Kekal Berpegang Pada Prinsip Dap Tolak Katak Sebagai Calon



DAP hari ini menyuarakan bantahannya terhadap keputusan PKR dan Amanah meneruskan lamaran kepada Idris Haron dan seorang lagi bekas Adun Umno menjelang pilihan raya negeri Melaka akan datang.
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata jawatankuasa eksekutif pusat DAP malam tadi, memutuskan untuk menolak keempat-empat Adun kumpulan Idris, tetapi mendapati parti itu hanya berjaya meyakinkan rakannya dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menolak dua sahaja.
Ini susulan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi gabungan itu, berkata mereka masih mempertimbangkan untuk mencalonkan dua Adun kumpulan Idris pada pilihan raya Melaka.
Lim berkata DAP telah dikalahkan dalam perkara itu oleh PKR dan Amanah, serta terpaksa mematuhi keputusan majoriti demi kepentingan perpaduan Pakatan Harapan (PH).
“Namun, ini tidak bermakna keputusan majoriti sebegitu sebelum ini adalah betul.
“DAP berharap akan ada kebijaksanaan dalam PH dan menggesa sekutu kami untuk memilih mereka yang ikhlas terhadap aspirasi PH dan bukannya mereka yang bermotifkan oportunisme politik semata-mata.
"PH tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama dengan kehilangan nilai moral yang tinggi untuk membenarkan dua daripada empat Adun berkenaan bertanding sebagai calon PH pada pilihan raya umum negeri Melaka," kata Lim dalam satu kenyataan.
Pendirian DAP senada dengan kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang menuduh Amanah mengkhianati PH dengan menerima keempat-empat Adun berkenaan.
Pilihan raya mengejut Melaka dicetuskan bulan lalu susulan rampasan kuasa politik yang tidak berjaya terhadap kerajaan negeri pimpinan Umno, yang menyaksikan empat Adun prokerajaan menarik balik sokongan mereka kepada ketua menteri ketika itu Sulaiman Md Ali.
Selain Idris, tiga yang lain itu adalah Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).
Pakatan pembangkang secara terang-terangan menolak Norhizam - yang pembelotan sebelum ini daripada DAP menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Melaka pimpinan PH.
Noor Effandi juga ditolak kerana pembelotan Bersatu daripada PH yang disertainya turut menyumbang kepada kejatuhan gabungan itu di negeri itu.
Bagaimanapun, Anwar menyokong Idris dan Nor Azman, atas alasan keempat-empat mereka itu hanya berpaling tadah selepas berunding dengan PH.
Naib Presiden PKR Tian Chua pula berkata PH harus "bergabung" dengan mana-mana pihak yang dianggap boleh membawa kemenangan kepada gabungan itu bagi mengembalikan mandat rakyat yang diperoleh pada 2018.
Bagaimanapun, Lim membantah dan langsung tidak bersetuju.
"Matlamat menghalalkan cara, terutamanya apabila komitmen mereka terhadap reformasi politik tulen yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara diragui," katanya ~ MalaysiaKini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/11/kekal-berpegang-pada-prinsip-dap-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Tolak Pengkianat Sebagai Calon Prn Melaka

Dap Tolak Pengkianat Sebagai Calon Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 314 hits
MELAKA DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presiden Pakat...
Prn Melaka Ph Tolak Datuk Norhizam Sebagai Calon

Prn Melaka Ph Tolak Datuk Norhizam Sebagai Calon

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 338 hits
Pakatan Harapan memutuskan akan menghantar wakil bertemu Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membincangkan pelaksanaan peraturan dan perjalanan Pilihan Raya Negeri Melaka yang adil dan saksama Menurut kenyataan Majlis Presiden PH prinsip keadilan...
Prn Melaka Ph Kekal Prinsip Tolak 4 Adun Berpaling Tadah

Prn Melaka Ph Kekal Prinsip Tolak 4 Adun Berpaling Tadah

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 296 hits
Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP kekal dengan keputusan menolak kesemua empat Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka yang sebelum ini menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Ra...
Terima Pengkhianat Sebagai Calon Mp Dap Bidas Anwar Ibrahim

Terima Pengkhianat Sebagai Calon Mp Dap Bidas Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 267 hits
PETALING JAYA Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka yang menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri masih belum menyatakan secara terbuka bahawa mereka mahu menjadi calon bebas bagi mengembalikan mandat rakyat kepada Pakatan Harapan menu...
Tidak Ada Katak Berprinsip Dap Tidak Berkempen Untuk Katak Politik

Tidak Ada Katak Berprinsip Dap Tidak Berkempen Untuk Katak Politik

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 216 hits
By 8 November 2021Anggota polis yang mengawal disekitar laluan masuk ke pusat penamaan calon pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Melaka DUN Pengkalan Batu N 15 di Dewan Mini Stadium Bistari Melaka foto SYAFIQ AMBAK 08 NOVEM...
Dap Tidak Berkempen Untuk Katak Yang Kononnya Berprinsip

Dap Tidak Berkempen Untuk Katak Yang Kononnya Berprinsip

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 212 hits
DAP tidak berkempen untuk katak yang kononnya berprinsip DAP menegaskan pendirian untuk tidak berkempen untuk dua katak politik yang telah menyertai Pakatan Harapan dan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Pengerusi DAP Kebangsaan Ta...
Prn Melaka Dap Tolak Norhizam Sertai Prn Guan Eng

Prn Melaka Dap Tolak Norhizam Sertai Prn Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 298 hits
DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka
Kau Ingat Dap Tu Macam Parti Coq Kodok Ka Panas Dap Tolak Norhizam Sertai Prn Melaka

Kau Ingat Dap Tu Macam Parti Coq Kodok Ka Panas Dap Tolak Norhizam Sertai Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 546 hits
October 19 2021 DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presi...
Isu Calon Adun Katak Buat Ph Retak Menanti Belah

Isu Calon Adun Katak Buat Ph Retak Menanti Belah

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 304 hits
SHAH ALAM Keputusan DAP mengadakan majlis penamaan calon pilihan raya negeri Melaka secara berasingan dengan parti parti dalam koalisi Pakatan Harapan memberi isyarat parti itu menunjukkan elemen protes secara terbuka terhadap Parti Amanah ...
Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Ctos Sme Biz Day Brings Digital Gameplan To Johor

Warga Pakistan Rasmi Program Sukan Sekolah

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Doa Memohon Cinta Allah Kekasih Nya Dan Amal Terbaik

Kata Kata Nasihat Hari Jumaat

Man City Bergaya Bedal Juventus

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Jumaat 27 Julai 2025 1 Muharam 1447