Sultan Sharafuddin Titah Zakat Selangor Hanya Untuk Orang Islam


BERITA

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa wang hasil kutipan zakat di negeri itu hanya akan diagihkan kepada orang Islam.

Titah itu disampaikan menerusi setiausaha sulit baginda, Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini, yang menurutnya susulan kenyataan "dua mufti dan seorang ahli politik" berkenaan agihan zakat kepada orang bukan Islam baru-baru ini.

"Berkaitan dengan isu ini, DYMM Sultan Selangor telah mendapat nasihat daripada Mufti Selangor (Mohd Tamyes Abd Wahid) bahawa agihan zakat kepada bukan Islam dibolehkan hanya jika ia menjadi penyebab individu terbabit memeluk Islam, di bawah asnaf Mu’allafati Qulubuhum.

"Sehubungan itu, DYMM Sultan Selangor menegaskan bahawa mengikut Islam, kutipan zakat hendaklah diagihkan kepda lapan golongan asnaf, termasuk fakir, miskin dan mu'allaf daripada kalangan umat Islam sahaja," kata kenyataan itu.

Menurut laman Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, lima lagi golongan asnaf ialah amil, Al-Riqab, Al-Gharimin, fisabilillah dan ibnu sabil.

Pada 1 November lalu, Perlis meluluskan fatwa membolehkan zakat diberi kepada bukan Muslim di bawah asnaf muallafah qulubuhum iaitu golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata golongan bukan Muslim layak menerima bantuan berkenaan atas syarat yang ditentukan oleh pemerintah.

Sebelum itu, pada 30 Oktober, Presiden PKR Anwar Ibrahim juga mengusulkan agar institusi zakat memperluas bantuan kepada orang bukan Islam.

Ia mengundang reaksi tiga mufti iaitu Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman dan Mufti Selangor yang berkata zakat hanya boleh diberikan kepada orang Islam sahaja, manakala Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor berkata hal itu terserah kepada kerajaan pusat namun umat Islam perlu diberi keutamaan.

Kata kenyataan itu juga, walaupun Islam menekankan perikemanusiaan, zakat yang diperolehi daripada umat Islam hendaklah diagihkan di kalangan umat Islam dahulu, sementara menjadi tanggungjawab kerajaan menerusi jabatan dan agensi untuk membantu orang bukan Islam yang miskin.

Lebih-lebih lagi masih ramai orang Islam di Selangor yang miskin dan perlu dibantu menggunakan hasil kutipan zakat, ditambah pula jumlah umat Islam di negeri itu bertambah setiap tahun, kata kenyataan itu lagi.

“Sultan Selangor meminta agar isu berkaitan dengan pengagihan zakat ini tidak lagi diperdebatkan secara terbuka di media massa...dan menggesa agar tiada pihak mengambil kesempatan menggunakan isu berkaitan Islam untuk meraih populariti atau mengambil hati pihak tertentu.

“Sultan Selangor menegaskan sekali lagi bahawa hasil kutipan zakat di negeri Selangor akan kekal diagihkan kepada lapan golongan asnaf di kalangan umat islam,” kata kenyataan itu lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/sultan-sharafuddin-titah-zakat-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agihan Zakat Hanya Untuk Asnaf Islam Mufti Selangor

Agihan Zakat Hanya Untuk Asnaf Islam Mufti Selangor

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 522 hits
SHAH ALAM Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menegaskan bahawa pemberian zakat perlu diagihkan kepada umat Islam Menurutnya ia selari dengan hadis yang mewajibkan zakat ke atas harta milik orang Muslim yang kaya untuk diagihkan kepa...
Anwar Abides By Selangor Sultan S Zakat For Muslims Only Ruling

Anwar Abides By Selangor Sultan S Zakat For Muslims Only Ruling

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 261 hits
PKR president Anwar Ibrahim today said he abides by Selangor ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah s position that zakat should only be for Muslims Anwar added that his suggestion that zakat is also used to help poor non Muslims was a persona...
Negara Itu Islam Kerana Sifat Rakyatnya Titah Sultan Perak

Negara Itu Islam Kerana Sifat Rakyatnya Titah Sultan Perak

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 262 hits
Negara itu Islam kerana sifat rakyatnya titah Sultan Perak Dikemas kini 54 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Nov 2019 1 11P
Zakat Hanya Untuk Golongan Asnaf Zakat Kepada Bukan Islam Tertaluk Keapda Situasi

Zakat Hanya Untuk Golongan Asnaf Zakat Kepada Bukan Islam Tertaluk Keapda Situasi

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 326 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Terengganu Kekal Agih Zakat Kepada Islam Sahaja Mb

Terengganu Kekal Agih Zakat Kepada Islam Sahaja Mb

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 432 hits
Ahmad Samsuri KUALA TERENGGANU 9 November Kerajaan Terengganu terus kekal dengan pendirian untuk memberikan bantuan zakat kepada lapan golongan asnaf sahaja dan tidak melibatkan orang bukan Islam Menteri Besar Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mok...
Mufti Halang Bukan Islam Terima Zakat Cemar Nama Agama

Mufti Halang Bukan Islam Terima Zakat Cemar Nama Agama

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 328 hits
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata zakat boleh diberikan dalam bentuk wang bahan makanan atau ubatan seperti membantu mangsa banjir atau kebakaran Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 5 Nov Pemberian zakat kepada bukan Islam bertujuan menj...
Sultan Johor Titah Tingkat Operasi Banteras Pemburuan Haram

Sultan Johor Titah Tingkat Operasi Banteras Pemburuan Haram

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 285 hits
Sultan Johor titah tingkat operasi banteras pemburuan haram nbsp Dikemas kini 35 minit yang lalu Diterbitkan pada 26 Oct 201
Hanya 2 Tahfiz Tak Berdaftar Di Selangor 1 Diarah Tutup Kata Mb

Hanya 2 Tahfiz Tak Berdaftar Di Selangor 1 Diarah Tutup Kata Mb

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 376 hits
SHAH ALAM Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata hanya dua sekolah tahfiz dikesan tidak berdaftar di negeri ini yang mana satu daripadanya diarahkan tutup Beliau berkata sebuah sekolah tahfiz lagi yang masih tidak berdaftar diarahkan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba