Teraso Salai Masak Lemak Cili Api Enak Di Kampung Baru Kl


TERASO SALAI : MASAK LEMAK CILI API ENAK DI KAMPUNG BARU KL | Assalamualaikum semua.. Dulu aku pernah duduk di Negeri Sembilan selama 5 tahun. Jadi sememangnya aku sentiasa dihidangkan dengan menu masak lemak cili api. Opps, ni bukan masak lemak cili api yang biasa tu tau tapi sebaliknya menggunakan bahan yang disalai terlebih dahulu. Ada beza tau dari segi rasa dia. Tapi sekarang bila dah duduk di Kuala Lumpur, susah nak cari restoran yang ada jual menu salai masak lemak cili api ni sehingga la aku bertemu dengan satu lokasi yang terletak di Kampung Baru iaitu Teraso Salai


Ok cerita dia macam ni. Satu hari tu aku ternampak satu post kat facebook yang dimuat naik oleh Saudara Kid. Dia ada buat pertanyaan kat mana lokasi itik salai masak lemak cili api. Perghh, ramai tu yang respon tapi semua suggestion lokasi jauh-jauh belaka. Aku yang memang teringin nak makan itik salai pun follow juga la thread conversation kat FB dia sehingga la aku ternampak satu komen yang suggest menu salai di Teraso Salai. Rupanya neyra dah pergi tempat ni dan dah cuba, sedap katanya. Jadi apa lagi aku pun usha la Teraso Salai ni


So, hujung minggu lalu aku pun menuju ke lokasi yang disebut-sebut untuk mencuba sendiri keenakan menu salai kat Teraso Salai. Mula-mula ingatkan restoran, rupanya Teraso Salai ni berkonsepkan stall tetapi di dalam kawasan yang berbumbung. So, kalau korang yang selalu datang ke Kampung Baru mesti tau Restoran Gerak 23. Ha, kat dalam tu la. Ada juga beberapa gerai lain yang menjual pelbagai jenis makanan dan ada juga nasi campur. Tapi bila dah tujuannya nak makan itik salai, so tak pandang dah menu lain. hehe..


Nin dia gerai Teraso Salai. Kat sini hanya menjual menu salai masak lemak cili api sahaja. Ada 4 pilihan iaitu daging, ayam, ikan keli dan yang paling special itik. Kesemua bahan ni telah disalai terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah dan dipanaskan bila ada permintaan pelanggan. Setiap pilihan menu dihidangkan bersama set nasi bersama ikan masin, timun dan sambal.


Memandangkan aku datang berempat, maka kami membuat keputusan untuk memesan keempat-empat menu. Bukan apa, boleh kongsi-kongsi dan sekaligus dapat rasa semua kan. hehe.. bijak tak?? Kira macam konsep makan hidang la. Memandangkan lauk dah separuh masak, maka masa menunggu pun tak lama. Jadi sesuai sangat la untuk mereka yang bekerja datang makan time lunch.


Bismillah.. bila suap aje ke mulut, perghh.. terus teringat memori masa duduk di Negeri Sembilan dullu. Ini lah rasa yang aku cari selama ni. Menu salai yang betul-betul terasa salainya. Bukan ala-ala panggang gitu. Bila ditanya tuan kedai, rupanya teknik salai yang mereka gunakan berbeza dan itu yang menjadikan rasa daging, ayam, keli mahupun itiknya istimewa. Ok ni ada tips nak bagitau, kalau korang datang makan kat sini, pastikan setiap suapan dilimpahi dengan kuahnya yang pekat. Memang terangkat laaa... eh, jangan risau, kuah dia tak pedas sangat sebab menurut tuan kedai ada pelanggan yang tak makan pedas. Jadi sebagai alternatif, sambal disediakan berasingan dan kita boleh tambah sendiri mengikut tahap kepedasan kita. Ha, so don't worry ye..


Harga Set Menu di Teraso Salai :Set Keli Salai Masak Cili Api : RM6.00Set Ayam Salai Masak Cili Api : RM7.00Set Daging Salai Masak Cili Api : RM8.00Set Itik Salai Masak Cili Api : RM9.00
Alhamdulillah, secara keseluruhannya memang puas hati dapat merasai menu salai di Teraso Salai ni. Kalau korang tanya sedap ke tidak, tak keterlaluan kalau aku cakap inilah lokasi menu salai terbaik di Kuala Lumpur. Aku pasti akan datang lagi ke sini. So, kalau korang nak datang, boleh rujuk info kat bawah ni.


Alamat : Restoran Gerak 23, Kampung Baru, Kuala Lumpur
Facebook : https://www.facebook.com/salaiteraso
Instagram : https://www.instagram.com/teraso_salai




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2018/12/teraso-salai-masak-lemak-cili-api-enak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Masak Lemak Cili Api Ketam By Suria Amanda

Resepi Masak Lemak Cili Api Ketam By Suria Amanda

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 832 hits
Sebenarnya dah buntu tak tau nak update apa terus teringat nak share resepi ketam masak lemak cili api ni konsep nya sama jer macam masak lemak cili api biasa yang SA masak cuma untuk ketam ni SA masakkan santan dulu baru masukkan ketam seb...
Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 4233 hits
Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Pedas Dan Sedap Ikan tenggiri merupakan sejenis dengan ikan tuna tongkol makerel dan kembung Tenggiri banyak disukai orang dijual dalam bentuk segar ikan kering atau diolah menjadi keropok Bila bab masak l...
Kawasan Kampung Baru Cherating Kini Mula Di Naiki Air Banjir

Kawasan Kampung Baru Cherating Kini Mula Di Naiki Air Banjir

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 610 hits
KUANTAN Hujan lebat dengan bacaan kira kira 31 milimeter sejak semalam menyebabkan daerah ini mula mengalami banjir pagi tadi Dalam kejadian di Kampung Baru Cherating dekat sini seramai lima mangsa membabitkan satu keluarga dipindahkan ke p...
Lauk Kampung Berasas Santan Enak Dan Berlemak

Lauk Kampung Berasas Santan Enak Dan Berlemak

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 644 hits
Masakan bersantan bukan lagi asing di dalam hidangan masakan melayu Hidangan yang dilimpahi santan menjadikannya lebih enak dan berlemak Biarpun penggunaan santan boleh digantikan dengan susu cair namun rasanya tidak dapat ditandingi Rasai ...
Labu Kuning Masak Lemak

Labu Kuning Masak Lemak

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 874 hits
Labu Kuning Masak LemakAsalamualaikum Salam Sejahtera Semua Rupa masakan mama Labu Kuning Masak Lemak katanya Resipinya ialah Bahan Bahannya Labu kuning di potong ikut suka anda Ikan bilis kopek Sayur daun Serbuk santan Serbuk kari sayuran ...
Masak Lemak Pucuk Paku

Masak Lemak Pucuk Paku

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 661 hits
AssalamualaikumGambar lama yang bersawang dalam phone Masakan orang kampung yang senang tapi sedap 10 minit je dah siap Kena ada ikan goreng baru layan Bahan bahan 1 ikat pucuk pakuSegenggam ikan bilis2 ulas bawang merah15 biji cili padi tu...
Ayam Goreng Kunyit Cili Api

Ayam Goreng Kunyit Cili Api

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 832 hits
Hello pembaca pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak sembang sembang sikit dengan you all semua Bukan topik hot atau gossip atau politik nak sembang pasal cerita dari dapur kita je Hari tu kan kawan baik Misz ella Puan Sri Nisa Bakri bag...
Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping

Persiapan Sekolah Dan Perbelanjaan Asrama 2025

180 Video Belajar Iqro 1 6 Dari Yufid Tv

Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes