Terbukti Harga Minyak Tidak Menjadikan Barangan Lebih Murah


Umum berasa ceria apabila mengetahui harga minyak menjadi semakin murah susulan beberapa kali harga minyak jatuh berbanding kadar harga tertinggi pada Mac 2020 lalu, berpandukan kepada Brent Crude Oil Price yang menjunam kepada harga dibawah AS$30 per barrel atau setong sebelum ini.


Ramai pakar ekonomi meramalkan harga minyak mentah global akan terus menjunam ke satu paras terlampau rendah yang bukan sekadar diakibatkan global lockdown dan kuarantin yang melesukan aktiviti perekonomian tapi dijumudkan lagi oleh persepsi mengenai kemelesetan ekonomi yang lebih teruk sifatnya berbanding 2008 The Great Depression.

Justeru, kerajaan tiada pilihan kecuali mengemaskini setiap minggu kadar harga petrol dan diesel dipam selari dengan kejatuhan harga minyak mentah global.

Bagaimanapun, selepas beberapa minggu kejatuhan kadar harga petrol RON95, RON97 dan diesel, kita masih tercari cari di manakah impaknya terhadap harga barang yang masih tidak turun, malah semakin mahal.

Sejarah harga barang naik tercetus di dalam abad ke-21 apabila harga minyak mentah global mendaki tinggi khasnya pasca Tragedi September 11 lalu dengan meletusnya ledakan harga barang yang meluap-luap sifatnya.

Tak sampai sehari dua harga minyak naik, belum pun stok lama habis terjual, usahawan ghairah menaikkan harga barang mereka dan bersenandung betapa kenaikan harga berpunca kos pengeluaran naik, kos pengangkutan naik dan kos buruh naik yang dinatijahkan oleh kenaikan harga minyak.

Maka usah disalahkan rakyat jika terlahirnya konklusi yang tersemat di minda mereka bahawa faktor turun naik harga minyak ini juga adalah sebagai penentu besar kepada faktor turun naik harga barang.

Justeru, apa lagi punca mutlak lain yang membantutkan kalangan usahawan untuk menjatuhkan dan memurahkan harga barang mereka?

Mengapa selepas harga minyak jatuh sehingga berpuluh peratus tetapi harga barang tidak pula jatuh malah makin naik?

Peniaga Tamak

Maka sudah terang lagi bersuluh ramai usahawan kita tidak tergamak untuk berkorban sedikit keuntungan untuk rakyat dan negara.

Mereka bukannya takut rugi, tetapi takut keuntungan besar yang diraih berkurangan sedikit.

Tidak cukup dengan harga minyak jatuh, kerajaan menggagaskan pula inisiatif demi kesenangan usahawan mengharungi kemelesetan ekonomi seperti kemudahan pembiayaan, caj utiliti dikurangkan, cukai dan KWSP ditangguhkan, subsidi upah pekerja, penstrukturan semula pinjaman dan sebagainya yang pastinya menjana lebihan pendapatan yang mencipta angka positif di dalam aliran tunai perniagaan mereka.

Usahawan sewajarnya menginsafi serta mensyukuri fenomena yang terjadi hari ini, sudahlah harga minyak jatuh teruk, kerajaan sanggup menghulurkan bantuan dan permintaan masih tinggi, justeru apa lagi alasan konkrit membuktikan harga barang naik?

Seperti biasa, sikap usahawan yang suka menyalahkan dan memburukkan rakan usahawan lain seperti pengilang, pembekal dan pengangkut membawa tafsiran suka lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab.

Berpandukan apa berlaku hari ini apabila harga barang naik, maka eloklah kerajaan menguatkuasakan mekanisme penentuan harga barang di kilang atau diimport dari luar negara, harga barang ditawar pembekal dan harga barang termasuk pengangkutan.

Ini menjadi penanda aras pemantauan harga barang secara apungan harga setiap minggu dan lebih realistik sebab harga barang dicerminkan mengikut harga minyak dengan tepat.

Daripada mekanisme ini, setiap usahawan akan diwajibkan mematuhi penanda aras ini dan kawalan harga dapat dilaksanakan lebih efektif terhadap seluruh spektrum jualan barang merangkumi pengilang, pembekal, pengangkut dan peniaga.

Cuma, kerajaan melalui SPRM wajib menghapuskan rasuah seboleh-bolehnya menghampiri angka sifar terlebih dahulu. Rasuah di Malaysia sangat teruk dikalangan ahli politik. Mereka punca utama negara hampir muflis. Tak kisahlah pihak mana pun.

Kerajaan juga dituntut untuk merangka pendekatan baharu mewujudkan skim kestabilan penawaran harga barang yang bersifat keperluan asas.

Ia tidak semestinya makanan saja malahan barang lain seperti ubat-ubatan, penjagaan diri, penjagaan rumah dan sebagainya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
7 Faktor Yang Mempengaruhi Harga Minyak Petrol Dan Diesel DuniaKenapa Venezuela Negara Kaya Minyak Tetapi Miskin?
sumber: hmetro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/06/harga-minyak-turun-barangan-tetap-mahal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Ebit Lew Sedang Cari Pembekal Mahu Buka Pasar Raya Harga Barang Paling Murah

Ustaz Ebit Lew Sedang Cari Pembekal Mahu Buka Pasar Raya Harga Barang Paling Murah

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 554 hits
Mempunyai 3 cawangan restoran dan mempunyai sebuah butik menjual kurta Ustaz Ebit Lew meluahkan hasratnya untuk membuka 10 cawangan pasaraya menjual barangan runcit yang diberi nama Elews Mart Berkongsikan perkembangan terbaru mengenai pera...
China Tetap Pertahankan Tarif Bbm Meski Harga Minyak Turun

China Tetap Pertahankan Tarif Bbm Meski Harga Minyak Turun

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 286 hits
Pemerintah China akan tetap menjaga harga bensin dan solar domestik tidak berubah pada saat harga minyak mentah dunia lebih rendah dari harga batas bawah Harga rata rata minyak mentah dunia lebih rendah dari 40 dolar AS per barel pada Rabu ...
Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Jun 2020

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Jun 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 480 hits
Harga minyak petrol dan diesel bulan Jun 2020 Disini ada perkongsian mengenai harga minyak petrol RON95 RON97 dan diesel terkini bagi setiap minggu pada bulan Jun 2020 Untuk info sebelum ini KERAJAAN PH telah membuat penetapan harga minyak ...
Rekomendasi Hp Android 2 Jutaan Tahun 2020 Harga Boleh Murah Tapi Kualitas Tetap Juara

Rekomendasi Hp Android 2 Jutaan Tahun 2020 Harga Boleh Murah Tapi Kualitas Tetap Juara

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 330 hits
HP sekarang tuh udah canggih canggih lo Guys dengan budget 2 jutaan aja udah bisa dapet yang kualitasnya oke
Kadar Harga Gunting Rambut Sejajar Kos Tambahan Jangan Caj Rm10 Bagi Barangan Rm3 80 Alexander Nanta Linggi

Kadar Harga Gunting Rambut Sejajar Kos Tambahan Jangan Caj Rm10 Bagi Barangan Rm3 80 Alexander Nanta Linggi

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 396 hits
Kadar baru harga gunting rambut mestilah sejajar kos tambahan yang terpaksa ditanggung pekedai dan bukannya membebankan pengguna kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi Beliau berkata hanya kos ba...
Harga Minyak Pada 30 Mei 2020

Harga Minyak Pada 30 Mei 2020

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 707 hits
Harga minyak pada 30 Mei 2020 adalah seperti di bawah berdasarkan dari mysumber p s Setelah beberapa lama harga minyak turun pada harga terendah oleh kerana PKP MCO namun semenjak beberapa minggu ini harga minyak kembali naik selepas Keraja...
Peralatan Memancing Beli Online Lebih Murah Tapi Awas

Peralatan Memancing Beli Online Lebih Murah Tapi Awas

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 467 hits
Saya memang selalu membeli belah secara online Sejak kenal Lazada dan kemudiannya Shopee memang makin galak saya mendapatkan produk dan barangan secara online Ia mudah Tak perlu keluar rumah Paling best berbelanja secara online ini adalah l...
Lebih 20k Perkongsian Ini Diy Nak Buat Rod Penggantung Langsir Guna Paip Pvc Dengan Modal Murah

Lebih 20k Perkongsian Ini Diy Nak Buat Rod Penggantung Langsir Guna Paip Pvc Dengan Modal Murah

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 1174 hits
Langsir jenis ring yang menggunakan batang kayu rod menjadi pilihan ramai kerana lebih kemas dan mudah untuk dipasang Namun kayu rod yang digunakan agak mahal dan menelan belanja yang besar Ditambah dengan upah pemasangannya ramai yang terp...
15 Tips Membeli Tiket Flight Lebih Murah

15 Tips Membeli Tiket Flight Lebih Murah

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 364 hits
1 Tempah awal tetapi jangan terlalu awal Tempah tiket sekurang kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh penerbangan Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh Maka sist...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp