Teringat Aneka Hidangan Dari Restoran Melayu Yang Best Di Kl
Teringat Aneka Hidangan Dari Restoran Melayu Yang Best Di KL
Bila duduk berkurung di rumah dalam waktu PKP ini, hati mula teringat pada restoran-restoran melayu dengan menu yang best. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, menu dari restoran melayu sudah menjadi satu perkara biasa.
Sebut makanan melayu terus terbayang sambal, lauk pauk masakan kampung dan pelbagai jenis ulam-ulaman yang sedap. Makan pula beramai-ramai dengan keluarga, sedap hingga menjilat jari mengalahkan KFC jawabnya.
Antara restoran yang berbaloi untuk dapatkan menu masakan melayu yang sedap adalah:
#1-Restoran Sambal Hijau
Restoran Sambal Hijau yang terletak di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur ini menyajikan pelbagai jenis masakan lauk pauk kampung yang sedap. Duduk di bandar dan teringin nak makan menu masakan kampung dengan rasa melayu asli, di sinilah tempatnya.
Antara hidangan yang terdapat di sini ialah daging salai masak lemak cili api, gulai ketam, udang galah masak lemak, ulam-ulaman, aneka kerabu dan lain-lain lagi. Kalau dikira jenis lauk yang ada di sini sememangnya lebih daripada 15 jenis.
Alamat: 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#2-Restoran Rasa Omak Den
Nama Omak Den lain daripada yang lain. Jelas dengan nama yang diberi, restoran ini menyajikan makanan asli yang berasal dari Negeri Sembilan. Hidangan terkenal dari Negeri Sembilan iaitu masak lemak cili api dan itik salai sudah tentulah ada.
Makan pula dengan sambal tempoyak berserta dengan ulam-ulaman, boleh membuatkan selera makan jadi semakin bertambah. Dan kepada sesiapa yang berasal dari Negeri Sembilan dan tidak tidak tahu di mana tempat yang menghidangkan hidangan kampung halaman yang sedap, mungkin boleh cuba restoran Omak Den ini.
Alamat: Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
#3-Samudra Exotic River Fish Restaurant
Restoran Samudra Exotic River Fish Restaurant agak eksklusif dengan gaya persembahan dan mutu masakan yang tidak mengecewakan. Jika Omak Den lebih tertumpu pada masakan Negeri Sembilan, restoran ini pula tertumpu pada masakan berasaskan ikan sungai.
Stok ikan segar datang terus dari Sungai Pahang. Antaranya ada menu ikan lampam, patin buah, sebarau, tenggalah, baung, kerai udang galah dan banyak lagi. Suasana di restoran ini agak luas, tenang dan juga sangat selesa bagus untuk sesiapa yang ingin makan secara berkumpulan.
Alamat: 51, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#4 - Gerai Ikan Bakar Seri Menanti
Suka makan menu bakar ala BBQ? Jika ya, ini tempatnya! Terdapat pelbagai jenis lauk pauk bakar yang best. Antaranya ada menu ayam kampung bakar, ikan kembung bakar, ikan terubuk bakar, sotong bakar, pari bakar dan banyak lagi.
Menu di sini di bakar dengan ramuan rempah buatan sendiri. Disebabkan itu ramai pelanggan suka makan di sini. Lagipun ia di bakar dengan daun pisang yang membuatkan rasa masakan dan baunya lebih menyelerakan.
Alamat: Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
#5 - Restoran Nasi Lemak Antarabangsa
Nama Nasi Lemak Antarabangsa sudah terkenal di seluruh negara. Ia bukan saja digemari oleh penduduk tempatan malah terkenal dikalangan pelancong asing juga. Restoran yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur ini sentiasa di penuhi pelanggan terutamanya pada waktu malam.
Nasi lemak di sini boleh dinikmati dengan pelbagai jenis sambal. Ada sambal sotong, sambal kerang, sambal paru, rendang dan lain-lain lagi. Sekali makan tentu teringat akan bau dan rasa nasi lemak yang sedap dan terbaik.
Alamat: 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Itulah dia antara senarai restoran untuk makanan melayu asli yang boleh kita cuba di KL. Cuma dalam tempoh berkurung ni memang tak bolehlah untuk ke mana-mana.
Cara terbaik order guna servis perkhidmatan food delivery dari Foodpanda. Pilih mahu makan apa dan buatlah tempahan pesanan. Nanti pihak Foodpanda akan menghantarnya mengikut destinasi yang di pilih tanpa perlu keluar dari rumah sama sekali.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.syamimisaad.com/2021/02/teringat-aneka-hidangan-dari-restoran.html