Terima Kasih Pn Niza Geli Geli Kucing Kamunting Taiping
Terima Kasih Pn Niza Puzi.
Semalam saya ada share pasal kawan yang bela lebih dari 100 kucing yang dikutip ditepi jalan.
Semua kos perbelanjaan beliau tanggung sendiri walaupun hidup keluarga sendiri pun sederhana sahaja.
Sy bertanya kalau kalau ada member yang nak sumbang sedikit duit untuk kita saport kawan ni yang membela kucing jalanan secara sukarela ni.
Alhamdulillah. Saya dapat PM dari Pn Niza. Pemilik kedai makanan kucing di Kamunting Taiping.
Beliau tawarkan untuk sumbang sedikit makanan PERCUMA kepada kucing kucing ni.
Kebetulan saya ada kerja di Taiping harini, saya terus ke kedai Geli Geli Kucing.
Alhamdulillah. Sumbangan yang diberikan sangat banyak. Kalau nak beli ni mau beratus ratus ringgit.
Banyak makanan yang diberikan
Sumbangan makanan, vitamin dan pasir untuk kucing terus dihantar ke rumah sahabat saya ni
Saya terharu rasa.
Actually kucing tu bukan kucing saya pun. Saya pun tak ada kaitan dengan kucing kucing tu.
Tapi bila tengok keadaan kucing tu, hati saya terpanggil untuk membantu kucing kucing dan tuannya.
Nak suruh saya bela kucing ni memang tak lah.
Sumbang duit dan cari kenkawan yang nak menyumbang tu boleh la.
Bagi saya simple aja. Tanam rasa ihsan dalam diri. Letakkan diri kita di tempat kucing tu. Apa yang kita nak orang buat untuk kita.
Itulah yang kita buat untuk dia.
Buatlah baik walaupun kecil. Sebab kita tak tahu amalan mana yang akan bawa kita ke syurga nanti.
Sebaik baik manusia adalah manusia yang byk memberi manfaat untuk orang lain.
Jom jadikan diri kita sentiasa memberi manfaat untuk orang lain.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdaus.com.my/2019/05/terima-kasih-pn-niza-geli-geli-kucing.html