Kadar Harga Gunting Rambut Sejajar Kos Tambahan Jangan Caj Rm10 Bagi Barangan Rm3 80 Alexander Nanta Linggi


Kadar baru harga gunting rambut mestilah sejajar kos tambahan yang terpaksa ditanggung pekedai dan bukannya membebankan pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, hanya kos barangan yang terlibat dalam pencegahan Covid-19 boleh dicaj kepada pelanggan, selain kos asal upah gunting rambut.

“Sebagai contoh, sekiranya proses menggunting rambut hanya melibatkan penggunaan pemakaian topeng, apron pakai buang, sarung tangan dan cecair pensanitasi tangan, maka hanya kos barangan terlibat ini saja yang boleh dicaj kepada pelanggan selain kos asal upah gunting,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sambil memberi contoh barangan tambahan ialah apron plastik penutup badan pengguna yang berharga RM3, kos sarung tangan RM0.50 dan cecair pensanitasi tangan RM0.30, Nanta berkata jumlah kos tambahan yang boleh dikenakan ialah RM3.80 saja dan pengusaha kedai gunting tidak boleh mengenakan caj tambahan sehingga RM10.



Katanya, anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat pemeriksaan ke atas premis gunting rambut dan salun kecantikan bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan serta membebankan pengguna.

Sabtu lalu, caj gunting dan dandanan dilapor akan dinaikkan antara RM5 hingga RM10 bagi setiap pelanggan susulan peningkatan kos operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi perkhidmatan itu.

Nanta turut menyarankan premis gunting rambut dan kecantikan mempamerkan senarai harga setiap barangan tambahan serta caj servis pemotongan rambut bagi membolehkan pelanggan menyemak harga terlebih dahulu dan mengelak kekeliruan.

Pengguna boleh membuat aduan kepada KPDNHEP terhadap mana-mana kedai gunting rambut serta salun kecantikan yang mengenakan caj berlebihan tidak munasabah.


Kes boleh disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP), katanya.

Aduan boleh dibuat melalui WhatsApp di nombor 019-2794 317 atau mana-mana bilik gerakan atau melalui pusat panggilan 1 800 886 800 atau e-mel kepada [email protected].

Kerajaan membenarkan kedai gunting rambut dan salun kecantikan beroperasi semula mulai 10 Jun ini dengan SOP ketat selepas sektor itu ditutup ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/kadar-harga-gunting-rambut-sejajar-kos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Caj Rm10 Bagi Barangan Rm3 80 Kata Menteri

Jangan Caj Rm10 Bagi Barangan Rm3 80 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 490 hits
Kerajaan membenarkan kedai gunting rambut dan salun kecantikan beroperasisemula mulai 10 Jun ini dengan pematuhan SOP ketat PUTRAJAYA Kadar baru harga gunting rambut mestilah sejajar kos tambahan yang terpaksa ditanggung pekedai dan bukanny...
Caj Tambahan Gunting Serta Dandanan Rambut Naik Mendadak

Caj Tambahan Gunting Serta Dandanan Rambut Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 449 hits
Caj pemotongan dan dandanan rambut akan dinaikkan antara RM5 hingga RM10 bagi setiap pelanggan Ia berikutan peningkatan kos operasi untuk menyediakan peralatan diperlukan operator kedai gunting atau salun dandanan rambut bagi mematuhi prose...
Pastikan Caj Tambahan Khidmat Gunting Rambut Berpatutan Kpdnhep

Pastikan Caj Tambahan Khidmat Gunting Rambut Berpatutan Kpdnhep

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 303 hits
Penyedia perkhidmatan dandanan dan gunting rambut hanya dibenarkan mengenakan caj tambahan untuk dua barangan kegunaan pelanggan melibatkan alas gunting rambut pakai buang dan set sarung tangan sahaja Menurut Pengarah Penguatkuasa Kementeri...
Kenaikan Caj Gunting Rambut Pada Kadar Berpatutan

Kenaikan Caj Gunting Rambut Pada Kadar Berpatutan

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 427 hits
Oleh Nooreni Abu BakarDUNGUN 7 Jun Caj perkhidmatan gunting rambut di negeri ini dijangka akan dinaikkan pada kadar berpatutan antara RM5 hingga RM10 susulan peningkatan kos operasi pematuhan prosedur operasi standard terhadap perkhidmatan ...
633 Notis Atas Caj Gunting Rambut Berbeza Tak Munasabah

633 Notis Atas Caj Gunting Rambut Berbeza Tak Munasabah

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 344 hits
KUALA TERENGGANU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengeluarkan 633 notis kepada pemilik kedai gunting rambut sepanjang Ops Catut 7 0 yang bermula 10 Jun lalu Timbalan Menterinya Rosol Wahid berkata notis itu dikel...
Kedai Gunting Rambut Pasar Terbuka Pasar Pagi Pasar Malam Dan Bazaria Dibuka Semula Dengan Sop Ketat

Kedai Gunting Rambut Pasar Terbuka Pasar Pagi Pasar Malam Dan Bazaria Dibuka Semula Dengan Sop Ketat

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 730 hits
Kerajaan akan membenarkan pasar terbuka pasar pagi pasar malam serta bazaria beroperasi mulai 15 Jun 2020 dengan SOP yang ketat Menurut Menteri Kanan YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob waktu operasi pasar pasar ini juga turut telah ditetapkan ...
Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Semula Mengikut Sop Bermula 10 Jun

Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Semula Mengikut Sop Bermula 10 Jun

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 539 hits
Sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan dapat dilihat sejumlah besar kedai serta premis terpaksa ditutup dalam usaha untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID 19 Hampir tiga bulan dijalankan nampaknya PKP dan PKPB sudah mul...
Salun Kembali Beroperasi Fikry Ibrahim Kenakan Caj Tambahan Rm5

Salun Kembali Beroperasi Fikry Ibrahim Kenakan Caj Tambahan Rm5

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 384 hits
Pemilik salun Dashing Diva Putrajaya Fikry Ibrahim bakal mengenakan caj tambahan RM5 untuk perkhidmatan yang diberikan berkuat kuasa Rabu ini Perkara itu tercetus susulan perbincangan yang dibuat oleh Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera...
Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sifat Perangai Mengikut Bulan Kelahiran Tepat Ke Tak

Tadabbur Al Quran Jalan Menuju Hati Yang Hidup

Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Buah Yang Bagus Diambil Di Waktu Pagi

Kisah Raya Aidiladha 2025