Terdesak Sangat Rupanya Mana Tak Tak Lena Sedang Dalam Usaha Nak Kena Tangkap
SAMAN WAYTHA MOORTHY

Waytha Moorthy kata perlantikan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah.
Dia merujuk Perkara 48(3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah, jika tidak dibatalkan, diteruskan selama tempoh lima tahun dari tarikh pembebasan. Dia berkata lagi, oleh kerana YDPA tidak secara nyata membatalkan kehilangan kelayakan DS Anwar di bawah Perkara 48(3), kehilangan kelayakan itu kekal berkuat kuasa sehingga 15 Mei 2023. Dia menambah, DS Anwar bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Tambun pada 19 November 2022, walhal tempoh kehilangan kelayakannya masih berkuatkuasa selama lima tahun (16 Mei 2018 hingga 15 Mei 2023). Ini dakwaan Waytha Moorthylah!

Mari kita tengok... kehilangan kelayakan dalam Perkara 48(3) menyebut secara spesifik ia adalah tentang Perkara 48 (1)(d) dan Perkara 48(1)(e). Bahagian (d) itu berkait dengan kehilangan kelayakan akibat kegagalan menyerahkan penyata perbelanjaan pilihanraya yang dikehendaki oleh undang-undang.
Sementara bahagian (e) adalah bahagian yang menarik, kerana Waytha Moorthy sendiri merujuk kepadanya. Kata dia, menurut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, DS Anwar hilang kelayakan daripada menjadi ahli Dewan Rakyat kerana telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara melebihi satu tahun.
Adakah rujukannya betul? Ya betul, tetapi tidak sepenuhnya. Saya perturunkan keseluruhan fasal dalam Perkara 48(1)(e) yang berbunyi,
"dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan DIA TIDAK MENDAPAT PENGAMPUNAN BEBAS"
Perhatikan klausa terakhir yang saya telah besarkan itu. Maksudnya seseorang yang tidak mendapat pembatalan hilang kelayakan menjadi Ahli Parlimen selepas menjalani hukumannya akibat kesalahan di bawah Perkara 48(1)(e) hendaklah menunggu sehingga lima tahun. Tetapi kes DS Anwar Ibrahim tidak boleh bersandarkan Perkara 48(1)(e) tersebut, kerana berlawanan dengan klausa terakhir itu, DS ANWAR IBRAHIM TELAH MENDAPAT PENGAMPUNAN BEBAS SEPENUHNYA.
Jelas perbezaannya?
Zukri Aksah
Timbalan Ketua Cabang
Keadilan Indera Mahkota
#keadilan26 #keadilan26tahun #MADANIBekerja #neoreformia #DSAIPM10 #MalaysiaMadani #KitaKEADILAN #kamikeadilan #KekalAnwar #AkuKeadilan #PMX #AnwarIbrahim #DemiPertiwi #harapan
Dr Wan Azizah Wan Ismail Parti Keadilan Rakyat Keadilan Pahang Pakatan Harapan MyMadani Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/08/terdesak-sangat-rupanyamana-tak-tak.html