Teringat Insiden Sb Berang Yusoff Masih Tunggu Tindakan Terhadap Farhash




Lelaki di sebalik dakwaan serangan seksual terhadap Anwar Ibrahim berkata dia sedar cabaran yang bakal dihadapinya ketika berbuat demikian sambil mengingat kembali satu insiden kira-kira 3 bulan sebelum memfailkan laporan polis terhadap presiden PKR itu Disember lalu.
Muhammed Yusoff Rawther teringat satu kejadian yang menurutnya berlaku di Balai Polis Seapark di Petaling Jaya, semasa dia memberi keterangan mengenai laporan polis berasingan terhadap setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, pada September tahun lalu.
Menurutnya, sejak pertemuan itu dengan polis berhubung dakwaan Farhash membelasahnya pada Mei tahun lalu, tiada sebarang perkembangan terkini daripada polis atau Jabatan Peguam Negara.
“Jika ini yang berlaku terhadap aduan melibatkan Farhash, saya boleh menjangkakan apa yang berlaku ke atas aduan saya terhadap bosnya,” kata Yusoff kepada FMT, merujuk kepada Anwar.
“Saya diserang secara fizikal, dipukul dan dicederakan Farhash, seorang pembodek Anwar,” katanya, yang ternyata masih marah dengan kejadian itu, terutama di sebalik apa yang didakwanya kebisuan pihak berkuasa sejak insiden di pejabat Anwar pada 16 Mei 2019.
“Sudah 8 bulan sejak laporan polis itu dibuat. Saya cedera teruk, tangan kanan saya lemah dan sakit-sakit. Saya perlu pembedahan dan pihak berkuasa gagal ambil tindakan terhadap penyerang saya, orang yang saya sudah pun kenal pasti,” kata Yusoff.
Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 16 Mei, sehari sebelum kematian datuknya, aktivis pengguna Pulau Pinang terkenal, SM Mohamed Idris, tahun lalu.
Yusoff pada ketika itu sebahagian daripada kakitangan Anwar di pejabat ahli Parlimen Port Dickson itu, di sebuah banglo di Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Ditanya kenapa Farhash menyerangnya, Yusoff menjawab: “Bagaimana nak sifatkan orang yang sering meluru ke ruang kerja kamu, tengking-tengking dan serang apabila tidak dipedulikan?”
Menurutnya, dia segera memaklumkan Anwar mengenai serangan itu, yang memintanya “jangan beritahu orang lain”.
Satu laporan perubatan dari Hospital Pantai yang ditunjukkan kepada FMT menyatakan dia mengalami kecederaan dan koyakan pada bahu, yang memerlukan pembedahan RM40,000.
Yusoff berkata Anwar pada awalnya berjanji akan menanggung kos pembedahan itu.
“Selepas Anwar tidak tunaikan janjinya, walaupun selepas bertemu saya di pengebumian datuk saya keesokannya (17 Mei), saya buat satu laporan polis terhadap Farhash pada 26 Mei di ibu pejabat polis Petaling Jaya.”
Yusoff berkata tindakan itu tidak disenangi Anwar.
“Itu bukan keputusan betul,” katanya teringat kata-kata Anwar kepadanya.
Dalam 4 bulan seterusnya, tiada perkembangan terkini daripada polis, kata Yusoff.
“Pegawai penyiasat tidak hubungi saya dan setiap kali saya hubunginya untuk bertanyakan status siasatan, dia mengelak daripada menjawab, mengatakan siasatan belum selesai.”
Ketika itulah dia membuat keputusan untuk mengambil tindakan saman sivil terhadap Farhash, menuntut pampasan bagi kecederaan dialaminya. Yusoff turut memfailkan saman malu terhadap setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah yang menuduhnya mempunyai masalah disiplin dan dadah.
‘SB’ berang
Yusoff berkata, selepas saman sivil itu difailkan, dia sedar kekurangannya: pengaruh politik.
Bagaimanapun, berita mengenai tindakan undang-undang terhadap Farhash mungkin menyebabkan polis mula bertindak terhadap laporan polis yang dibuat 4 bulan sebelumnya, apabila Yusoff diminta memberi keterangan pada 24 Sept lalu.
“Saya rasa tidak sedap hati, tetapi saya pergi bertemu pegawai penyiasat itu pada masa yang ditetapkan,” kata Yusoff.
Ketika keterangannya diambil di Balai Polis Seapark di Petaling Jaya, Yusoff berkata seorang pegawai “Special Branch” (Cawangan Khas) meluru ke dalam bilik, mengambil failnya daripada pegawai penyiasat dan memberitahunya: “Siapa suruh hang buat saman sivil, kan polis dok siasat?”
“Dia kemudian keluar dari bilik itu dan saya terdengar dia bercakap dengan telefon, ‘Jap, dia baru sampai, tengah tengok fail dia sekarang’,” kata Yusoff.
Yusoff berkata dia ada butiran identiti lelaki itu.
“Saya akan beritahu di mahkamah atau jika diminta pihak berkuasa.”
Kini, Yusoff masih menunggu penjelasan mengenai keputusan Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa Anwar berhubung laporan serangan seksual.
Tetapi apa yang membingungkan adalah laporannya terhadap Farhash “masih tidak terjawab” walaupun bukti dan keterangan sudah diberikan, termasuk satu laporan perubatan.
“Pada saya nampak seperti perkara ini boleh berlaku kalau ada campur tangan daripada individu-individu tertentu, mungkin daripada orang politik,” katanya tanpa menamakan sesiapa.
Farhash dilaporkan menolak tuduhan Yusoff. Minggu lepas, beliau memfailkan saman fitnah terhadap Yusoff.
Perkembangan itu kira-kira 2 minggu selepas Jabatan Peguam Negara mengumumkan tiada kes terhadap Anwar, atas alasan “percanggahan fakta yang material” dan “tiada keterangan cukup” dalam dakwaan serangan seksual Yusoff.
Laporan polis dibuat Yusoff pada awal Disember lalu membawa kepada siasatan jenayah oleh Bukit Aman di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan.
Yusoff berkata dia tidak akan berputus asa dalam usahanya mendapatkan keadilan dalam kes melibatkan Anwar dan Farhash.
“Saya menggesa polis dan Jabatan Peguam Negara berterus-terang mengenai siasatan itu, beritahu kalau ada sebarang campur tangan dan jelaskan kepada seorang penyerang belum dihadapkan ke muka pengadilan.
“Adakah saya harus menderita kerana saya tiada hubungan politik?” soalnya.
FMT sedang mendapatkan respons Anwar dan Farhash, serta Jabatan Peguam Negara dan polis.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/29/teringat-insiden-sb-berang-yusoff-masih-tunggu-tindakan-terhadap-farhash/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Tegas Terhadap Peniaga Naik Harga Tidak Munasabah

Tindakan Tegas Terhadap Peniaga Naik Harga Tidak Munasabah

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 285 hits
PUTRAJAYA 19 JAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah sempena Tahun Baharu Cina Menterinya Datuk Seri Sai...
Warisan Nafi Terlibat Insiden Kekerasan Terhadap Papagomo

Warisan Nafi Terlibat Insiden Kekerasan Terhadap Papagomo

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 260 hits
Warisan nafi terlibat insiden kekerasan terhadap Papagomo Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Jan 2020 2 38PM
I Too Want Update On Yusoff S Assault Claims Says Farhash

I Too Want Update On Yusoff S Assault Claims Says Farhash

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 337 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak insists that he did not assault Muhammed Yusoff Rawther PETALING JAYA Anwar Ibrahim s political secretary Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak has again rejected accusations that he attacked a former resea...
Grab Masih Tunggu Koordinasi Kemenhub Soal Penyesuaian Tarif Ojek Online

Grab Masih Tunggu Koordinasi Kemenhub Soal Penyesuaian Tarif Ojek Online

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 201 hits
Head of Public Affairs Grab Indonesia Tri Sukma Anreianno mengungkapkan pihaknya telah mengetahui perihal wacana kenaikan tarif tersebut Meski begitu pihaknya sedang menunggu koordinasi lebih lanjut dari pihak regulator
Peguam Hanif Harap Anwar Tidak Tarik Balik Saman Sivil Terhadap Yusoff Rawther

Peguam Hanif Harap Anwar Tidak Tarik Balik Saman Sivil Terhadap Yusoff Rawther

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 282 hits
Jabatan Peguam Negara diminta supaya memberikan penjelasan terperinci berhubung keputusan menutup kes serangan seksual ke atas Muhammad Yusoff Rawther Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata pihaknya telah menghantar surat kepada Pegua...
Bukti Dah Ada Tunggu Polis Ambil Tindakan Hampir Terjelir Lidah Kerana Bengang Dihalang Guna Lorong Kecemasan

Bukti Dah Ada Tunggu Polis Ambil Tindakan Hampir Terjelir Lidah Kerana Bengang Dihalang Guna Lorong Kecemasan

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 258 hits
Sudah berkali kali dimaklumkan kepada para pengguna jalan raya bahawa lorong kecemasan tidak boleh digunakan sesuka hati Tetapi masih ada pengguna yang ingkar dan dilihat menganggap jalan raya itu seperti milik keturunannya Viral di media s...
Demontrasi Tidak Mempengaruhi Tindakan Lembaga Disiplin Keadilan Terhadap Zuraidah

Demontrasi Tidak Mempengaruhi Tindakan Lembaga Disiplin Keadilan Terhadap Zuraidah

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 497 hits
Samada kumpulan pro Zuraidah atau Anti Zuraidah yang berhimpun hari ini tidak mengubah apa apa atau boleh mempengaruhi keputusan lembaga disiplin parti Itu yang ditegaskan oleh Anwar selaku Presiden Keadilan Biarkan lembaga disiplin tentuka...
Koronavirus Skmm Diminta Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Berita Palsu

Koronavirus Skmm Diminta Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 317 hits
Alor Setar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia diminta mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan berita palsu berkaitan 2019 Novel Koronavirus sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai Pengerusi Jawa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah