Terima Pengkhianat Sebagai Calon Mp Dap Bidas Anwar Ibrahim



PETALING JAYA: Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri masih belum menyatakan secara terbuka bahawa mereka mahu menjadi calon bebas bagi mengembalikan mandat rakyat kepada Pakatan Harapan (PH), menurut seorang Ahli Parlimen DAP.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, ulasan daripada Presiden PKR Anwar Ibrahim bahawa empat bekas ADUN itu tidak boleh disamakan dengan pembelot di sebalik Langkah Sheraton tahun lalu perlu dibincangkan.
Anwar baru-baru ini mempertahankan bekas ADUN terlibat dengan mengatakan mereka tidak sama seperti wakil rakyat yang menggulingkan kerajaan PH menerusi Langkah Sheraton.
Menurut Anwar, mereka yang terlibat dalam Langkah Sheraton telah mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada PH, sebaliknya tindakan bekas empat ADUN berkenaan adalah untuk mengembalikan mandat kepada gabungan pembangkang.
Beliau turut berkata, kepemimpinan pusat PH kini dalam peringkat akhir untuk memutuskan sama ada akan menerima tiga daripada empat individu itu iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron, Noor Effandi Ahmad dan Nor Azman Hassan dalam gabungan berkenaan.
PH sebelum ini menutup pintu kepada bekas ADUN keempat, Norhizam Hassan Baktee dari DAP, yang juga telah menarik balik sokongan terhadap pentadbiran kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional sebelum ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ramkarpal berkata: “Perlu diingatkan bahawa keempat-empat mereka tidak menyatakan secara terbuka tujuan mereka menjadi bebas adalah kerana mahu mengembalikan mandat rakyat kepada PH.
“Malah, dua daripada mereka dari Umno dan tidak pernah menjadi sebahagian dari PH. Oleh itu, isu mereka mengembalikan mandat kepada PH dengan menjadi calon bebas tidak timbul.”
Ramkarpal menyifatkan sebagai salah untuk mengatakan dua lagi bekas ADUN dari Umno berkenaan tidak terlibat dalam langkah Sheraton, kerana jika benar pasti mereka kekal dalam PH selepas kejatuhan kerajaan.
Katanya, walaupun mereka berempat menyatakan mahu menjadi bebas untuk mengembalikan mandat rakyat kepada PH, ia sesuatu yang disifatkannya sebagai ‘afterthought’ (telah difikirkan kemudian).
“Tiada tanda-tanda daripada mereka secara terbuka sebelum ini mengenai perkara itu.”
Ramkarpal juga berpandangan PH tidak boleh menerima empat bekas ADUN dan pada masa sama memperjuangkan pelaksanaan undang-undang antilompat parti seperti yang dinyatakan dalam memorandum persefahaman dengan kerajaan.
“Ini tidak masuk akal,” katanya.
“Silap besar jika PH menerima mereka, kerana mampu mengakibatkan kemarahan pengundi dalam pilihan raya negeri Melaka dan pilihan raya umum ke-15 kelak. Ini perlu dielakkan.” ~ FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/11/terima-pengkhianat-sebagai-calon-mp-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Ketua Menteri Syarat Dap Kepada Anwar Terima Dua Bekas Adun Umno

Jawatan Ketua Menteri Syarat Dap Kepada Anwar Terima Dua Bekas Adun Umno

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 314 hits
AGENDA DAILY Syarat DAP kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim beri mereka jawatan Ketua Menteri jika mahu dua bekas ADUN UMNO bertanding atas tiket Pakatan Harapan Walaupun DAP keberatan menerima dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO sebagai ...
Anwar Sahkan Dua Bekas Adun Umno Diambil Sebagai Calon Ph

Anwar Sahkan Dua Bekas Adun Umno Diambil Sebagai Calon Ph

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 270 hits
Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri Melaka akan diambil sebagai calon Pakatan Harapan kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang itu mengesahkan keputusan untuk menerima dua ADUN tersebut b...
Dap Tolak Pengkianat Sebagai Calon Prn Melaka

Dap Tolak Pengkianat Sebagai Calon Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 299 hits
MELAKA DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presiden Pakat...
Kekal Berpegang Pada Prinsip Dap Tolak Katak Sebagai Calon

Kekal Berpegang Pada Prinsip Dap Tolak Katak Sebagai Calon

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 242 hits
DAP hari ini menyuarakan bantahannya terhadap keputusan PKR dan Amanah meneruskan lamaran kepada Idris Haron dan seorang lagi bekas Adun Umno menjelang pilihan raya negeri Melaka akan datang Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata jawatank...
Prn Melaka Hanya Dap Yang Tidak Bersetuju Terima Pengkhianat Ph

Prn Melaka Hanya Dap Yang Tidak Bersetuju Terima Pengkhianat Ph

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 258 hits
Oleh Nurul Aisyah DAP sebuah parti yang akan mempertahankan pemimpin mereka walaupun individu tersebut melakukan kesalahan sebesar mana sekali pun Apabila individu tersebut mengkhianati parti maka mereka tidak akan memaafkan pemimpin terseb...
Prn Melaka Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon Pkr Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

Prn Melaka Anwar Umumkan Idris Haron Jadi Calon Pkr Nor Azman Pula Jadi Calon Amanah

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 399 hits
MELAKA Dua Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO yang membatalkan sokongan terhadap kerajaan negeri sebelum ini iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sah bertanding menggunakan tiket PH untuk PRN kali ini Pengerusi Pakatan Harap...
Anwar Ibrahim Bagaimana Tokoh Politik Simpan Ratusan Juta Pemerintah

Anwar Ibrahim Bagaimana Tokoh Politik Simpan Ratusan Juta Pemerintah

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 167 hits
NI ANWAR TERANGKAN SOAL AKHAK TIDAK BOLEH DIIZINKAN SAMA SEKALI TAHUN 2012 ADA LAPORAN WORLD INTEGRITI WANG YANG MASUK SECARA HARAMINI WANG YANG DIDAPATI DARI SECARA HARAM DAN TANPA DIKETAHUI OLEH PIHAK BERKUASA TETAPI LEBIH DIANGGAR 900 BI...
Cakap Bukan Main Tetapi Hanya Satu Calon Pas Lawan Dap Di Melaka

Cakap Bukan Main Tetapi Hanya Satu Calon Pas Lawan Dap Di Melaka

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 273 hits
MALAYSIA DATELINEPas disifatkan sebagai bercakap sahaja soal hendak melawan DAP tetapi hanya sanggup meletakkan seorang sahaja calon mereka untuk melawan DAP dalam pilihan raya negeri Melaka Aktivis politik Jamzuri Ardani dalam posting beli...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia