Terhentinya Perjalanan Di Minggu Ke 23 Ibu Reda Kehilangan Anak Syurga Ke 4


Hati ibu mana yang tak sedih, sejak dari 2019 hingga kini masih belum ada rezeki untuk peluk anak seperti orang lain. Empat kali mengandung, empat kali juga kehilangan anak. Pengalaman ini bukan semua ibu mampu laluinya namun apakan daya, Allah sebaik-baik perancang. Biarpun dah berusaha untuk menjaga kandungan sebaik mungkin, takdir Allah tak dapat juga bertahan sehingga 9 bulan.
Kisah sedih yang dikongsikan oleh seorang ibu ini, Puan Nurul Farhana sungguh sebak apabila dia dah cuba bertahan tetapi akhirnya tak kesampaian apabila doktor terpaksa juga mengeluarkan anak dalam kandungan atas sebab-sebab tertentu.

Terhenti perjalanan 23 minggu
Terhentinya perjalanan di minggu 23. Alhamdulillah. Saya sudah selamat melahirkan anak syurga ke 4 secara pembedahan pada petang 9 November lalu.
Memang ramai yang tidak tahu saya mengandung lagi. Hanya keluarga terdekat dan teman sekerja yang kebanyakannya tahu.
Jika diteruskan kandungan, boleh ancam nyawa
Saya sudah berusaha sedaya upaya untuk menjaga kandungan ini. Antaranya pemasangan Mcdonald cerclage (jahit pangkal rahim) dan pemantauan doktor pakar setiap 2 minggu sekali.

Namun apakan daya, semalam jahitan tersebut terpaksa dibuka dengan kadar segera kerana keadaan pada masa tersebut baby sedang struggle untuk keluar (ketika jahitan masih lagi belum dibuka) yang mana menyebabkan rahim saya hampir pecah dan boleh membawa maut.
Bila sudah dibuka jahitan tersebut, sekali lagi saya diuji apabila baby berada dalam keadaan melintang dan tangannya yang masuk laluan untuk keluar. Jadi doktor pakar decide kena operation sebab mustahil baby dapat keluar dalam keadaan normal memandangkan fizikal baby yang sudah besar (600 gram).

Maka saya telah menjalani operation dan alhamdulillah baby telah dapat dikeluarkan lebih kurang pada pukul 4 setengah petang.
Bersyukur Allah masih panjangkan nyawa saya. Sungguh pada sepanjang melahirkan anak ini, kesakitan yang sangat luar biasa lebih lebih lagi ketika membuka jahitan tanpa bius dan pada masa yang sama benang tersebut sukar dijumpai doktor sehinggakan banyak kali doktor kejutkan ketika saya sudah berada dalam keadaan hampir tidak sedarkan diri. Allah sahaja yang tahu.

Kehilangan yang perit tapi perlu reda
Allah Maha Baik. Apa yang terjadi ada hikmahnya walaupun saya sedar keadaan untuk menghadapi kehilangan anak Syurga yang ke 4 bukanlah mudah.
Oh ya.. baby boy tau. Nama diberi Wan Muhammad Isa Faed. Alhamdulillah sudah selamat dikebumikan berdekatan pusara abang-abangnya ❤️

Terima kasih atas doa yang tidak putus-putus terutama suami, keluarga, keluarga mertua, kawan baik, teman sekerja yang tidak putus-putus memberikan semangat dan doa. Hanya Allah yang mampu membalasnya untuk kalian. Terima kasih atas segalanya.
Kredit: Nurul Farhana

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 
The post “Terhentinya Perjalanan Di Minggu Ke-23. Ibu Reda Kehilangan Anak Syurga Ke-4” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/terhentinya-perjalanan-di-minggu-ke-23-ibu-reda-kehilangan-anak-syurga-ke-4/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Tahu Nak Marah Ke Nak Senyum Ibu Reda Anak Mandi Lebih 100 Biji Telur

Tak Tahu Nak Marah Ke Nak Senyum Ibu Reda Anak Mandi Lebih 100 Biji Telur

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 179 hits
Tarik nafas panjang Tak tahu nak marah ke nak senyum Itulah yang berlaku kepada seorang kanak kanak perempuan yang bermandikan lebih seratus biji telur ayam Perkongsian video melalui akaun TikTok rais murtabak kadok yang dipercayai ibu kepa...
Ibu Dan Anak Di Bali Kompak Jadi Pencuri Modus Ganjal Kartu Atm

Ibu Dan Anak Di Bali Kompak Jadi Pencuri Modus Ganjal Kartu Atm

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 341 hits
Kepolisian sektor Denpasar Selatan menangkap tiga pelaku pencurian dengan modus mengganjal kartu mesin ATM Dua di antaranya adalah ibu dan anak bernama Maria Ulfa dan Aditya Izama Hendra dan satu rekannya bernama Siti Sobariah
Apa Motif Sebenarnya Nama Anak Terpalit Gosip Cinta Murahan Ibu Wafariena Kesal Dengan Iqbal Zulkefli

Apa Motif Sebenarnya Nama Anak Terpalit Gosip Cinta Murahan Ibu Wafariena Kesal Dengan Iqbal Zulkefli

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 152 hits
Sebelum ini usahawan dan juga penyanyi Iqbal Zulkefli memaklumkan bahawa dia kini sudah bergelar pelakon apabila dia tampil dalam telemovie Pok Yie Preehhh bersama bintang bintang lain seperti Wafariena Along Cham dan ramai lagi Namun begit...
Jangan Cium Bayi Orang Anak Sendiri Boleh Neelofa Minta Hormat Pendirian Setiap Ibu

Jangan Cium Bayi Orang Anak Sendiri Boleh Neelofa Minta Hormat Pendirian Setiap Ibu

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 192 hits
Selebriti dan usahawan popular Neelofa menasihatkan orang ramai agar tidak mencium anak individu lain sesuka hati bagi mengelak dijangkiti sebarang penyakit Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor 33 menegaskan perkara sebegitu ...
Ibu Anak 8 Berjaya Buktikan Anak Ramai Bukan Penghalang Tamatkan Pengajian Phd

Ibu Anak 8 Berjaya Buktikan Anak Ramai Bukan Penghalang Tamatkan Pengajian Phd

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 201 hits
Tangan yang lembut menghayun buaian mampu mengoncang dunia Itu pepatah yang boleh diberikan kepada seorang ibu anak lapan ini yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat PhD Seperti ibu ibu lain wanita berusia 38 tahun ini sungguh member...
Video Dah 2 Jam Majlis Hari Jadi Anak Bermula Ibu Sedih 2 Tetamu Je Yang Hadir

Video Dah 2 Jam Majlis Hari Jadi Anak Bermula Ibu Sedih 2 Tetamu Je Yang Hadir

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 173 hits
Di Tiktok sambutan hari jadi seorang kanak kanak yang dirancang dengan meriah bertukar menjadi hari yang menyedihkan buatnya apabila hanya dua tetamu orang sahaja hadir daripada 30 yang diundang ke sambutan itu Menerusi satu video yang diko...
Jodoh Tak Kenal Siapa Jarak Usia 23 Tahun Abang Sado Pilih Ibu Tunggal Anak 5

Jodoh Tak Kenal Siapa Jarak Usia 23 Tahun Abang Sado Pilih Ibu Tunggal Anak 5

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 249 hits
Jodoh tak kenal siapa malah jarak umur bukan penghalang Kata kata itu sering kita dengar apabila pasangan menjalinkan cinta tanpa mengambil kira usia mereka Begitulah kisah pasangan suami isteri ini membuatkan ramai yang kagum Biarpun jarak...
Ayah Minta Maaf Minta Maaf Lelaki Sebak Anak Isteri Ibu Bapa Pergi Serentak

Ayah Minta Maaf Minta Maaf Lelaki Sebak Anak Isteri Ibu Bapa Pergi Serentak

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 288 hits
Ajal maut semuanya rahsia Allah Namun pemergian mengejutkan empat ahli keluarga serentak benar benar memberi trauma buat seorang lelaki yang menjadi saksi kehilangan insan tersayang dalam kemalangan menyayat hati Ibu ayah isteri dan anak me...
Anak Bercakap Bahasa Sendiri Ibu Ini Kongsi Tip Kini Anaknya Dah Petah Bercakap

Anak Bercakap Bahasa Sendiri Ibu Ini Kongsi Tip Kini Anaknya Dah Petah Bercakap

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 216 hits
Kebanyakan anak anak usia 3 tahun ke bawah mereka ada bahasa sendiri untuk bercakap dengan ibu bapa atau orang sekelilingnya Kadang untuk memahami apa maksud ayat itu agak sukar sehingga terpaksa buat pemahaman sendiri Menurut pakar cakap j...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah