Jawatan Ketua Menteri Syarat Dap Kepada Anwar Terima Dua Bekas Adun Umno


AGENDA DAILY
Syarat DAP kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, beri mereka jawatan Ketua Menteri jika mahu dua bekas ADUN UMNO bertanding atas tiket Pakatan Harapan.
Walaupun DAP keberatan menerima dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO sebagai calon Pakatan Harapan (PH), namun mereka terpaksa menerimanya sebagai menghormati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, DAP meletak syarat kepada Anwar yang beria-ria menerima dua ADUN UMNO yang khianat tersebut dengan memberikan mereka jawatan Ketua Menteri (KM) jika memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November nanti.
Difahamkan, syarat itu diletak sebagai timbal-balik bagi bersetuju dengan keputusan Anwar yang mahu mengambil dua bekas ADUN tersebut iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sebagai calon PH.
Menurut sumber, sukar untuk menyakinkan DAP dengan keputusan Anwar yang berkeras mahu meletak dua bekas ADUN tersebut, namun apabila syarat yang diletak DAP tersebut diterima baharulah mereka bersetuju dengan kehendak Presiden PKR itu.
Nama calon KM yang disebut-sebut bakal dicadangkan DAP adalah calon muka baharu, Muhamad Danish Zainudin yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.
Danish satu-satunya calon DAP yang akan bertanding pada PRN Melaka ini, ia bagi menggantikan Datuk Norhizam Hasan Baktee yang sebelum ini bertanding atas tiket DAP sebelum mengumumkan keluar parti kemudiaannya.
Hanya seorang calon berbangsa Melayu diletak DAP dalam PRN Melaka kali ini.
Bagaimanapun, sumber turut memberitahu Anwar tidak bersetuju dengan syarat DAP tersebut memandangkan sudah membuat janji dengan Idris untuk mencalonkannya sebagai KM jika PH memenangi PRN kelak.
Janji bagi memberikan jawatan KM kepada Idris sudah dibuat Anwar dalam beberapa pertemuan sebelum ini dan pastinya beliau perlu menunaikan janjinya itu.
Semalam, Anwar mengesahkan PH akan menerima dua bekas ADUN UMNO tersebut bertanding dalam PRN walaupun mendapat tentangan daripada rakan parti dalam PH, DAP yang keberatan dengan langkah tersebut.
“Setakat saya faham, PKR pilih satu, Amanah pilih satu, walaupun akan dimuktamadkan lewat malam ini atau esok pagi sebelum umumkan calon.
“Saya mohon maaf ada berbeza pandangan dengan pihak yang selama ini konsisten menyokong kita,” katanya semasa sidang media dalam Facebooknya.
PRN Melaka diadakan susulan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO setelah empat ADUN, termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/jawatan-ketua-menteri-syarat-dap-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Dimalukan Syed Saddiq Merajuk Anwar Pilih Dua Bekas Adun Umno

Selepas Dimalukan Syed Saddiq Merajuk Anwar Pilih Dua Bekas Adun Umno

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 304 hits
AGENDA DAILY Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berpuas hati dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu meletak dua bekas ADUN UMNO menarik sokongan sebelum ini bertanding atas tiket Pakatan Harapan Parti Ikatan Demokratik...
Anwar Sahkan Dua Bekas Adun Umno Diambil Sebagai Calon Ph

Anwar Sahkan Dua Bekas Adun Umno Diambil Sebagai Calon Ph

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 271 hits
Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri Melaka akan diambil sebagai calon Pakatan Harapan kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang itu mengesahkan keputusan untuk menerima dua ADUN tersebut b...
Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno

Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 374 hits
Punca Pakatan Harapan Melaka Terima Bekas 2 Adun Umno Tidak mudah untuk Pakatan Harapan menerima kemasukan dua bekas Adun Umno menyertai gabungan berkenaan namun menganggap ia sebagai langkah yang perlu diambil Pengerusi PH Melaka Adly Zaha...
Prn Melaka Ph Hampir Putuskan Kedudukan Dua Bekas Adun Umno

Prn Melaka Ph Hampir Putuskan Kedudukan Dua Bekas Adun Umno

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 258 hits
Nasib dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO sama ada berpeluang untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini hampir diputuskan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c as
Rentasan 1007 Gempar Prn Melaka Ini Sebabnya Dua Bekas Adun Umno D

Rentasan 1007 Gempar Prn Melaka Ini Sebabnya Dua Bekas Adun Umno D

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 258 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10071 APA ADA PADA MANIFESTO PH DAN BN 2 ADLY CALON KETUA MENTERI MELAKA 3 KATAK ATAU BUKAN ANDA NILAIKAN 4 INIKAH YANG DINAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Anwar Beri Bayangan Pkr Amanah Terima Bekas Adun

Anwar Beri Bayangan Pkr Amanah Terima Bekas Adun

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 333 hits
MALAYSIA DATELINEPengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini membayangkan PKR dan AMANAH masing masing akan menerima seorang bekas Adun sebelum pengumuman rasmi calon Dalam sidang media di Melaka tadi Presiden PKR itu berka...
Dap Kekalkan Enam Bekas Adun Calonkan Dua Muka Baru

Dap Kekalkan Enam Bekas Adun Calonkan Dua Muka Baru

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 305 hits
MALAYSIA DATELINEDAP mengekalkan enam bekas Adun dan mencalonkan muka baharu pada Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini Semua lapan calon daripada parti itu yang akan bertanding pada PRN Melaka akan menggunakan logo Pakatan Harapan kat...
4 Bekas Adun Umum Parti Baharu Selasa Depan Dakwa Terima Banyak Tawaran

4 Bekas Adun Umum Parti Baharu Selasa Depan Dakwa Terima Banyak Tawaran

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 278 hits
FMT ReportersEmpat bekas ADUN Melaka sedang meneliti dan memperhalusi setiap tawaran sebelum membuat sebarang pengumuman PETALING JAYA Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka akan membuat keputusan Selasa depan untuk menyertai mana ma...
Dap Sokong Alfred Jabu Sebagai Calon Ketua Menteri Sarawak

Dap Sokong Alfred Jabu Sebagai Calon Ketua Menteri Sarawak

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 263 hits
DAP yamg mengaku mereka dapat menjalankan tugas pemilihan Ketua Menteri dengan baik adalah tipu lagi Pulau Pinang menyaksikan bukan anak tempatan telah dinaikkan oleh DAP Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri iaitu Lim Guan Eng yang memang dat...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah