Terima Kasih Pmx Pasar Siti Khadijah Kini Berwajah Baharu
Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Oktober tahun lalu kini membawa khabar gembira kepada peniaga dan pengunjung Pasar Siti Khadijah yang kini berwajah baharu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PENDAPAT, 3 Apr – Usai sahaja solat Asar menjelang 1 Syawal, penulis sengaja keluar ke bandar dengan bermotorsikal bagi memudahkan perjalanan petang melihat perantau yang sibuk membeli belah persiapan terakhir sebelum menyambut hari Raya bersama keluarga tercinta.
Sebaik tiba, suasana meriah dapat dirasai di Pasar Siti Khadijah, ikon kebanggaan negeri Kelantan kerana keunikan tersendiri kini sudah berubah wajah dan begitu cantik serta mempesonakan dengan warna cat baharu, tandas sejahtera serba lengkap dan prasarana menarik lagi mendamaikan.
Terima kasih kepada YAB PMX kerana membantu membaik pulih pasar berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM7 juta bagi kerja-kerja pembaikan bumbung, pendawaian serta pembinaan semula Tandas Sejahtera sejak diumumkan pada Oktober tahun lalu.
Bumbung baharu Pasar Siti Khadijah antara struktur yang diperbaiki hasil lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober 2024 lalu. Foto BernamaSemasa penulis sedang mengambil angin di birai pasar sambil melihat perantau membeli segala keperluan yang masih tidak cukup, sempat penulis berbual dengan perantau yang baru pulang dari Batang Kali, Selangor.
Mohd Aiman Fauzi 36 tahun menceritakan pengalamannya sementara menunggu keluarganya membeli kuih-muih untuk berbuka seperti akok, jala mas, buah tanjung, cendol serta air balang dan sambal daging, keropok serta rempah ratus yang ada di pasar berkenaan.
Menurut Mohd Aiman, beliau terkejut dengan perubahan di pasar Siti Khadijah berbanding kunjungannya sebelum ini beberapa tahun lalu.
Tandas Sejahtera di Pasar Siti Khadijah kini sudah dibaiki hasil daripada lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperuntukkan RM7 juta Oktober tahun lalu. Foto Facebook Dr Hafidzah MustakimBeliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, atas komitmen dan keprihatinan beliau dalam memastikan rakyat di seluruh negara termasuk di peringkat akar umbi bagi menikmati prasarana awam berada dalam keadaan bersih, selamat dan ceria.
Inilah yang dimaksudkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai semangat federalisme yang tulen di mana kerajaan pusat dan kerajaan negeri saling berganding bahu tanpa mengira latar belakang politik atau sempadan pentadbiran demi rakyat.
Beliau juga sangat berharap agar pengunjung sama-sama memelihara kebersihan, menggunakan dengan beradab dan menghargai usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan yang baik ini. Rancak berbual, akhirnya kami bersalaman selepas keluarganya selesai membeli segala keperluan di pasar berkenaan.
Dinding luar yang dicat semula dengan warna bendera negeri Kelantan antara penambah baikan yang dilakukan terhadap Pasar Siti Khadijah yang menerima peruntukan RM7 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto BernamaDalam masa sama, sebelum penulis pulang untuk berbuka puasa, sempat bertemu kawan lama iaitu seorang penjawat awam sementara menunggu isterinya membeli barangan keperluan di pasar itu.
En Mohd Shadi Zakaria, 52 tahun, dalam ralit berbual ketika itu, melahirkan rasa syukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB PMX kerana sentiasa menjaga kebajikan penjawat awam dengan pengenalan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua kali iaitu semasa sekolah dibuka dan Ramadan serta Aidilfitri.
Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Oktober tahun lalu kini membawa khabar gembira kepada peniaga dan pengunjung Pasar Siti Khadijah yang kini berwajah baharu. Foto Facebook Anwar IbrahimKatanya lagi, mana nak cari pemimpin seperti YAB PMX jika berbanding dengan Pendana Menteri sebelum ini, malah beliau amat berharap YAB PMX terus memimpin Malaysia selepas PRU-16 nanti.
Usai sahaja isterinya selesai membeli keperluan dapur yang masih berbaki, kami bersalaman sebelum meninggalkan pasar berwajah baharu itu untuk pulang ke rumah masing masing kerana waktu berbuka sudah hampir.
– Oleh Wan Hasikin bin Wan Hassan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/04/terima-kasih-pmx-pasar-siti-khadijah.html