Tak Ada Kaitan Anak Dua Pusar Di Kepala Degil Nakal Semua Itu Mitos


Anak yang mempunyai dua pusar sering dikatakan sebagai seorang yang nakal, degil, tidak mendengar kata, keras kepala, menimbulkan masalah, sukar dikawal dan dikaitkan dengan pelbagai lagi label yang negatif.
Benarkah semua mereka begini?
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar selalunya dari lahir lagi sudah kelihatan pusar anak. Jika anak mempunyai dua pusar, dari lahir lagilah label diberikan kepada anak terutamanya oleh segelintir orang tua-tua. Walaupun kita belum lagi cuba untuk mengenali anak tersebut dan belum cuba lagi mendidik anak tersebut, dia sudah pun dilabel dengan label yang membawa konotasi ‘akan memberi kesukaran’.
Adilkah begitu?
Jika begitu persepsi kita dari awal, maka segala kebaikan anak tidak akan kita nampak kerana yang kelihatan hanyalah tingkah laku yang menguji kesabaran kita.
Mungkin segelintir orang tua-tua ini mempunyai pengalaman dengan beberapa anak yang mempunyai dua pusar pada masa lalu mereka tetapi untuk membuat generalisasi tentang semua adalah salah sama sekali, apatah lagi menyebarkan kepercayaan yang tidak tepat itu.
Menurut National Human Genome Research Institute, iaitu sebuah institut yang banyak menjalankan kajian tentang genetik dan genomic manusia, 5% penduduk dunia mempunyai dua pusar. Pusar ini berkaitan dengan gene manusia.
Kepercayaan tentang anak dua pusar bukan hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja, malah ia juga dipegang oleh masyarakat Cina, Vietnam, Filipina, Amerika, Portugis dan beberapa kelompok masyarakat lagi. Kemungkinan besar penghijrahan manusia membawa kepercayaan ini berhijrah dari satu tempat ke satu tempat sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Ada kepercayaan kuno yang mengatakan roh akan memasuki tubuh seorang manusia melalui pusarnya sejak dari awal kandungan di dalam perut ibu lagi. Apabila bayi mempunyai dua pusar, dua roh akan memasuki tubuh bayi tersebut dan menyebabkan pertelingkahan antara kedua-dua roh ini. Kedua-dua roh ini akan cuba bersatu menjadi satu roh yang kemudiannya menjadi roh anak tersebut. Kerana pertembungan dua roh inilah, bayi itu membesar menjadi seorang yang keliru, sering memberontak, sukar dikawal, nakal dan degil.

Anda percaya?
Bukankah sebagai seorang Muslim kita percaya bahawa seorang anak dilahirkan seumpama kain putih dan ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya walaupun berapa pusar sekalipun yang dimiliki oleh anak tersebut?
Bukankah seorang anak itu lahir suci bersih tanpa dosa?
Ingatlah, kata-kata adalah satu doa. Kata-kata yang sering anak dengar tentang dirinya terutamanya daripada orang dewasa yang dekat dengan anak akan mewujudkan konsep diri (self concept) anak.
Anak sering tertanya tentang dirinya.
Siapa saya? Apakah peranan saya? Apakah kebaikan saya? Jika yang sering didengari tentang dirinya adalah label negatif, maka itulah kepercayaan anak tentang dirinya. Berhati-hatilah dalam melabel anak.
Tingkah laku seorang anak tidak bergantung kepada sifat fizikalnya sama ada mata bulat atau sepet, hidung mancung atau pesek, kulit cerah atau gelap, punya cuping telinga atau tidak, boleh gulung lidah ataupun tidak, kaki panjang atau pendek dan sebagainya.
Sifat fizikal tidak menentukan tingkah laku.
Tingkah laku anak bergantung kepada bagaimana ibubapa memahami dan mendidik anak.
Ibubapa perlu faham:
1) Perkembangan kanak-kanak (Child Development).
Semua tingkah laku anak adalah bersesuaian dengan usia dan perkembangannya. Kita tidak boleh mengharapkan anak kecil bersopan seperti orang dewasa kerana dia belum lagi boleh berfikir seperti orang dewasa, apatah lagi jika kita tidak membimbingnya dengan adab yang sepatutnya.
Kita juga tidak boleh mengharapkan anak A menjadi seperti anak B kerana mungkin perkembangan sosial dan emosi anak A tidak setara dengan anak B. Dia masih perlu dibimbing.
Kita tidak boleh mengharapkan anak berupaya untuk mendengar kata jika perkembangan bahasa dan komunikasinya masih perlu dipupuk supaya dia faham apa yang diberitahu dan diarah kepadanya.
Jika anak mempunyai kelewatan dari segi perkembangannya atau perkembangannya tidak sepadan dengan usia, bawalah anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak.
Mereka dapat membantu dengan terapi yang sepatutnya. Usah diberi anak makan macam-macam produk yang mungkin hanya memudaratkan anak lagi. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi lebih sukar dikawal, begitu juga dengan bahan pengawet dan pewarna.

2) Pembawaan kanak-kanak (Temperament).
Setiap seorang daripada kita dilahirkan dengan sifat semulajadi atau pembawaan yang berbeza-beza. Ada yang mudah diuruskan,tidak cerewet, ada yang lebih aktif dan perlukan lebih pemahaman dan pemantauan, ada yang pendiam dan pemalu yang memerlukan lebih galakan.
Sebagai ibubapa kita perlu mengetahui anak kita berada dalam kategori pembawaan yang bagaimana kerana cara kita menguruskan anak bergantung kepada pembawaan mereka. Kita tidak boleh menggunakan satu kaedah saja untuk mendidik pembawaan yang berbeza-beza.
Oleh itu kenalilah anak anda. Luangkan masa bersama-sama anak untuk lebih mengenali dan memahami pembawaannya.
3) Fahami juga kecenderungan anak.
Kecenderungan anak kecil adalah bermain dan meneroka. Jika anak itu suka meneroka, sering ke sana kemari, mencuba itu ini, memegang itu ini, itu adalah sifat yang normal pada kanak-kanak. Kanak-kanak belajar melalui meneroka dan bermain. Usah di halang.
Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa adalah mewujudkan persekitaran yang selamat supaya penerokaan anak tidak memudaratkan keselamatan anak.
Peraturan juga perlu ditetapkan oleh ibubapa supaya penerokaan si anak tidak mengganggu orang lain atau pun merosakkan harta benda orang lain.
4) Selain itu ibubapa juga perlu sepakat dalam proses mendidik dan membesarkan anak. Ibubapa perlu sepakat tentang kaedah dan peraturan yang hendak ditetapkan dalam rumah supaya anak lebih mudah dikawal.
Jika ayah berkata “Ya” dan ibu berkata “Tidak”, anak akan keliru dan itulah yang menjadi punca utama anak degil dan tidak mendengar kata. Apabila dia keliru cakap siapa yang perlu diikut, dia akan mengikut kata hati dia sendiri yang sering kali menimbulkan lebih banyak masalah kerana dia belum berpengalaman untuk membuat keputusan.
5) Ibubapa adalah guru dan role model terbaik anak. Anak adalah cerminan diri kita sendiri. Adakah kita memberikan teladan tingkah laku yang baik buat anak-anak kita?
Ingatlah banyak faktor yang akan membentuk dan menentukan tingkah laku anak. Di antaranya adalah bimbingan daripada ibubapa, persekitaran anak, rakan-rakan anak, apa yang ditonton dan didengar, keyakinan diri dan jati diri anak, emosi anak, sosio ekonomi keluarga dan juga pegangan agama dalam keluarga yang akhirnya akan menentukan nilai dan akhlak secara keseluruhannya.
Jangan jadikan dua pusar sebagai ‘escapism’ atau jalan keluar untuk kita berputus asa dengan anak. Sentiasalah berdoa supaya anak-anak kita menjadi insan yang berguna dan menyumbang kepada masyarakat.
Oh ya, anak saya sendiri mempunyai dua pusar kepala.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
The post Tak Ada Kaitan Anak Dua Pusar Di Kepala Degil & Nakal. Semua Itu Mitos! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-ada-kaitan-anak-dua-pusar-di-kepala-degil-nakal-semua-itu-mitos/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fakta Menarik Tentang Anak Yang Mempunyai 2 Pusar Di Rambut Kepala

Fakta Menarik Tentang Anak Yang Mempunyai 2 Pusar Di Rambut Kepala

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1100 hits
Seperti yang kita tahu ada antara kita yang mempunya satu pusar di rambut dan ada juga yang mempunyai dua atau lebih pusar di rambut Menurut Dato Fadzilah Kamsah lagi sifat Individu yang mempunyai dua pusar sebenarnya sangat banyak akal ban...
Remaja Selamatkan Anak Kecil Daripada Tercampak Jatuh Dari Tingkat Dua Kediaman Diangkat Sebagai Wira

Remaja Selamatkan Anak Kecil Daripada Tercampak Jatuh Dari Tingkat Dua Kediaman Diangkat Sebagai Wira

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 264 hits
ISTANBUL Tindakan pantas seorang remaja yang berjaya menyelamatkan nyawa seorang anak kecil berusia dua tahun daripada tercampak dari tingkap di tingkat dua rumahnya baru baru ini akhirnya berbayar selepas diangkat sebagai wira Astro Awani ...
Pertengkaran Berlaku Lelaki Itu Memukul Girlfriend Dengan Sebatang Besi Di Kepala

Pertengkaran Berlaku Lelaki Itu Memukul Girlfriend Dengan Sebatang Besi Di Kepala

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 254 hits
Luahan hasrat wanita warga Indonesia untuk pulang ke kampung halamannya menjadi punca utama dirinya dibunuh teman lelakinya Dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kampung Tali Air di sini kelmarin teman lelaki mangsa yang juga adalah warga...
Dua Beradik Mati Lemas Di Dalam Parit Bapa Tak Sangka Itu Anaknya

Dua Beradik Mati Lemas Di Dalam Parit Bapa Tak Sangka Itu Anaknya

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 580 hits
Suasana pilu menyelubungi lokasi dua beradik berusia 8 dan 10 tahun ditemui mati lemas di dalam parit di Kampung Kuala Bagan Tiang Tanjung Piandang dekat Parit Buntar malam tadi Mangsa ialah Nur Ayuni Najatul Abdul Az Zahir 8 dan Nur Anisa ...
Dalam Poket Ada Rm3 Je Si Ayah Sanggup Beratur Panjang Nak Beli Kuah Oden Untuk Anak Gadis Yang Degil

Dalam Poket Ada Rm3 Je Si Ayah Sanggup Beratur Panjang Nak Beli Kuah Oden Untuk Anak Gadis Yang Degil

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 398 hits
Selalu kita dengar Mak dan Ayah tanggung anak sampai mati Tapi sedarkah kita sebagai anak melihat pergorbanan mereka tatkala mereka sudah berada di separuh umur hidup mereka Sedihkan kalau ada sesetengah masyarakat yang tidak nampak jasa ke...
Rekaan Dua Fon Kepala Dan Satu Fon Telinga Nirwayar Akg Tertiris

Rekaan Dua Fon Kepala Dan Satu Fon Telinga Nirwayar Akg Tertiris

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 404 hits
menerusi pembelian Harman pada tahun 2017 Sejak itu telefon mercu keluaran Samsung ditawarkan dengan fon telinga berjenama AKG sebagai standard Awal tahun ini telah dilancarkan dengan audio yang ditala oleh AKG Hari ini rekaan dua fon kepal...
Bukan Budaya Kita Dan Adab Islam Yana Ajar Anak Jangan Cium Mulut Itu Bukan Adab Islam

Bukan Budaya Kita Dan Adab Islam Yana Ajar Anak Jangan Cium Mulut Itu Bukan Adab Islam

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 409 hits
Masalah seksual dalam kalangan kanak kanak kini telah menjadi barah di dalam masyarakat kita Perkara ini berikutan kerana kanak kanak terdedah dengan unsur unsur berkenaan tidak kiralah di rumah dan juga di dalam komuniti masyarakat kita Ra...
Foto Anak Walikota Jadi Kuli Bangungan Viral Sang Ayah Akui Itu Putranya Hidup Harus Kerja Keras

Foto Anak Walikota Jadi Kuli Bangungan Viral Sang Ayah Akui Itu Putranya Hidup Harus Kerja Keras

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 300 hits
Foto foto anak Walikota Tidore Muhammad Sinen yang bernama Muhammad Rafdi Marajabessy viral karena gaya hidupnya yang tak terduga Bukan karena pamer kemewahan Muhammad Rafdi Marajabessy justru menuai pujian karena hidup dengan sederhana Aku...
Semua Aktiviti Anak Dalam Handphone Saya Boleh Monitor Wanita Ini Kongsikan Apps Google Family Link For Parents

Semua Aktiviti Anak Dalam Handphone Saya Boleh Monitor Wanita Ini Kongsikan Apps Google Family Link For Parents

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 702 hits
The ReporterBerita mengenai kes seorang kanak kanak lelaki yang berusia 12 tahun merogol seorang anak asuhan yang berusia empat tahun mengejutkan semua pihak Apabila diselidiki kanak kanak tersebut dikatakan terpengaruh melalui gajet Meliha...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Tips Bagaimana Menerangkan Tentang Allah Kepada Anak

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Liverpool Kecundang

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib