Teringin Nak Jadi Youtuber
Teringin Nak Jadi Youtuber? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Wooh dah masuk Tahun Baru 2022, ini adalah entri pertama untuk tahun ini.
Terpanggil MYiDEAKiNi pertama kali entri tahun 2022 adalah untuk memberikan gambaran pandangan dan pendapat bagi anda yang ingin menjadi seorang Youtuber. Ianya menjadi mudah jika anda adalah seorang yang mempunyai daya kreativi setiap hari. Perkara asas yang paling penting anda mesti tahu mengendalikan aplikasi untuk video anda
Teringin Nak Jadi Youtuber?Berdasarkan gambaran dan pandangan dari Abam sendirilah, berikut adalah beberapa perkara asas untuk anda yang teringin menjadi seorang Youtuber.
[accordion]1) Mempunyai akaun YoutubeAnda boleh mendaftar akaun youtube secara percuma dan tidak dikenakan apa-apa bayaran kecuali mengambil pakej premium youtube. Dalam akaun youtube, anda boleh boleh mencipta channel anda sendiri. Boleh baca info disini juga: Mudah Review Gaji Seorang Youtuber2) Gajet seperti Telefon Pintar atau video cameraSudah kebiasaan, pengunaan telefon pintar ini sudah menjadi keperluan setiap orang kerana mudah untuk berhubung diantara satu sama lain. Malah sejak mulanya kes COVID-19, setiap pengguna wajib mempunyai MySejahtera untuk anda daftar masuk pusat pasaraya, premis pejabat dan dimana anda berada sekalipun.3) Internet atau WIFIDah siap pengisian video, tapi internet data atau WIFI tiada, bagaimana nak muatnaik hasil video nanti? Penting dan wajib bagi anda untuk menjadi youtuber beginner. Kalau dah tahap advance tu, jangan lupa abam yer4) Aplikasi Editing VideoTerlalu banyak aplikasi percuma atau berbayar yang tersedia, asalkan video anda boleh di ubah mengikut citarasa tersendiri. Aplikasi video ada yang percuma dan berbayar. Jika anda seorang youtuber beginner, boleh mulakan dengan muatturun aplikasi video percuma samada anda adalah pengguna android atau ios. Boleh buat sendiri carian di aplikasi telefon pintar anda sendiri.Sambungan, Teringin Nak Jadi Youtuber?[accordion]5) Pengisian dalam videoBab pengisian dalam video ini adalah paling penting. Jika pengisian video itu berbentuk tutorial atau review produk, anda boleh fokuskan hal berkaitan tutorial atau review produk. Tetapi anda perlu ingat, apakah target anda untuk jadikan pengisian video itu menarik minat pengguna internet.6) Ilmu dalam sesuatu pekerjaan atau bidangAnda boleh cipta apa sahaja sesuatu idea itu dijadikan pendapatan sampingan atau sepenuh masa asalkan mempunyai ilmu yang secukupnya.
Kesimpulannya, jika anda adalah seorang pengguna yang bijak dan mempunyai kreativiti sendiri, sudah pasti anda mempunyai banyak idea-idea dalam pengisian video. Shhhh, jangan bagi tau orang yer, sebenarnya abam juga teringin nak menjadi seorang Youtuber tetapi sayangnya kurangnya pengisian dalam video. Tiada idea dan kreaviti sekadar menjadi blogger sambilan pun sudah memadai. Yer tak
Jika anda mempunyai sebarang pendapat atau pandangan yang berbeza seperti diatas, boleh tinggalkan ruangan komen yer. Jangan lupa tekan butang kongsi artikel ini, jika ianya bermanfaat untuk semua. Terima kasih :)Teringin Nak Jadi Youtuber?Tak salah untuk mencuba dari duduk diam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.myideakini.com/2022/02/teringin-nak-jadi-youtuber.html