Lunch Di Restoran Talam Kuala Kangsar


Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Lunch di Restoran Talam Kuala Kangsar pula dengan korang. Awal-awal lagi dah Abang Man dah buat tempahan nak datang lunch di Restoran Talam Kuala Kangsar nie sebab kami nak ke event Taiping Bikers Week hari tu. Jadi sebelum check in hotel kat Taiping kami semua singgah dulu makan kat sini siap-siap..
Lunch di Restoran Talam Kuala Kangsar
Lunch di Restoran Talam Kuala KangsarMemula singgah nak lunch di Restoran Talam Kuala Kangsar nie memang Kak Sue dah suka dah bila tengok rumah lama yang dijadikan sebagai restoran kat sini. Ada beberapa rumah kecil juga ada kat kawasan nie tapi cari gambar tak jumpa pula kat handphone Kak Sue nie. Restoran Talam Kuala Kangsar nie kan korang betul-betul tepi jalan. Jadi memang tak susah nak cari kalau korang  plan nak datang sini nanti tau.

Lunch di Restoran Talam Kuala Kangsar

Suasana kat sini  pun best dengan suasana kampung, tenang dan nak parking pun senang. Kalau korang rasa nak makan bersila boleh lah korang masuk ke dalam rumah kecil yang disediakan kat situ. Ada juga rumah yang besar sikit sesuai untuk keluarga besar atau untuk oran yang lebih ramai. Kami hari tu ambil keputusan nak makan bawah pokok kat jalan nak masuk tu aja. Sedap kena angin sambil berkelah makan ramai-ramai kat situ.

Dan macam yang Kak Sue bagi tau tadi, sebelum kami singgah sini, Abang Man dah awal-awal tempah meja untuk kami semua. Cuma menu aja kami belum tentu kan nak order apa. Memula tu ingat nak order sorang satu talam, sekali bila tengok talam pertama macam banyak juga lauk pauknya. Jadi kami kongsi aja satu talam empat orang. Tak cukup nanti kita tambah, haa gitu.. jangan dirisaukan.. hehehe.

Lunch di Restoran Talam Kuala Kangsar

Lunch di Restoran Talam Kuala Kangsar
Ada macam-macam Set Talam yang korang pilih kat sini antaranya Set Talam Tempoyak Ikan Patin, Set Gulai Ikan, Set Talam Asam Pedas dan macam-macam Set Talam lagi. Kami order tiga Set Talam yang Kak Sue bagi tau kat atas tadi. Lepas tu kami tambah Sambal Picit. Dalam setiap set nie ada lauk berkuah yang kita piliha, pastu ada ayam goreng, ikan goreng masin, kerabu, sambal belacan dan ulam ulaman. Memang berselera makan ditambah dengan ada Sambal Picit tu kan memang membuka selera.

Air pula kami order air sirap satu jag dengan air kosong pun satu jag juga. Kalau tak silap kami tambah lagi nasi tambah sebab masing-masing tengah berselera makan. Ye lah bila lauk kampung macam nie memang buat buka selera lah kan. Memang geng ride Abang Man kebanyakannya suka dengan lauk pauk kampung macam nie. Jadi memang sedang elok lah bila Abang Man cadangkan makan kat sini hari tu. Harus datang lagi nanti nak bawa anak-anak Kak Sue pulak.

Lunch di Restoran Talam Kuala Kangsar
Haa.. korang yang mana suka masakan kampung boleh lah singgah kat sini kalau ke Ipoh atau ke Kuala Kangsar nanti tau. Nanti Kak Sue letak detail kat bawah nie, boleh lah korang buat tempahan awal. Sampai sini dulu, nanti Kak Sue kongsikan kan lagi tempat makan-makan yang pernah Kak Sue singgah ya.. papai

Alamat & No Tel :
Konsortium Akademi Memandu Infosytem,Jalan Besar Utara Selatan,33000 Kuala Kangsar, Perak
No Tel : 014 320 5686





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shuhaidakabdy.com/2023/11/lunch-di-restoran-talam-kuala-kangsar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Bercuti Setengah Hari Di Kuala Kangsar Perak

Aktiviti Bercuti Setengah Hari Di Kuala Kangsar Perak

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 193 hits
Setengah Hari Di Kuala Kangsar Perak Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Seminggu cuti persekolahan kali ini Sha dan suami tidak mengambil cuti rehat pun Mulai minggu lepas anak anak Sha sudah mula menjaga diri masing masing di rumah ...
Swood Smokehouse Texas Bbq Halal In Kuala Lumpur Must Visit For Meat Lover

Swood Smokehouse Texas Bbq Halal In Kuala Lumpur Must Visit For Meat Lover

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 416 hits
If you really like the taste of special smoked food and are looking for an amazing eating experience that makes you happy Swood Smokehouse is
Makan Di Mee Udang Bongsu Kuala Bakong Kedah

Makan Di Mee Udang Bongsu Kuala Bakong Kedah

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 190 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Untuk aku sendiri alhamdulilah masih diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan untuk mencari rezeki...
Dialoq Islam Dan Konfusianisme Di Kuala Lumpur

Dialoq Islam Dan Konfusianisme Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 210 hits
Pagi ini saya dan Azizah menghadiri Program Dialog Islam dan Konfusianisme di Kuala Lumpur Turut hadir Duta Besar Republik China ke Malaysia TYT Ouyang Yujing Menteri Sains Teknologi dan Invovasi Chang Lih Kang serta Prof Dato Dr Osman Baka...
Makan Tengahari Di Isya Restoran Terapung Langkawi

Makan Tengahari Di Isya Restoran Terapung Langkawi

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 366 hits
Isya Restoran Terapung Langkawi Isya Restoran Terapung LangkawiIsya Restoran Terapung ni korang tak boleh datang sendiri sendiri restoran ni adalah antara tempat wajib yang korang akan singgah Kalau korang ambil bot dari mana mana company p...
Makan Di Restoran Jack Sparrow Muslim Chinese Food

Makan Di Restoran Jack Sparrow Muslim Chinese Food

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 366 hits
Assalamualaikum WBTBERSIARAN dari bumi Hang Tuah Tak tahu sejak bila Jack Sparrow pindah Melaka Sk tanya Pak Inche memang babah dah aim nak makan kat sini dari kat Johor ke Nasib baik jawapannya tak Menu dia macam Adam s Kitchen Budak Siew ...
Restoran Thai Bbq Seafood Kuah Langkawi

Restoran Thai Bbq Seafood Kuah Langkawi

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 227 hits
Restoran Thai BBQ SeafoodRestoran Thai BBQ SeafoodAku baru je sampai di Langkawi ni naik feri dari Kuala Perlis Sebelum nak check in hotel jam 3 petang cari dulu la makanan dalam feri takda disediakan makanan tengahari Disebabkan aku booked...
Culture Shock Pameran Mini Berinspirasikan Kuala Lumpur

Culture Shock Pameran Mini Berinspirasikan Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 130 hits
Franco Fasoli artis dari Argentina melunaskan satu koleksi lukisan yang berinspirasikan suasana Kuala Lumpur menerusi pengalaman kembara kali pertamanya ke Asia Dinamakan sebagai Culture Shock pameran yang berlegar berhampiran pintu masuk h...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik

Penjawat Awam Dan Pesara Terima Bantuan Khas Kewangan 2025