Terengganu Cendol Pro Setiu Hotel Primula Dan Ict Pok Nong Day 1
12 Oktober 2019.
Jom Terengganu kito
Bermulalah perjalanan Cik Shima dari Kedah ke Kuala Terengganu dengan bos kesayangan Cik Shima, Puan Su dengan kereta. Kami bertolak pagi . Pelan-pelan lah orang katakan.
Macam biasa lah dari Kedah ke Kuala Terengganu ikut jalan Gerik lah kan. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tak adalah hujan, cuaca pun cantik
Kami singgahlah kat R&R Tasik Banding untuk makan. Rupanya tak ada makanan berlauk, yang ada makanan ringan, nasi ayam dan juga nasi kerabu. Aduhai dalam hati duk teringin nak makan nasi berlauk , tak pa tak ada rezeki. Singgah jarang-jarang sekali, sejak bila ada perubahan menu pun tak tau lah. Seingat Cik Shima, last memang ada makanan berlauk
Masa kami rehat kat sini, cuaca hujan pulak. Kabus, jadi nak amik gambar pun tak adalah
Ambil gambar ni semata-mata report kat grup Family. Cik Shima dah sampai Jeli
Masuk ja Setiau, kami amik keputusan untuk berhenti rehat dan makan. Unplanned. Tak tau nak berhenti mana, jadi Cik Shima waze ja lah. Nak makan ringan-ringan ja. Ish perut ni, tau-tau ja kan konsep Makan...dah nak minta makanan. Paling dekat dan senang ialah kedai Cendol Pro Setiu. Menarik ni, boleh berhenti makan cendol. Kami pun berhenti dan kebetulan pelanggan pun tak ramai. Kedai pun biasa ja, lokasi betul-betul tepi jalan. Senang nak cari. Kalau masuk
Ha, ni alamat dia (lepas balik, google alamat , mana nak p tau kan, kut ada rezeki leh singgah sekali lagi)
Cendol Pro SetiuJalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Bandar Permaisuri, 22100 Permaisuri, Terengganu
Tapi sayangnya, masa kami sampai, cendol tak ada, jadi kena ubah menu. So, Cik Shima amik sup cendawan (tak mau makan nasi ) dan Puan Su pulak ami Kuey Tiew Celup ka Thiang ntah...hahah sorry Cik Shima lupa, tapi macam dalam gambar. Nak habaq mai, memang sedap
Sup Cendawan
HOTEL PRIMULA, KUALA TERENGGANU
Kami sampai Kuala Terengganu petang. Check in di Hotel Primula, nila hotel yang paling dekat dengan HSNZ. Ini adalah kali kedua Cik Shima check in di hotel. Puan Su, cuma booking untuk 1 malam sahaja, yerlah esok lepas meeting , nak check out. Plan nak check in tang lain, tapi setelah berbincang, kami amik keputusan untuk tambah lagi 1 malam,
Masa check in, request untuk tambah 1 malam lagi, tapi receptionist kata, stay dulu, esok mai habaq untuk sambung. Okay, maka kami dengan senang hatinya masuk bilik untuk rehat
Okay, untuk bilik yang dapat ni Cik Shima puas hati
ICT POK NONG
Bermulalah, tentatif menjelajah makan untuk hari ini. Target Ikan Celup Tepung (ICT), risik ngan member (kebetulan ICT Long - keluarga dia), katanya tak sempat dah, tutup dalam kul 7-7.30 malam. Tengok jam, macam dah lewat dah nak pi sana, jadi kami tukar ke ICT Pok Nong
Dari Hotel kami waze ja lah dan pertama kali lalu jambatan famous Terengganu tu, terujalah kejap..hihihihi...nak kejar waktu, tiada sesi pengambaran kat jambatan tu.
Alhamdulillah, sampai juga kat ICT tu setelah melalui kesesakan di jalan Pantai Tok Jembal. Sampai-sampai, orang dah ramai. Sini kena beratur tau. Kedai ni, memang sangat famous, boleh ja cari dalam googgle. Cik Shima tau pun sebab Cik Shima google ja,
Sampai turn Cik Shima, grup ikan last, Pak cik tu habaq. Kena siap sedia penyepit di tangan, sat gi nak berebut..hihihi..belakang tu masih panjang lagi. Alhamdulillah, dapat juga pancing beberapa ekor ikan. Udang, sotong tak ada masalah, memang ada ja
Hasil tuaian kami, perut 2 orang ja.
Rasa semua okay, cuma untuk sotong tu agak liat sikit dan ikan tu ikan yang besar. Mungkin setiap orang citarasa berbeza. Cik Shima suka sotong kecil dan juga ikan kecil. Kalau tanya Cik shima, Cik Shima prefer ICT Long. Mungkin sebab jenis ikan dan sotong kut. tapi sos dia okay, sedap.
Alamat :A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu(Tutup : Selasa)Masa : 3.30 petang hingga 8 malam
Nampak ja tak banyak kan kami ambil, tapi dah cukup mengenyangkan kami berdua pada malam tu.
Lepas makan, sempatlah Cik Shima bergambar sedikit depan warung dan lepak-lepak. Depan tu ada pantai dan juga tempat duduk untuk berehat dan amik gambar. Kalau datang petang semasa cerah, cantik gambar.
Waktu malam amik gambar cantik jugak, tapi kenalah kamera yang canggih kan.
Jadilah..habuan
Hari Kedua, kemana kita -> Tunggu entri seterusnya....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sharimahyahya.blogspot.com/2020/01/terengganu-cendol-pro-setiu-hotel.html