Ayah Minta Maaf Minta Maaf Lelaki Sebak Anak Isteri Ibu Bapa Pergi Serentak


Ajal maut semuanya rahsia Allah. Namun pemergian mengejutkan empat ahli keluarga serentak benar-benar memberi trauma buat seorang lelaki yang menjadi saksi kehilangan insan tersayang dalam kemalangan menyayat hati.
Ibu ayah, isteri dan anak meninggal 
Menerusi laporan Sinar Harian, empat sekeluarga termasuk kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut manakala kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dirempuh kenderaan lain.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di simpang tiga Jalan Kolam Machap, Alor Gajah sekitar jam 7.45 minit pagi.

Kesemua mangsa iaitu warga emas, Ibrahim Daud, 71, meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala isterinya, Latipah Dorahim, 66, menantu mereka, Syazana Tharin, 30, serta cucunya, Yusuf Daniel Muhammad Izwan, lima tahun meninggal dunia sewaktu mendapat rawatan di Hospital Alor Gajah kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian kesemua mangsa menaiki MPV jenis Toyota Estima yang dipandu Muhammad Izwan Ibrahim, 30, dalam perjalanan dari arah Selandar ke Alor Gajah.
Bagaimanapun, setibanya di simpang tiga berkenaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Land Crusier yang dipandu lelaki berusia 59 tahun dari arah Durian Tunggal keluar dari persimpangan secara tiba-tiba sebelum membelok ke kanan menghala ke arah Selandar.

Dah cuba mengelak dan membrek 
Tambah beliau, Muhammad Izwan cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter namun terlanggar bahagian kiri hadapan kenderaan pacuan empat roda terbabit.
Dalam kejadian tersebut, Muhammad Izwan dilaporkan terselamat dan tiada sebarang kecederaan sementara anak lelakinya seorang lagi, Aniq Fahim sedang dirawat di zon merah di hospital yang sama.
Berkali-kali sebut minta maaf
Apa yang lebih menyayat hati apabila Muhammad Izwan dilihat tidak henti-henti meraung meminta maaf sambil memegang tubuh salah seorang anaknya.
“Nak, ayah minta maaf nak. Allahu akbar nak, ayah minta maaf. Adik, ayah minta maaf,” katanya berkali-kali”

Dalam pada itu, Arshad memaklumkan pemandu kenderaan pacuan empat roda itu telah dibawa ke hospital kerana mengalami sakit dada.
“Pemandu berusia 59 tahun kemudian ditahan polis lebih kurang jam 11 pagi semasa memberi keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah,”ujar Arshad.
Kesemua jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kenderaan terlibat juga ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

Kes disiasat di bawah Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan polis.
Kredit: Sinar Harian, Facebook NGWE HEE SEM & OMM

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 
The post “Ayah Minta Maaf, Minta Maaf..” Lelaki Sebak Anak, Isteri & Ibu Bapa Pergi Serentak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ayah-minta-maaf-minta-maaf-lelaki-sebak-anak-isteri-ibu-bapa-pergi-serentak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ini Kongsi 7 Ilmu Tidur Anak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu Tapi Berkesan

Ibu Ini Kongsi 7 Ilmu Tidur Anak Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu Tapi Berkesan

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 176 hits
Tidur sangat penting untuk kanak kanak kerana tidur yang cukup memastikan otak dan tubuh kanak kanak dapat membesar dan berkembang dengan baik Kajian juga telah menunjukkan bahawa tidur adalah penting untuk kecergasan serta pelbagai fungsi ...
Sebak Dengar Anak Panggil Mummy Ibu Hamil 9 Bulan Terperangkap 2 Jam Dalam Lif

Sebak Dengar Anak Panggil Mummy Ibu Hamil 9 Bulan Terperangkap 2 Jam Dalam Lif

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 128 hits
Seorang wanita yang sedang sarat hamil 9 bulan berdepan dengan detik cemas apabila dia terperangkap di dalam lif di kawasan rumahnya Terperangkap dalam lif 2 jam Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai FarieynaNasya ...
Ini Sikap Ibu Ayah Yang Anak Cepat Tiru Tapi Kita Tak Perasan Tunjuk Depan Anak

Ini Sikap Ibu Ayah Yang Anak Cepat Tiru Tapi Kita Tak Perasan Tunjuk Depan Anak

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 107 hits
Dalam mendidik anak anak ibu bapa perlu menjadi contoh teladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak anak kerana anak anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka Ibaratnya anak peniru...
Ajar Anak Solat Tanpa Disuruh Banyak Kali Ibu Ayah Boleh Mula Dengan Cara Ini

Ajar Anak Solat Tanpa Disuruh Banyak Kali Ibu Ayah Boleh Mula Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 170 hits
Nabi Muhammad SAW menyuruh ibu bapa ajar anak solat bila sudah berumur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umurnya 10 tahun Tapi sebaiknya sebelum mencecah usia anak 7 tahun kita kena dedahkan anak dengan amalan solat Bagaimanapun untu...
Ayah Yusuf Dah Nak Meninggal Ayah Jaga Diri Ya Sebak Ingat Kata Kata Anak

Ayah Yusuf Dah Nak Meninggal Ayah Jaga Diri Ya Sebak Ingat Kata Kata Anak

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 129 hits
Kemalangan maut yang meragut nyawa empat ahli keluarga di Melaka baru baru ini sungguh menyentuh hati apabila tular video seorang ayah yang tak henti henti meminta maaf pada anak sambil memangku anaknya yang cedera Ramai yang sebak melihat ...
Ibu Bapa Perlu Nasihat Anak Muda Tolak Pemimpin Parti Tak Amanah

Ibu Bapa Perlu Nasihat Anak Muda Tolak Pemimpin Parti Tak Amanah

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 116 hits
agendaily com12 11 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap keupayaan kerajaan pimpinannya sebelum ini yang berjaya menangani krisis paling besar dalam sejarah dunia menjadi panduan kepada pengundi membuat pilihan ...
Tak Cukup Seret Dipijak Pula Video Tular Suami Dera Isteri Separuh Mati Di Depan Anak

Tak Cukup Seret Dipijak Pula Video Tular Suami Dera Isteri Separuh Mati Di Depan Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 173 hits
Tular di media sosial video seorang lelaki dipercayai mendera wanita yang dipercayai isterinya di hadapan anak perempuan mereka di sebuah rumah Berdasarkan video berdurasi satu minit itu menunjukkan suspek yang tidak memakai baju menarik tu...
Apdm Ibu Bapa Cara Kemaskini Maklumat Murid

Apdm Ibu Bapa Cara Kemaskini Maklumat Murid

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 515 hits
MAKLUMAN PENGEMASKINIAN DATA MURID DALAM SISTEM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID BAGI BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2023 MELALUI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH SPS KPM Untuk makluman ibu bapa penjaga semua dikehendaki membuat pengemaskinian maklu...
Doa Seorang Anak Soleh Moga Allah Rahmati Ibu Tapi Saya Tak Buat Benda Mungkar Kata Nik Omar

Doa Seorang Anak Soleh Moga Allah Rahmati Ibu Tapi Saya Tak Buat Benda Mungkar Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 142 hits
Moga Allah rahmati ibu tapi saya tak buat benda mungkar kata Nik Omar November 17 2022 Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket PH berkata ia mungkin perbezaan dari sudut pandangan dan bukan berkaitan akidah ata...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord