Tercurah Air Di Restoran Al Safa Taman U
Assalamualaikum WBT
HARI tu berdua dengan Iman pergi makan di Restoran Al Safa cawangan Taman Universiti yang baharu dibuka dalam sebulan dua. Ini kali kedua kami ke sini, kali pertama dulu datang bertiga, Sk makan tosei rawa. Saja cuba try test la di tempat baharu. Tempat lama konon dah black list 🤭.
Iman makan Roti Goreng
Roti Goreng ni roti canai yang dipocong-pocong dan digoreng ala mee mamak. Makan dengan kuah kari ayam, sedap. Tapi, Iman lebih menggemari rasa Roti Goreng di Restoran Nisha Fattah. Haaa.. dah bersaing dua restoran mamak ni yang dipisahkan oleh jalanraya
Terliur nampak Ayam Tandoori bergantungan dalam kabinet kaca depan restoran. Sk pesan Nan Cheese dan Ayam Tandoori. Sekali, masa nak letakkan pinggan Nan Cheese depan Sk, boleh pulak staf dia terlanggar straw ais kosong di tepi meja tu, apalagi.. tercurah terus ke peha Sk. Sk hanya mampu beristighfar. Kelam-kabut dia dan staf lain ramai yang datang. Ada yang lari ambilkan tisu. Mujurlah bukan minuman panas atau manis
Lepas tu boleh gelak berjemaah dengan Iman. Sebenarnya kan, tak tahu nak marah ke.. nak kesian ke.. tapi serius la.. staf tu hantar makanan tu dengan penuh keikhlasan tau. Dia tatang pinggan nan cheese bersama ayam tandoori dan kuah dal dan kari. Kuah dal dan kari tu atau ayam tandoori ke.. sekali dalam pinggan nan cheese (tak ingat mana satu) dan juga sos pudina hijau. Sk nak sambutlah pinggan tu tapi dia macam kata, takpe, saya hidangkan. Sk akur, lalu tengok jer dia keluarkan satu persatu susun atas meja. Tapi, masa nak letak pinggan nan cheese depan Sk tu la pinggan tu terkena straw dan tercurahlah habislah air sejuk tu ke Sk 🤣🤣🤣
Aisehhhh.. comel lote Nan Cheese tu. Macam tak cukup gelek ni atau memang dohnya yang kecil. Ayam Tandoori tu sedap cicah dengan sos pudina cuma kurang garing tapi Iman kata, lagi sedap kalau basah-basah. Itulah kan, anak-beranak pun taste tak sama, heheheh
Oh, kenapa ya tak marah atau ambil tindakan pada staf yang tumpahkan air tu? Pertama, mungkin tak cedera kot dan tertumpah ais kosong jer. Yang kedua, kalau kita kata tak nak bayar, kita pun makan dah makanan tu. Nanti tak bayar, gaji dia pulak kena potong. Kalau nak marah teruk, boleh jer terus bangun dan tinggalkan meja tapi tak tahulah, mungkin kami bukan orang yang begitu 😆
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2023/12/tercurah-air-di-restoran-al-safa-taman-u.html