. Seingat juju dalam tahun 2018 juju teman suami ke sini untuk buat cermin mata klik SINI. Sampai sekarang suami dok pakai elok dan kurang rasa pening dia tu. 
Jadinya, aku cadang ajak teman-teman sepejabat terus ke Sungai Wang Plaza, Kuala Lumpur. Kedai Eye Pro Vision ni terletak di aras G111. Lokasinya tak berubah pun, tetap sama. 
Terus aku masuk, bertanyakan salah seorang staf di situ. Encik William ada?Eh, saya macam kenal lah akak ni. Akak pernah datang kan dulu?Ya, betul hehe ehhh dah lama betul saya tak datang ingat lagi ye, ehh malu saya hahaTerus staf situ call Encik William (director), tak lama selepas tu dia datang terpandang kami bertiga tunjuk simbol love ala-ala Korea tu weh hahahaha so sweet guy Mr William ni. 
Dah lama tak datang pun dia ingat lagi customer lama dia, terharu! 😱Nampak kan promo diatas tu. Ramai kawan-kawan pm tepi juju tanya rupa kedai dia macam mana? Ini dia, korang save atau screenshoot je gambar ni dari blog juju je, halal okey

Nak beli cermin mata ni kita kena kenal fungsi mata kita, cahaya apa patut dan tak patut di terima sewaktu kita mengendalikan komputer mahupun dalam apa jua keadaan sekalipun. Lagi-lagi yang bercermin mata setiap masa. 
Juju pun ada tau cermin mata khas untuk guna komputer dalam masa yang lama.  
Aku lihat, bukan setakat Encik William je ramah tamah, staf-staf beliau semua sangat membantu dan ringan mulut mix matchkan bingkai yang di idamkan oleh kawan-kawan juju tau. Nampak mereka sangat membantu, berinfo dan cepat servis. 
Cadangan pemilihan bingkai cermin mata dengan wajah oleh pakar cermin mata sendiri. Lepas penerangan lengkap di beri, masa inilah seronok nak cari bingkai cermin mata pilihan hati mengikut trend terkini tau. 
Rakan-rakan sendiri ambil masa sehabis baik untuk buat pilihan yang kena di wajah sendiri. Ada bingkai warna rose gold, gold, silver mahupun hitam. Kalau nak warna warni pun ada soft look bagai pun juju tengok pun cun juga kalau kena dengan wajah.
Menariknya, mereka di beri layanan dan cadangan bingkai dan rupa cermin mata mana yang sesuai dengan wajah mereka. Sudah tentulah pemilihan kena dengan umur dan nak tampak muda betul tak.
Jadi pilihan tepat sudah dipilih dan dicadangkan oleh pakar cermin mata, mereka puas hati dan nak tengok hasilnya?
Tunggu akhir entry ini ye. 
Teruskan membaca apa yang menarik dalam cermin mata Alpha Blue 420. 

Kelebihan Alpha Blue 420 yang perlu kita tahu!
Cermin nipis - spek ringan sungguh tak rasa beban dekat mata. 12 lapisan coating - lebih tahan lasak dan tak mudah calar.Warranty 1 tahun - coating terkopek? Datang terus sini dapat spek mata baru. Kalis air - masa hujan dan cuaca sangat panas akan timbul wap air di cermin kan? Tidak bagi jenis ini. Anti silau - sesuai memandu waktu malam.100% tapis sinar UV - anak-anak yang suka mengadap gadget seperti game dan belajar guna gadget harus digalakkan guna untuk jaga mata. Bagi orang dewasa yang belajar dan bekerja mengadap PC dan hp dalam jangka masa panjang sangat bagus melindungi mata. 
Mata kawan juju sis Aida di test, masa ini dua kali ujian di lakukan pada beliau. Sampai rasa puas hati baru cermin mata di buat. Begitu juga dengan dik Aifa, penerangan lengkap dalam bilik khas untuk uji cermin mata baru. Nampak rakan-rakan selesa dengan penerangan dari Encik William. 

Aku pulak, tengah teman kawan-kawan pun asyiklah dok godek sana sini cermin mata kat sini. Walaupun juju bukanlah pengguna setia cermin mata (hanya guna waktu bekerja guna PC sahaja), tapi juju suka tengok bingkainya. Rupanya Tok Ti pun guna bingkai ni lah...waduh-waduh kena racun ni hahaha. 
Sebelum di proses, kawan juju akan pilih betul-betul dulu. Tak ada masalah lah nak duduk lama dalam kedai diorang, diorang sangat sporting lihat keletah kami yang sana sini dok mencuba cermin mata. Hehe. 
Wow....kagum jap lihat photo di tampal, bila artis-artis Malaysia pun datang sini buat cermin mata. Elizabeth Tan sama Shila Amzah wehh, phewiiitttt !

Aku memang sangat suka bergaya kalau pergi holiday, aku peminat cermin mata jenis avatar. One day fine, nak buat kat sini warna soft pink tu. 
Cantik macam warna nude je, alahaiiiii melting sungguh ni cakap. Aku kalau posing guna cermin mata jenis ni kalau snap dalam gambar perghhhhhhhhhhhh lain macam hahaha. 

Ramainya orang masa ni, kami pi waktu lunch break hari bekerja tau konon nak elak waktu pick hour. Ramai juga pelanggan dia, walaupun ramai tetap layanan satu-satu orang diberi dengan baik. Jarak pun di jaga waktu MCO ni. 
Dalam masa lebih kurang 1 jam, siap dah cermin mata mereka semua. Yeyyyyy! Nampak muda dan elegan kan. Cantik sungguh!
Close up, Aida dan Aifa dengan cermin mata idaman hati bersama Alpha Blue 420 dalam cermin mata mereka. 
Our sincere review
Video klik 👇

Masa keluar dari kedai Eye Pro Vision menuju ke kereta, kawan-kawan sendiri berkata:"Bestnya juju, nampak jelas sangat sebelum ini punya cermin mata. Beza sangat, dah lah bingkai pun banyak pilihan. Thank you juju, happy we all"
Sebenarnya nak big thanks dekat Encik William di Eye Pro Vision. Dengan servis dan barang yang berkualiti setanding dengan wang yang dilaburkan, for sure pulangan yang kita dapat adalah kepuasan dan menjimatkan masa, wang dan tenaga. 
Seronok dapat cadangkan dekat kawan-kawan. Jikalau korang nak buat cermin mata dan nak cadang dekat keluarga tersayang mahupun rakan kenalan, juju cadangkan korang datang ke sini. 
Pasti korang rasa apa suami dan kawan-kawan juju sudah rasai. Thank you so much Eye Pro Vision, nanti kami datang lagi tau ! 😘😘😘
Tempat: 
Eye Pro VisionG111, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
Kedai dibuka setiap Isnin-Ahad (termasuk cuti umum)  
11.00 pagi – 8.00 malam.
Maklumat lanjut: Encik William 016-3771304FB: Eye Pro VisionIG: eyeprovision_g111

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2020/09/terjah-ke-eye-pro-vision-kedai-cermin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cermin Mata Murah Dengan Alpha Blue 420 Lens Di Eye Pro Vision Patutlah Jadi Kedai Spek Viral Di Malaysia

Cermin Mata Murah Dengan Alpha Blue 420 Lens Di Eye Pro Vision Patutlah Jadi Kedai Spek Viral Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 979 hits
Cermin Mata Murah Dengan Alpha Blue 420 Lens di Eye Pro Vision Patutlah Jadi Kedai Spek Viral di Malaysia l Assalamualaikum Akhirnya selesai juga Ana buat cermin mata baru setelah lama dok bertangguh Bukan apa nak buat cermin mata ni bukan ...
Macam Tidak Percaya Cermin Mata Hanya Bernilai Rm 125 Dari Eye Pro Vision Siap Kanta Alpha Blue 420 Lagi

Macam Tidak Percaya Cermin Mata Hanya Bernilai Rm 125 Dari Eye Pro Vision Siap Kanta Alpha Blue 420 Lagi

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 655 hits
Macam Tidak Percaya Cermin Mata Hanya Bernilai RM 125 Dari Eye Pro Vision Siap Kanta Alpha Blue 420 Lagi Assalammualaikum semua Kali ini Ruby ingin kongsikan dengan korang cerita berkenaan cermin mata Seingat Ruby Ruby tidak pernah bercerit...
Bose Melancarkan Tiga Lagi Cermin Mata Dengan Fon Telinga Terbina

Bose Melancarkan Tiga Lagi Cermin Mata Dengan Fon Telinga Terbina

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 339 hits
Bose melancarkan tiga lagi cermin mata dengan sistem audio terbina pada bahagian tangkai Tiga model yang dilancarkan ialah Bose Frames Tenor Bose Frames Soprano dan Bose Frames Tempo Kesemuanya hadir dengan lensa kaca mata hitam tetapi masi...
Pekin Ibrahim Terjah Datuk Rosyam Nor Adalah Pemilik Pertama Proton Satria Neo R3 Versi Lotus Racing Dalam Malaysia

Pekin Ibrahim Terjah Datuk Rosyam Nor Adalah Pemilik Pertama Proton Satria Neo R3 Versi Lotus Racing Dalam Malaysia

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 695 hits
Pekin Ibrahim Melawat Dan Ini Keadaan Neo R3 Datuk Rosyam Sekarang Antara kereta yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia terutamanya orang muda atau yang berjiwa muda Proton Satria sememangnya satu jentera yang boleh dibanggakan Dengan rupa b...
Manusia Macam Ni Tidak Layak Sambut Hari Malaysia

Manusia Macam Ni Tidak Layak Sambut Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 403 hits
Sebelum ini saya telah tegaskan banyak kali tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan dan Sabah milik Malaysia buat selama lamanya Sebab itu saya kecewa apabila Presiden Warisan Shafie Apdal baru baru ini mencadangkan agar Kerajaan...
Pm To Make Announcement On Ma63 At Malaysia Day Do In Sibu Tonight

Pm To Make Announcement On Ma63 At Malaysia Day Do In Sibu Tonight

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 278 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin FIle picture Bernama KOTA KINABALU Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is expected to make an announcement on the Malaysia Agreement 1963 at the national level Malaysia Day celebration in Sibu tonight which
Hari Malaysia Merdeka Dari Kezaliman Perkukuh Hubungan Kaum

Hari Malaysia Merdeka Dari Kezaliman Perkukuh Hubungan Kaum

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 239 hits
Hari Malaysia yang disambut saban tahun pada tanggal 16 September harus diisi dengan pengertian yang lebih bermakna Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Hari Malaysia seharusnya disambut dengan jiwa merdeka dan iltizam menguku...
Politik Majmuk Inklusif Menuju Malaysia Baharu Wanita Keadilan

Politik Majmuk Inklusif Menuju Malaysia Baharu Wanita Keadilan

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 260 hits
Hari Malaysia pada tahun ini mungkin berbeza dan unik bagi rakyat Malaysia apabila parti pemerintah mula mengiktiraf politik majmuk yang mengutamakan kepelbagaian kaum dan agama dalam KEADILAN sejak 20 tahun lalu sebagai teras politik terba...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias