Terengganu Kekal Agih Zakat Kepada Islam Sahaja Mb


Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 9 November - Kerajaan Terengganu terus kekal dengan pendirian untuk memberikan bantuan zakat kepada lapan golongan asnaf sahaja dan tidak melibatkan orang bukan Islam

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, agihan kepada kelompok itu adalah mengikut ketetapan dan amalan yang telah dilaksanakan sebelum ini

"Tiada perubahan. Kita mengekalkan agihan zakat yang sama sebelum ini iaitu kepada lapan golongan asnaf yang ada, tidak kepada pihak-pihak yang lain," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Terengganu di Stadium Negeri di sini hari ini

Berdasarkan rekod, lapan golongan asnaf yang ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) ialah fakir, miskin, amil, mualaf, riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan), gharimin (penghutang Muslim), fisabilillah (orang yang berjuang kerana ALLAH) dan ibnu sabil (musafir)

Kenyataan Ahmad Samsuri adalah senada dengan penjelasan Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda memaklumkan, tiada fatwa di negeri itu yang meluluskan supaya zakat diagihkan kepada golongan bukan Islam

Katanya, beliau tidak bersetuju zakat diberikan orang bukan Islam kerana zakat dikaitkan dengan ibadat dan ia mempunyai kesuciannya tersendiri

"Sehingga ada ulama yang kata diberikan kepada orang tidak solat pun tidak dibenarkan, apatah lagi kepada orang bukan Islam," ujarnya kepada Ismaweb.net pada 2 November lalu.


Menurut Zulkifly, kebanyakan ulama berpendapat bahawa agihan zakat hanya perlu diagihkan kepada umat Islam serta tidak membenarkan ia diberi kepada bukan Islam

"Pengagihan zakat kepada bukan Islam bertentangan dengan undang-undang zakat

"Jadi, ia harus dilaksanakan berteraskan undang-undang ibadat itu kerana zakat mempunyai kesucian tersendiri," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, namun terdapat juga ulama mengatakan bahawa zakat hanya boleh diagihkan kepada bukan Islam, sekiranya mereka diyakini akan memeluk Islam

"Oleh itu, dakwah kita terhadap bukan Islam secara langsung akan sampai kepada mereka," katanya

Baru-baru ini timbul satu pandangan yang mahu agihan zakat turut disalurkan kepada golongan bukan Islam

Pandangan itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan agamawan dan masyarakat, termasuk daripada Mufti Perlis dan Sabah, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dato' Bungsu Aziz Jaafar yang bersetuju golongan bukan Muslim di negeri itu harus menerima wang zakat

Manakala, Perak dan Selangor belum berhasrat untuk mengeluarkan wang zakat kepada bukan Muslim kerana masih banyak orang Islam di negeri itu perlu dibantu menerusi kutipan wang berkenaan


Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/terengganu-kekal-agih-zakat-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agihan Zakat Hanya Untuk Asnaf Islam Mufti Selangor

Agihan Zakat Hanya Untuk Asnaf Islam Mufti Selangor

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 474 hits
SHAH ALAM Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menegaskan bahawa pemberian zakat perlu diagihkan kepada umat Islam Menurutnya ia selari dengan hadis yang mewajibkan zakat ke atas harta milik orang Muslim yang kaya untuk diagihkan kepa...
Perlis Lulus Fatwa Wang Zakat Boleh Diberi Kepada Orang Bukan Islam

Perlis Lulus Fatwa Wang Zakat Boleh Diberi Kepada Orang Bukan Islam

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 291 hits
Perlis lulus fatwa wang zakat boleh diberi kepada orang bukan Islam Dikemas kini 57 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Nov 20
Anwar Saran Institusi Zakat Buat Pembaharuan Bantu Orang Bukan Islam

Anwar Saran Institusi Zakat Buat Pembaharuan Bantu Orang Bukan Islam

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 450 hits
October 30 2019 7 19 PMAnwar Ibrahim berucap pada Seminar Antarabangsa Zakat Wakaf dan Filantropi Islam anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Universiti Teknologi Mara di Shah Alam hari ini SHAH ALAM Anwar Ibrahim mencadangkan ...
Sultan Sharafuddin Titah Zakat Selangor Hanya Untuk Orang Islam

Sultan Sharafuddin Titah Zakat Selangor Hanya Untuk Orang Islam

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 228 hits
BERITASultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa wang hasil kutipan zakat di negeri itu hanya akan diagihkan kepada orang Islam Titah itu disampaikan menerusi setiausaha sulit baginda Mohamad Munir Bani dalam satu kenyata...
Mufti Halang Bukan Islam Terima Zakat Cemar Nama Agama

Mufti Halang Bukan Islam Terima Zakat Cemar Nama Agama

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 295 hits
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata zakat boleh diberikan dalam bentuk wang bahan makanan atau ubatan seperti membantu mangsa banjir atau kebakaran Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 5 Nov Pemberian zakat kepada bukan Islam bertujuan menj...
Wajarkah Wang Zakat Diagihkan Pada Bukan Islam 3 Sebab

Wajarkah Wang Zakat Diagihkan Pada Bukan Islam 3 Sebab

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 298 hits
TEMERLOH Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang berpandangan bahawa saranan supaya wang zakat diagihkan kepada kaum bukan Islam adalah tidak bersesuaian diamalkan di negara ini Ketua Ulamak PAS Pahang Ustaz Zuridan Mohd Daud berkata zakat ialah iba...
Kipree Mungkin Tidak Kekal Bersama Terengganu Pbsnt

Kipree Mungkin Tidak Kekal Bersama Terengganu Pbsnt

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 209 hits
Kipree bermungkinan besar akan berhijrah ke pasukan baharu KUALA TERENGGANU 2 November Masa depan penyerang berbisa Tchetche Kipree bersama Terengganu Football Club untuk saingan Liga Malaysia musim depan masih samar Timbalan Presiden Persa...
Zakat Hanya Untuk Golongan Asnaf Zakat Kepada Bukan Islam Tertaluk Keapda Situasi

Zakat Hanya Untuk Golongan Asnaf Zakat Kepada Bukan Islam Tertaluk Keapda Situasi

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 282 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Jawatan Kosong Bahagian Zakat Dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah

Jawatan Kosong Bahagian Zakat Dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 895 hits
Jawatan Kosong Bahagian Zakat Dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah Portal jawatan kosong terkini membuka peluang pekerjaan di Majlis Ugama Islam Sabah yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan di...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Cara Qada Solat Fardhu

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster