Koronavirus Skmm Diminta Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Berita Palsu


Alor Setar : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan berita palsu berkaitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV), sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, selain itu, orang ramai juga digesa tidak menularkan gambar yang tidak sahih kerana bimbang ia akan menimbulkan kerisauan.
“Kalau tidak pasti, mereka perlu semak dengan kerajaan sama ada dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia atau kementerian lain yang terlibat,” katanya kepada sumber pada program sarapan pagi bersama beliau di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai gambar yang tular dalam media sosial kononnya rakyat China melarikan diri ke Langkawi berikutan wabak Koronavirus di negara itu.
Semalam, sebuah agensi pelancongan menafikan dakwaan berkenaan, dan gambar yang tular itu sebenarnya adalah ketibaan penumpang dari Nanjing, China pada 17 Jan lepas melalui agensi pelancongan itu, tetapi kesemua pelancong telah pulang pada 21 Nov lepas.
Sementara itu, Mohd Asmirul berkata setakat ini kerajaan negeri masih meneruskan promosi dan aktiviti pelancongan di Kedah seperti biasa, namun akan memperketatkan kawalan di semua pintu masuk ke negeri ini.
“Bagi kerajaan negeri, kita masih meneruskan (kempen) Visit Malaysia 2020 (VM2020). Memang ada penurunan jumlah pelancong dan kita tidak nafikan ia dari China tetapi dalam masa yang sama kita tidak fokus kepada China sahaja, sebaliknya turut memberi fokus kepada negara ASEAN, Eropah dan India,” katanya.
Sumber : Bernama
The post Koronavirus : SKMM Diminta Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Berita Palsu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/27/koronavirus-skmm-diminta-ambil-tindakan-terhadap-penyebar-berita-palsu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patut Terdiam Rupanya Semua Penyebar Berita Palsu Koronavirus Telah Ditahan Takut Juga Rupanya Macamana Nak Berjihad

Patut Terdiam Rupanya Semua Penyebar Berita Palsu Koronavirus Telah Ditahan Takut Juga Rupanya Macamana Nak Berjihad

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 452 hits
Semua penyebar berita palsu koronavirus telah ditahanOleh January 31 2020Semua lima individu yang terlibat dalam penyebaran kandungan berita palsu mengenai penularan wabak koronavirus telah ditahan pihak berkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan ...
Pm Penyebar Berita Palsu Fitnah Berdepan Tindakan Tegas

Pm Penyebar Berita Palsu Fitnah Berdepan Tindakan Tegas

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 352 hits
PUTRAJAYA 29 JAN Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu serta fitnah berhubung koronavirus 2019 kata perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata yang kerajaan tidak akan bertoleransi terhadap penyebaran...
Koronavirus Fb Turun Maklumat Palsu

Koronavirus Fb Turun Maklumat Palsu

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 280 hits
San Francisco Facebook akan menurunkan semua maklumat tidak sahih membabitkan koronavirus baharu selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat kesihatan global Jaringan sosial terbesar dunia itu berkata piha
Demontrasi Tidak Mempengaruhi Tindakan Lembaga Disiplin Keadilan Terhadap Zuraidah

Demontrasi Tidak Mempengaruhi Tindakan Lembaga Disiplin Keadilan Terhadap Zuraidah

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 520 hits
Samada kumpulan pro Zuraidah atau Anti Zuraidah yang berhimpun hari ini tidak mengubah apa apa atau boleh mempengaruhi keputusan lembaga disiplin parti Itu yang ditegaskan oleh Anwar selaku Presiden Keadilan Biarkan lembaga disiplin tentuka...
Koronavirus 2019 Rakyat Digesa Tidak Sebar Berita Palsu

Koronavirus 2019 Rakyat Digesa Tidak Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 325 hits
PUTRAJAYA 1 FEB Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa kagum atas pendekatan segera yang diambil kerajaan dalam mengelakkan penularan wabak koronavirus 2019 di negara ini Titah baginda ...
Penyebar Berita Palsu Corona Virus Ditahan Polis

Penyebar Berita Palsu Corona Virus Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 508 hits
Penyebar Berita Palsu Corona Virus Ditahan Polis Sejak tersebarnya berita berita tentang Corona Virus pelbagai versi berita yang kita semua baca kan Tidak kira ianya dari dalam negara atau luar negara Penyebar Berita Palsu Corona Virus Dita...
Sebar Berita Palsu Coronavirus Zed Zaidi Dipanggil Skmm

Sebar Berita Palsu Coronavirus Zed Zaidi Dipanggil Skmm

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 378 hits
Kecoh mengenai statusnya berhubung coronavirus di laman Twitter Presiden Seniman Zed Zaidi dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia The post appeared first on
4 Lagi Ditahan Kerana Sebar Kandungan Palsu Kes Koronavirus

4 Lagi Ditahan Kerana Sebar Kandungan Palsu Kes Koronavirus

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 360 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia menahan empat lagi individu yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak koronavirus SKMM dalam satu kenyataan berkata keempat...
Bahana Sebar Berita Palsu Wabak Novel Koronavirus

Bahana Sebar Berita Palsu Wabak Novel Koronavirus

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 408 hits
Bahana Sebar Berita Palsu Wabak Novel Koronavirus Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia telah menahan empat lagi individu yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak novel koro...
Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda

Bayou Lagoon Park Resort

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Sains Komputer Di Malaysia

Kes Hfmd Negara Meningkat Melonjak Ke 266 Peratus Kkm

Adakah Emas Dikenakan Cukai Di Malaysia Ini Jawapannya

Cikbunga Menunaikan Umrah

Your Next Airbnb May Include Room Service And Tamale Making

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Forgotten Innovations Of The Islamic Golden Age

Nathan Keling Menyarung Chord

Tak Perlu Jual Barang Tak Perlu Cari Orang Tak Perlu Berhenti Kerja Pun

Govt Fears Enriching Pn States Sanusi Claims On Rare Earth Sop Delay

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf

Another Construction Site Ordered To Close In Kl