Terbang Ke Kuching Dengan Mas
Diari ringkas penerbangan ke Kuching di Sarawak di Malaysia.
Kembara Bermula4:30 pagi
Bergerak ke Stesen ERL Salak Tinggi untuk letak kereta di sana.
Terlepas Tren ERL5:00 pagi
Tiba di Stesen ERL Salak Tinggi, tetapi kami terlepas keretapi jam 5:00 pagi.
Terpaksa tunggu tren seterusnya jam 5:25 pagi.
Sepatutnya kami tiba di KLIA pada jam 5:00 pagi untuk daftar masuk.
Kami menunggu di Platform 4 untuk naik tren ke KLIA. Di platform ini juga orang ramai menanti tren ke KLIA 2.
Master sempat topup kad Touch 'n Go di kiosk layan diri yang disediakan di Stesen ERL Salak Tinggi.
Di hadapan Stesen ERL Salak Tinggi ni dah ada Le Park Sunsuria City Kota Warisan. Tak tahulah apa benda Le Park ni, mungkin ia Taman untuk orang melepak?
Di Stesen ERL Salak Tinggi ni turut ada pusat kongsi basikal Sunsuria.
Menaiki ERL5:25 pagi
Tren sampai. Stroller Aina sangkut semasa memasuki tren kerana ada ruang antara platform dan tren.
Nasib baik ada pakcik yang telah tolong angkat stroller Nor Aina.
Daftar Masuk di Kaunter5:48
Kami daftar masuk di kaunter. Terpaksa check in di kaunter sebab ada baby.
Jika tidak, boleh check in guna website atau self check in kiosk.
Boarding time06:26 pagi
Master menunggu dalam Balai Berlepas, sementara Mommy gi surau. Master dah pergi tadi. Surau lelaki ada sebuah, jauh pula, berhampiran Marrybrown.
Surau perempuan pula ada tiga buah dan terletak agak berdekatan dengan Balai Berlepas.
Logik juga sebab lelaki mungkin kurang masalah untuk berjalan jauh manakala perempuan lebih bermasalah untuk jalan jauh (kecuali dalam shopping complex).
Master duduk di priority seating di hadapan sebelum uncle yang jaga Balai Berlepas ni bagi sticker untuk claim stroller nanti. Sticker itu ditampal pada boarding pass si baby Aina.
Nor Aina sudah lama terlelap. Tedi pula rasa agak lapar. Minta-minta MAS sediakan kacang atau kudapan untuk kami.
Flight MH 2542 ke Kuching dijadualkan berlepas pada jam 07:10 dan boarding time pada 06:40.
Boarding time ialah masa kita diizinkan memasuki kapal terbang.
Makanan Disediakan RupanyaRupa-rupanya dalam flight MAS kita diberikan makanan. Tak macam AirAsia yang kita kena beli.
Bila pramugara tu offer minuman, Master dengan Mommy mula-mula menolak, sebab ingatkan kena bayar, tapi disebabkan cara pramugara tu offer macam bermaksud, betul ka taknak ni?
Master terima juga pada akhirnya, free aja rupanya, hihihi... Percuma tu maksudnya kita tak payah bayar asing, semuanya mungkin dah termasuk dalam tambang kapal terbang Malaysia
Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak.09:10
Sasaran utama kami para penumpang kapal terbang selepas mendarat adalah tandas. Malangnya tandas di Balai Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ini jauh ke hujung.
Teringat Tedi tentang Lapangan Terbang di Thailand yang mana para penumpang disambut oleh deretan tandas-tandas di koridor menuju ke Balai Ketibaan. Rekabentuk itu tampak memahami kehendak para pengguna Lapangan Terbang.
Kami bukan sahaja mahu membuang air kecil atau air besar setelah berjam-jam duduk dalam perut kapal terbang, tetapi ada juga yang mahu berhias untuk tampak kacak atau juga jelita.
16 Disember 2017
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2017/12/terbang-ke-kuching-dengan-mas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29