Nak dijadikan artikel hari ini, MYiDEAKiNi terkejut apabila melihat pertambahan duit dalam akaun. Jadi MYiDEAKiNi dapatkan info mana hasil duit tersebut. Apabila disemak, rupanya duit itu hasil dari pengiklanan di blog. Bersyukur dengan nikmat dan rezeki Allah kerana ini adalah pertama kali MYiDEAKiNi dapat bayaran iklan dari pihak google
Terima Kasih Google, Bayaran Pengiklanan Pertama KaliSelepas pengesahan sepenuhnya dari pihak google adsense, ini yang sepatutnya anda perlu buat. Baca artike di sini: Susunatur Iklan Google Adsense Dalam Sesebuah ArtikelPenting! SEO juga amat di titikberatkan dalam berblogging kerana ini membantu blog anda berada dimuka hadapan page google ketika pengguna google membuat carian info. Baca juga artikel disini: Jadikan Blog Anda Mesra SEOAnda juga perlu menyertai mana-mana blog event, contest dan sebagainya. Tujuannya supaya ramai blogger malaysia khususnya datang melawat dan membaca artikel yang bermanfaat.Blogwalking juga adalah salah satu perkara yang biasa dilakukan oleh blogger. Tujuannya sama seperti perkara diatas.Dalam penulisan blog, kreativiti juga dititik beratkan supaya menarik minat lagi pelawat dan pembaca blog yang mungkin tidak akan lepaskan peluang membaca setiap kali adanya artikel baru.Terima Kasih Google, Bayaran Pengiklanan Pertama KaliKesimpulannya, tiada istilah duit turun dari langit untuk dapat duit percuma melainkan sedikit usaha yang perlu dilakukan. Semuanya bergantung pada diri anda. Setiap perkara perlu ada ilmu, jadi carilah ilmu itu. Cara dan bagaimana, semuanya hanya dihujung jari anda. Anda buat anda dapat. MYiDEAKiNi hanya sekadar berkongsi apa yang sepatutnya kerana ianya sangat bermanfaat untuk semua. Jika anda mempunyai sebarang komen dan pendapat, sila tinggalkan diruangan artikel ini, Jumpa lagi di lain artikel|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |