Terima Kasih Perdana Menteri Sanusi


bharian.com.my
Oleh Noorazura Abdul Rahman 
[email protected] September 22, 2024
Muhammad Sanusi melawat pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Komplek Rakan Sukan, Pendang, hari ini. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir
PENDANG: Kos kerja baik pulih infrastruktur rosak dan ganti rugi akibat banjir di Kedah dijangka mencecah lebih RM100 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berharap Kerajaan Persekutuan dapat menambah peruntukan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bantuan RM13 juta bagi tujuan itu, semalam.

"Saya rasa tak cukuplah tapi kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri yang datang kelmarin, ambil masa datang ke Kedah, terima kasih banyak-banyak.

"Pengumuman awal RM13 juta kelmarin dia umum 'on the spot', saya harap akan ada pertambahan, selepas ini kita kita akan buat bancian kerosakan infrastruktur kediaman dan lain-lain.

"Selepas itu laporan akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, kita jangka lebih RM100 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, bancian kerosakan akibat banjir turut merangkumi sektor pertanian terutama padi.

"Kalau sawah yang tenggelam, ada kawasan MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) dan di luar MADA. Kawasan MADA ditentukan oleh MADA tapi di luar MADA, ada 32,000 hektar dan kena tengok jugalah.

"Saya harap selepas ini kita dapat buat penilaian penuh dan serahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk diberi pertimbangan," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, Kedah tetap berjaga-jaga kerana tempoh peralihan monsun dijangka bermula Selasa ini.

"Biasanya peralihan monsun akan membawa hujan lebat, saya harap ia tidak membawa banjir sehingga terpaksa berpindah," katanya.

Beliau berkata, situasi banjir ketika ini terkawal dan tidak seburuk 2010 walaupun berlaku peningkatan mangsa banjir terutama di daerah Kota Setar.

"Alhamdulillah, terurus dengan sempurna seperti kita hadapi tiap-tiap tahun tanpa perubahan apa-apa dari segi langkah menangani situasi ini. Terima kasih kepada semua agensi kerajaan," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Stadium Suka Menanti, Alor Setar, semalam. - Foto BERNAMASemalam, Anwar mengumumkan peruntukan RM13 juta bagi melaksanakan kerja baik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana banjir yang berlaku di seluruh negeri ini.

Jumlah itu termasuk bantuan kewangan yang disalurkan agensi Persekutuan dan negeri kepada semua mangsa banjir yang berpindah ke PPS.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/terima-kasih-perdana-menteri-sanusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pmx Ucap Terima Kasih Kepada Kakitangan Kementerian Kewangan

Pmx Ucap Terima Kasih Kepada Kakitangan Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 182 hits
Tatkala warga Kementerian Kewangan sedang giat menyiapkan Belanjawan MADANI Ketiga saya mengambil kesempatan ini untuk meninjau persiapan selain memberi pandangan saya Insya Allah dengan pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini Mala...
Koleksi Pantun Penutup Majlis Pengganti Ucapan Terima Kasih

Koleksi Pantun Penutup Majlis Pengganti Ucapan Terima Kasih

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 159 hits
Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia ucapan pembukaan dan penutup oleh pengacara majlis biasanya diselitkan dengan pantun bagi menarik perhatian para hadirin Pantun penutup majlis biasanya berisi ucapan terima kasih kepada para hadirin dan d...
Terima Kasih Daddy Fatima Fattah Amin Kirim Kad Sempena Hari Lahir Doakan Nur Fazura Terus Bahagia

Terima Kasih Daddy Fatima Fattah Amin Kirim Kad Sempena Hari Lahir Doakan Nur Fazura Terus Bahagia

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 195 hits
Meskipun rumah tangga di ambang perceraian pelakon Fattah Amin dilihat tetap mengirimkan kad dan sejambak bunga buat isterinya Nur Fazura sempena hari lahir aktres itu hari ini Menerusi satu foto yang dimuat naik Fazura suaminya itu mengiri...
Hiburan Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin Rm40 000 Keluarga Abang Bas Ucap Terima Kasih Pada Semua Yang Derma

Hiburan Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin Rm40 000 Keluarga Abang Bas Ucap Terima Kasih Pada Semua Yang Derma

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 231 hits
Selepas selesai melunaskan RM40 000 ikat jamin keseluruhan di Kompleks Mahkamah Muar Abang Bas dibebaskan hari ini Proses membayar ikat jamin dilakukan peguam probono Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar selepas lebih seminggu lelaki itu ditahan di...
Jason Beri Reviu Rendah Kieda Crepe Tak Melatah Terima Kasih Sudi Rasa Produk Saya

Jason Beri Reviu Rendah Kieda Crepe Tak Melatah Terima Kasih Sudi Rasa Produk Saya

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 126 hits
Walaupun menerima reviu rendah daripada pempengaruh media sosial Jason usahawan Kieda Crepe tak melatah ketika memberikan responnya Baru baru ini Jason telah berkunjung ke Festival Budaya Putrajaya 2024 untuk mencuba makanan yang dijual di ...
Sultan Of Selangor Accepts Sanusi S Apology Tells Him To Be Mindful Of Words Etiquette

Sultan Of Selangor Accepts Sanusi S Apology Tells Him To Be Mindful Of Words Etiquette

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 320 hits
The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah has accepted the apology issued by Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor The sultan also advised Sanusi to avoid being overly emotional and to use appropriate language whe...
Pas Pahang Saran Pemimpin Kerajaan Teladani Sanusi

Pas Pahang Saran Pemimpin Kerajaan Teladani Sanusi

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 117 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 27 2024 9 32 AMPAS Pahang menyarankan agar pemimpin kerajaan perpaduan mencontohi Muhammad Sanusi Md Nor yang memohon keampunan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin Timbalan Pesuruh...
Tuanku Janganlah Tarik Balik Kes Biar Ini Jadi Pengajaran Sanusi Mengaku Dia Yang Hina Biadap Ketakutan Hilang Kuasa Da

Tuanku Janganlah Tarik Balik Kes Biar Ini Jadi Pengajaran Sanusi Mengaku Dia Yang Hina Biadap Ketakutan Hilang Kuasa Da

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 180 hits
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya yang mempertikai kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan M...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025