Terima Dan Iktiraf Mak Nyah Dua Perkara Berbeza


Rasa ‘lembik-lembik’ badan penulis bila baca luahan golongan pondan ini yang mendakwa dianiaya agama mereka sendiri (dia nak kata Islam la tu). Kononnya masyarakat sudah boleh menerima golongan tersebut tapi agama masih menindas golongan keliru jantina macam mereka.

Gambar hiasan

Untuk menjelaskan ini (penerimaan masyarakat), penulis nak bercakap dari sudut orang kebanyakan; kategori yang ke tengah pun tidak, ke atas pun tidak tapi pada usia sekarang, rasanya layak nak bercakap bagi pihak ‘masyarakat’ yang dikatakan sudah menerima pondan ini semua

Ya, penulis akui, hari ini memang ada di kalangan masyarakat; Melayu terutamanya, yang menerima kehadiran pondan-pondan ni lebih-lebih lagi dalam bab-bab andam mengandam, solek menyolek dan sebagainya.

Menurut pengalaman penulis bergaul dengan tuan rumah atau pengantin yang menggunakan khidmat mak andam jantan ini, kata mereka elok guna khidmat pondan sebab mereka tak macam jurusolek perempuan – dalam cari makan mencantikkan orang lain pun, ada tersimpan cemburu bila tengok perempuan lain cantik dari dia. Jadi servis tu tak 100%.

Pondan pulak kata mereka, tak begitu. Dia bagi all out punya servis, takde tahan-tahan, takde cemburu-cemburu macam mak andam perempuan.

Begitu juga dari beratus kursus yang pernah penulis hadiri, ada satu kursus dimana salah seorang urusetianya ialah pondan. Dalam kes macam ini takde pilihanlah, urusetia saja pun, bukan pengajar. Tak bolehlah kata ‘masyarakat’ yang hadir kursus itu menerima pondan ini, kalau boleh kita pun taknak.

Lagipun seperti yang dijelaskan, beratus-ratus kursus, satu saja dimana pondan terlibat, fikirlah sendiri apa maksudnya tu.

Tapi lain halnya dengan mengikiraf kewujudan pondan-pondan ini semua.

Iktiraf maksudnya menerima mereka sama macam orang lain. Itu susahlah. Bukan isunya diskriminasi, tapi macam pelik duduk celah-celah sotong ni sebab kita tahu kepura-puraan tu dari atas ke bawah, 24 jam sehari semalam. Pura-puralah tu, suara garau, dilembutkan, tangan kasar, dihaluskan, dada bidang, ‘dibukitkan’ – faham sajalah maksud tu.

Tak payah banyak cakaplah, tanya diri masing-masing, kalau boleh nak ke anak jantan kita jadi pondan atau bercinta dengan pondan? Penulis yakin majoriti besar jawapannya tak, termasuklah mereka-mereka yang buat keputusan kata lelaki berwatakan wanita ini tak patut ditangkap.

Semua ini saja membuktikan, penerimaan masyarakat sana sikit, sini sikit itu bukan bermaksud golongan pondan ini sudah layak diiktiraf sebagai sebahagian daripada struktur orang kita. Sumber: Mykmu.net

Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan buka jalan kahwin sejenis


Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas impikasinya termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Tun Abdul Hamid berkata alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.

“Alasan penghakiman tersebut memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara-negara sekular.

“Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar kepada Bernama bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail,30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.

“Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.

“Bagi saya, jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu,” katanya.

Tambah beliau, sebaliknya hakim tersebut merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.

“Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan,” katanya.

Abdul Hamid berkata, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu; undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.

“Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku,” kata beliau.

Abdul Hamid berkata setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes tersebut beliau mendapati bahawa peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia ‘undang-undang jenayah’ yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1)(kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Seksyen 66 enakmen itu memperuntukkan bahawa adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pada 7 Nov lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 66 tersebut adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi masalah kecelaruan identiti jantina (GID).

Dalam penghakiman ringkas setebal 33 muka surat itu, Hakim Mohd Hishamudin berkata, penguatkuasaan Seksyen 66 itu akan meletakkan perayu-perayu yang mengalami GID terus hidup dalam ketidakpastian, kesengsaraan dan rasa malu.

“Seksyen 66 secara langsung menjejaskan hak perayu-perayu untuk hidup secara bermaruah seperti yang dijamin oleh Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan merampas hak mereka sebagai anggota masyarakat,” kata Hakim Mohd Hishamudin.

Sementara itu, Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata satu pendekatan harmoni perlu diambil bagi menangani isu pertembungan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya pertembungan dalam peruntukan-peruntukan mampu menggugat prinsip-prinsip asas Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks transgender-lelaki Islam berpakaian seperti wanita yang tercetus di Negeri Sembilan baru-baru ini, peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN), Mahkamah Syariah serta pihak berkuasa agama perlu diharmonikan dengan jaminan kebebasan asasi,” katanya dalam sidang media di Persidangan Meja Bulat ‘Gender Dalam Kerangka Maqasid: Isu-Isu Falsafah dan Perundangan’ anjuran IKIM di sini.

Beliau berkata, kepentingan dan jaminan Perlembagaan Persekutuan terhadap kebebasan asasi tidak boleh dipersoalkan.

Namun, dalam masa yang sama Perlembagaan Persekutuan juga mengiktiraf kedudukan DUN yang mempunyai kuasa perundangan untuk menjatuhkan hukuman terhadap perbuatan yang melanggar perintah agama Islam.

“Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak dan moral bagi orang Islam. Hal berkaitan pakaian adalah antara isu penting dalam ajaran dan perintah agama Islam yang mana terdapat prinsip yang jelas dalam hadis-hadis berkaitan tatasusila pakaian Muslim. Seorang lelaki tidak boleh menyerupai wanita dan begitulah sebaliknya,” katanya. -Bernama

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
10 Alasan Kenapa Perjuangan Hak LGBT Wajib DisokongApa Itu Khunsa Dan Kedudukannya Dalam Islam?
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/11/terima-dan-iktiraf-mak-nyah-dua-perkara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Ratu Mak Nyah Jadi Ahli K Kesihatan Nyah Undang2

Ini Ratu Mak Nyah Jadi Ahli K Kesihatan Nyah Undang2

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 373 hits
DEWAN Pemuda PAS Malaysia menyifatkan tindakan Kementerian Kesihatan melantik Ratu Trans Women 2017 Rania Zara Medina sebagai Ahli Jawatankuasa dalam Mekanisme Penyelarasan Negara Malaysia sebagai satu tindakan menghina undang undang negara...
Aspidum Kejati Dki Terima Suap Rp 200 Juta Terkait Suap Penanganan Perkara

Aspidum Kejati Dki Terima Suap Rp 200 Juta Terkait Suap Penanganan Perkara

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 205 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi menetapkan Asisten Bidang Tindak Pidana Umum Kejaksaan Tinggi DKI Jakarta Agus Winoto sebagai tersangka kasus dugaan suap penanganan perkara penipuan investasi sebesar Rp 11 miliar di Pengadilan Negeri Jakarta B...
Ada Premis Pelacuran 21 Wanita Termasuk 1 Mak Nyah Ditahan

Ada Premis Pelacuran 21 Wanita Termasuk 1 Mak Nyah Ditahan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 531 hits
Sebahagian wanita yang disyaki menawarkan perkhidmatan seks ditahan dalam satu serbuan di sekitar Wisma Indah Jalan Tun Razak 21 wanita termasuk seorang mak nyah ditahanKUALA LUMPUR Seramai 21 wanita termasuk seorang mak nyah yang disyaki m...
Pelantikan Mak Nyah Oleh Kkm Dalam Ccm Cetus Kontroversi

Pelantikan Mak Nyah Oleh Kkm Dalam Ccm Cetus Kontroversi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 589 hits
Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia melantik seorang lelaki dengan penampilan wanita Rania Zara Medina sebagai ahli jawatan kuasa sebuah pertubuhan Country Coordinating Mechanism mendapat kritikan ramai di media sosial Pelantikan terseb...
S3ngketa Aishah Vida Berakhir Tapi Aishah Beri Masa Dua Minggu Kepada Dato Vida Untuk Lakukan Perkara Ini

S3ngketa Aishah Vida Berakhir Tapi Aishah Beri Masa Dua Minggu Kepada Dato Vida Untuk Lakukan Perkara Ini

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 286 hits
KEMELUT dakwaan hadiah berlian palsu yang diterima penyanyi Aishah daripada usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akhirnya menemui titik noktah S3ngketa Aishah Vida berakhir Tapi Aishah beri masa dua minggu kepada Dato Vida untuk l...
Isteri Merajuk Cepatlah Pujuk Jangan Dua Dua Ego Baru Rumah Tangga Bahagia

Isteri Merajuk Cepatlah Pujuk Jangan Dua Dua Ego Baru Rumah Tangga Bahagia

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 398 hits
Dalam kehidupan berumah tangga dan hubungan suami isteri pasti ada pertengkaran pertelingkahan atau pergaduhan kecil yang disebabkan oleh perkara perkara tertentu yang menimbulkan kemarahan pasangan lebih lebih lagi isteri merajuk yang bias...
Tak Ada Kaitan Anak Dua Pusar Di Kepala Degil Nakal Semua Itu Mitos

Tak Ada Kaitan Anak Dua Pusar Di Kepala Degil Nakal Semua Itu Mitos

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 400 hits
Anak yang mempunyai dua pusar sering dikatakan sebagai seorang yang nakal degil tidak mendengar kata keras kepala menimbulkan masalah sukar dikawal dan dikaitkan dengan pelbagai lagi label yang negatif Benarkah semua mereka begini Menurut P...
Jokowi Nikmati Pemandangan Bawah Laut Bunaken Warga Ngadu Dua Masalah Ini

Jokowi Nikmati Pemandangan Bawah Laut Bunaken Warga Ngadu Dua Masalah Ini

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 189 hits
Seusai menyapa warga Presiden kembali ke kapal cepat Bunaken Crystal 7 menuju pelabuhan Manado sekitar pukul 08 30 WITA untuk melanjutkan kunjungan kerja lainnya dengan agenda mengecek tol Manado Bitung
Dua Bus Antar Provinsi Tabrakan Satu Tewas Dan Enam Luka Luka

Dua Bus Antar Provinsi Tabrakan Satu Tewas Dan Enam Luka Luka

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 197 hits
Dia mengungkapkan dalam peristiwa tersebut seorang penumpang meninggal dunia dan enam orang lainnya yang termasuk sopir kedua bus mengalami luka Saat ini sendiri korban meninggal dunia dan luka sudah dibawa ke rumah sakit untuk penanganan l...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip