Pas Pahang Saran Pemimpin Kerajaan Teladani Sanusi


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 27, 2024 9:32 AM
PAS Pahang menyarankan agar pemimpin kerajaan perpaduan mencontohi Muhammad Sanusi Md Nor yang memohon keampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kelmarin

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu, berkata Sanusi wajar dipuji kerana sanggup merendahkan dirinya untuk memohon keampunan kepada Sultan Sharafuddin.

Menegaskan bahawa Sanusi juga merupakan manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan, Andansura berkata seseorang pemimpin mesti bersikap terbuka untuk menerima kritikan selain bijak menangani isu secara berhemah.

Justeru katanya tindakan Sanusi itu wajar dicontohi oleh pemimpin lain.

“Perkara sebegini seharusnya dijadikan contoh kepada mana-mana individu yang memegang jawatan tinggi dalam sesebuah kerajaan sama ada peringkat persekutuan mahupun negeri,” katanya dipetik Harakahdaily.

Andansura yang juga Adun Beserah berkata dengan mengambil langkah seperti diambil Sanusi seseorang pemimpin boleh dijadikan teladan sekali gus mampu menguruskan negara dengan lebih teliti.

Sanusi pada 25 Sept membuat permohonan keampunan secara terbuka kepada Sultan Sharafuddin ekoran insiden yang berlaku di Selangor melibatkan baginda serta kerajaan negeri.

Dia yang juga Pengarah Pilihan Raya PN berbuat demikian selepas lebih setahun membuat kenyataan yang menimbulkan kemurkaan pihak istana. Sebelum ini Sanusi pernah membuat permohonan maaf iaitu kira-kira tiga hari selepas insiden melibatkan kerajaan Selangor.

Kenyataan Sanusi yang dibuat di Selayang itu juga menyaksikan lebih 20 laporan polis dibuat ke atasnya, termasuk dari Dewan Diraja Selangor sendiri.

Hanya nabi, rasul sempurna

Sultan Sharafuddin kemudian mengeluarkan kenyataan mengampunkan Sanusi, namun baginda turut menasihatkan ahli politik kanan PAS itu agar menjaga tatasusilanya.

Untuk rekod Sanusi juga berdepan dengan kes mahkamah terkait dengan pihak istana apabila didakwa mengeluarkan kata-kata yang menghina Yang di-Pertuan Agong.

Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada 18 Julai 2023 dan mengaku tidak bersalah.

Kata Andansura pemimpin yang baik akan menjadikan kritikal yang dikenakan ke atasnya sebagai ruang memperbaiki diri, bukannya dilihat langkah memperlekehkan seseorang.

Mendakwa sifat seperti Sanusi itu tiada pada pemimpin kerajaan perpaduan, Andansura berkata, mereka menganggap kritikan itu sebagai serangan peribadi.

“Tiada sifat rendah diri ditunjukkan apabila mereka sendiri melakukan kesilapan dan ini berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah baru-baru ini.

“Kita semua kena akui bahawa manusia tidak sempurna dalam semua perkara dan bagi saya, mana-mana kritikan yang membina patut kerajaan ambil sebagai satu peluang bagi membetulkan semula keadaan negara ini,”katanya.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Selangor turut memuji tindakan Sanusi.

Ketua penerangannya, Abdul Basith Abdul Halim, berkata Sanusi wajar dijadikan teladan yang baik kepada semua pihak.

Dia juga menegaskan tiada tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini kecuali para nabi dan rasul.

“Maka, beruntunglah bagi mereka yang sedar dengan kekhilafan itu dan berusaha memperbaiki dirinya,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/pas-pahang-saran-pemimpin-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedekah Rm300 Kepada Mastura Lip Eng Beritahu Pemimpin Pas

Sedekah Rm300 Kepada Mastura Lip Eng Beritahu Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 159 hits
Lim Lip Eng berkata Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad boleh menggunakan wang itu untuk mengupah penyelidik menjalankan kajian politik teliti sebelum menyampaikan ucapannya PETALING JAYA Seorang Ahli Parlimen DAP mencadangkan ...
Pas Teraju Pahang Dhpp Akan Terus Berusaha Rapatkan Jurang Antara Pas Dan Komuniti Bukan Islam

Pas Teraju Pahang Dhpp Akan Terus Berusaha Rapatkan Jurang Antara Pas Dan Komuniti Bukan Islam

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 193 hits
KUANTAN Dewan Himpunan Penyokong PAS akan terus berusaha untuk merapatkan jurang antara PAS dan komuniti bukan Islam Kami sedar masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan untuk memecahkan jurang ini bukanlah perkara yang boleh diselesaikan...
Bakal Digantung Kritik Pemimpin Pas Umno Tidak Terdesak Bersama Parti Pas

Bakal Digantung Kritik Pemimpin Pas Umno Tidak Terdesak Bersama Parti Pas

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 222 hits
Dalam satu hantaran di Facebook katanya Umno telah belajar dari kesilapan lalu dan tidak akan terjerumus ke lubang sama bagi kali kedua Umno tak terdesak dan tak bernafsu pun untuk bersama PAS lagi Kalau PAS rasa dia dah hebat sangat dengan...
Kerajaan Kedah Ni Tak Lama Sebab Najib Dulu Pun Macam Tu Juga Pas Banjir Dia Baru Balik Main Golf Dengan Barrack Obama

Kerajaan Kedah Ni Tak Lama Sebab Najib Dulu Pun Macam Tu Juga Pas Banjir Dia Baru Balik Main Golf Dengan Barrack Obama

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 187 hits
Melancong ke luar negara sewaktu banjir besar melanda negeri mereka berguru dengan Najib dan Rosmah ke nim 1 MB Tganu2 MB Kedah
Penglipurlara Sanusi Dakwa Dap Kuasai Kerajaan Jom Kita Fakta

Penglipurlara Sanusi Dakwa Dap Kuasai Kerajaan Jom Kita Fakta

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 207 hits
dakwa DAP kuasai kerajaan Jom kita fakta Memang betul DAP adalah parti yang Tapi beberapa perkara yang perlu diperhatikan Walaupun kerusi terbanyak jawatan TPM tak dapat kepada DAP Boleh je kalau DAP nak tuntut tapi itu tak berlaku DAP juga...
Presiden Pas Bimbang Gusar Islam Semakin Subur Di Bawah Kerajaan Perpaduan

Presiden Pas Bimbang Gusar Islam Semakin Subur Di Bawah Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 169 hits
UMNO ONLINE 1 Presiden PAS sebenarnya semakin gusar dan bimbang dengan kejayaan Kerajaan Perpaduan terus menyuburkan Islam di Malaysia sebagai kesinambungan kejayaan pentadbiran terdahulu kerana ia mengancam naratif Islam terancam yang dibi...
Benarkah Taliair Kada Dibina Oleh Kerajaan Pas

Benarkah Taliair Kada Dibina Oleh Kerajaan Pas

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 157 hits
Che IbrahimAmbo tertarik dengan tulisan di Kolum Oghe Kito akhbar Harakah yang mendakwa Taliair KADA dibina oleh Kerajaan Pas Kelantan Tahniah atas kejayaan Pas waktu itu Apapun semua orang tahu bahawa KADA adalah satu Badan Berkanun Persek...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dituduh Fake Bersama Peminat Fazura Anggap Lumrah Sebagai Selebriti

Himpun Karya Terbesar Buku Ismail Zain Intermediations Selected Writings On Art And Aesthatics Dilancarkan

555 Panda555 Top 35 By Rae 555 Panda555 Xyz 3 25

918 2 May 25 918kiss 918kiss Apk 918kiss 918kiss Top 59 By Travis 918kissauto Xyz

Tips Khusyuk Dalam Solat

100 Creative Easter Wreath Ideas That Are Trending For 2025