Terasa Hembusan Nafasnya Singgah Ke Telinga Kisah Seram Di Resort Kuantan


The Reporter

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

SUDAH agak lama aku ingin menukilkan pengalaman saya bersama makhluk Allah yang tidak kelihatan ini. Walaupun sejak aku mampu mengingat, terlalu banyak pengalaman aku. Tetapi kisah yang bakal terpapar di skrin anda adalah yang teseram. 
Kisahnya bermula apabila aku meerima tawaran pekerjaan sebagai Night Auditor di sebuah restor yang baru beroperasi di Kuantan, Pahang. Bekas pengurus di resort berdekatan menawarkan aku pekerjaan tersebut selepas dia menilai prestasi aku bekerja bersama dengannya. 
Hari pertama aku lalui dengan sesi mengenalkan aku dengan proses kerja di situ. Sebagai sebuah resort yang baru beroperasi, ada banyak perkara yang aku perlu pelajari. 
Seminggu pertama, keadaan agak tenang. Dengan desiran angin laut di lobi terbuka, membuatkan aku mula jatuh cinta pada pekerjaan ini dan aku berkesempatan melihat matahari naik setiap subuh, membuatkan aku rasa lebih menghargai keindahan alam. 
Malam kelapan, segalanya bermula. Seperti biasa aku memulakan tugas pada jam 11:00 malam. Ya, itulah kehidupan aku sebagai night auditor. Bermula jam 11:00 malam, berakhir jam 7:00 pagi keesokan harinya. Cuma sedikit kelebihan bekerja di waktu ini, tiada kerenah pengurusan yang harus aku hadapi dan aku boleh tidur sebentar selepas menyelesaikan segala tugasan aku. 
Malam itu, setelah selesaikan tugas menutup akaun operasi resort untuk hari itu, kira-kira jam 2:00 pagi aku melelapkan mata sebentara di atas sofa berhadapan dengan kaunter. Aku berbaring di situ dan perlahan-lahan aku hanyut ke alam mimpi, ditemani dengan deruan angin laut yang menenangkan. 
Beberapa jam selepa situ, aku merasakan ibu jari kaki ditarik dengan kuat, membuatkan aku tersentak. Aku lihat jam menunjukkan jam 5:00 pagi dan itu adalah masa aku meneruskan tugasan aku sebelum menyerahkan tugas kepada teman sekerja bagi syif yang seterusnya. 
Tanpa berfikir panjang, aku bangun dan kembali ke meja. Aku tekan butang untuk cetak bagi menyiapkan laporan harian. 
Suasana terasa sedikit berbeza pada subuh itu. Desiran angin sedikit sejuk berbanding hari-hari lain. Suasana di lobi juga kelihatan agak kelam walaupun semua lampu dinyalakan. Tidak mahu berfikiran negatif, aku terus menunggu semua laporan aku siap dicetak. 
Dalam keriuhan mesin pencetak itu, tiba-tiba aku terasa satu deruan angin yang sangat pantas dan dingin menyentuh kulit wajah. Dalam masa yang sama, semua bulu roma berdiri tegak. Aku mula tak senang duduk apabila terasa seperti ada seseorang yang memerhatikan aku. 
Semakin lama semakin kuat aura yang dipancarkan. Terasa seperti ada orang sedang berdiri di belakang dan memerhatikan apa yang aku lakukan. Kemudian ada sedikit sentuhan di bahu kiri serta terasa seperti hembusan nafas lembut meniup cuping telinga. 
Aku masih bertahan walaupun ketakutan melanda diri. Semakin aku bertahan, semakin rancak ia mengganggu aku. Kerusi terasa seperti ditarik, bunyi lif yang terletak 50 meter dari kaunter, berterusan turun naik dan berhenti di setiap tingkat tanpa ada yang turun atau naik. 
Kemuncak aku diganggu apabila aku merasakan bisikan lembut dengan bahasa yang tidak difahami singgah di cuping telinga aku sekali lagi. 
Aku kemaskan meja, kunci laci berisi wang dan memecut naik ke asrama penginapan aku di tingkat tiga. Aku tak gunakan lif, sebaliknya menaiki tangga dengan kudrat yang ada. 
Sampai di asrama, aku lihat rakan-rakan sekerja semua sedang berkampung di luar unit asrama kami. Ada yang merokok, berbual sesama sendiri, malah ada yang tidur di kaki lima balkoni apartment itu. 
Sampai di situ, aku bertanya kenapa mereka semua berkumpul di luar, sedangkan masing-masing perlu bekerja dalam tempoh sejam lagi? Mereka mula membuka mulut bercerita. 
Menurut mereka, sejak tengah malam lagi mereka sudah diganggu. Pintu bilik diketuk berselang-seli. Bunyi periuk belanga berlaga seolah-olah ada yang memasak mengganggu masa rehat mereka. 
Bagi yang tidur di ruang tamu asrama, mereka diganggu dengan lebih teruk. Selimut ditarik tanpa ada sesiapa. TV terpasang sendiri, telefon berdering tanpa henti, apabila diangkat gagangnya hanya hembusan nafas sahaja yang kedengaran. 
Bagi bilik yang mempunyai bilik mandi, bunyi seseorang sedang mandi dan bermain air di dalam tab mandi. Ada juga yang terdengar seolah-olah sebuah keluarga sedang bersiap sedia untuk menghadapi hari seterusnya. 
Langkah kaki anak-anak berlari dari ruang dapur ke ruang rehat jelas kedengaran bersama dengan suara ketawa yang menyeramkan. Pintu sliding diketuk dari luar, sedangkan asrama kami di tingkat tiga. Setiap tingkat diketuk dan terbuka sendiri. 
Menurut salah seorang kawan aku, bilik aku yang kosong seolah-olah ada yang mendiami. Suara dari TV kedengaran jelas tetapi siaran bukanlah dalam bahasa yang biasa didengari. Pintu bilik aku seperti diketuk dari dalam berulang kali. Juga ada bunyi seseorang mandi berterusan sehingga jam 5:00 pagi. 

Kemuncak mereka diganggu apabila semua pintu, tingkap dan pintu sliding terbuka serentak. Deruan angin yang kuat menyerbu masuk diiringi dengan suara hilaian ketawa wanita dan kanak-kanak. 
Itulah sebab mereka semua berkampung di luar rumah. 
Selepas berbual beberapa ketika, barulah salah seorang kawan aku bertanya apa yang aku buat di atas, sedangkan syif aku belum berakhir. Aku mula menceritakan apa yang terjadi di bawah tadi. Semua mendengar dengan tekun dan reaksi wajah mereka pucat seperti tiada langsung darah dalam tubuh badan mereka. 
Selepas berbincang beberapa ketika, kami membuat keputusan untuk masuk ke rumah dan melihat keadaannya. Kami terkejut sedikit kerana keadaan dalam rumah berselerak seolah-olah ada yang tidak menggemari kehadiran kami di sini. Pakaian kami berterabur di dalam rumah. TV seolah-olah ditendang dan berada di atas lantai

Akhirya kami semua setuju untuk tidak masuk ke dalam rumah sehinggalah keadaan di luar menjadi terang. 
Pagi itu, kami menceritakan apa yagn terjadi pada kami pada malam sebelumnya. Pakcik ini mendengar kisah kami dengan senyuman lebar dan katanya, tapak restor ini sebenarnya dibina di atas tapak perkuburan lama yang ditebusguna. Dia sudah bekerja di sini sejak kerja-kerja pembinaan bermula dan itu adalah perkara biasa buatnya. 
Menurut pakcik ini, selepas pembinaan ini sudah siap tetapi masih menunggu perabot dihantar, dia terpaksa tidur di pondok pengawal. Tidak semena-mena pintu pondok itu diketuk membuatkan dia terbangun dan membuka pintu. Tetapi apa yang dia lihat adalah seorang wanita tua yang tidak kelihatan wajahnya sedang menarik bungkusan putih melalui pondok itu. 
Bungkusan itu kelihatan seakan-akan bergerak-gerak. Lama dia memerhatikan dan akhirnya baru jelas bahawa bungkusan itu adalah kain kafan. 
Sejak malam itu, 'merekalah' yang menjadi peneman setia aku bekerja setiap malam dan ketiadaan 'mereka' membuatkan malam aku menjadi sangat sunyi dan membosankan. 
ITu cuma permulaan pada kehidupan yang 'indah' buat aku sepanjang setahun berkhidmat di situ. Gangguan begitu sudah menjadi teman rapat dalam mengharung kesunyian malam setiap hari. 
Pernah juga ada satu malam itu aku rasakan tiada gangguan langsung. Sebagai manusia, terdetik di hati kenapa keadaan amat sunyi malam itu. Sebaik habis pertanyaan itu kepada diri aku, lif secara tiba-tiba bergerak tanpa ada yang menaikinya. Bunyi bola bergesel sesama sendiri di meja pool di games room dan derauan angin pantas melalui di hadapan aku dan berakhir dengan bunyi sesuatu terjun ke dalam swimming pool. 
Itulah pengalaman aku sepanjang bekerja di bidang perhotelan. Banyak lagi kisah seram yang aku alami. Biarlah semua itu menjadi sebahagian daripada pengalaman indah hidup aku. 
Sumber: Nairulhizam Yunus, Fiksyen Shasha

April 13, 2019 at 05:33PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/04/terasa-hembusan-nafasnya-singgah-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Seram Bersama Blue Ant Extreme

Kisah Seram Bersama Blue Ant Extreme

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 453 hits
KISAH SERAM BERSAMA BLUE ANT EXTREME Haiii Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang Lama nau mummy dok fikir dan macam mana nak siapkan entri kisah seram ni Korang ada kisah seram yang nak di kongsikan tak Sebenarnya mummy ni boleh di k...
Kisah Seram Jalan Beluran Telupid Sabah

Kisah Seram Jalan Beluran Telupid Sabah

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 680 hits
Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh Ini adalah kisah pertama aku sajikan untuk pembaca tegar sekalian Walaupun kisah aku ini tidaklah seseram mana macam cerita Conjuring tu Tak apa lah yang penting ianya tetap menjadi sejarah dan seba...
Best Staycation Di Hyatt Regency Kuantan Resort

Best Staycation Di Hyatt Regency Kuantan Resort

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 1144 hits
Best Staycation di Hyatt Regency Kuantan Resort l Assalamualaikum Masa balik Terengganu baru baru ni Ana tak plan nak singgah Kuantan pun Tapi last minute En Suami setuju untuk sambung bercuti untuk semalam lagi On sangat sangat lah kan So ...
Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort Hotel

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort Hotel

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 653 hits
KISAH LUMUT ECO RUN 2019 DAN MARINA ISLAND PANGKOR RESORT HOTEL Assalamualaikum semua Bila sebut pasal larian memang payah sangat aku nak join Bukan apa aku kesian kat para crew nanti kena kerja extra time semata mata nak tunggu ketibaan ak...
Kisah Nenek 71 Tahun Dapat Hadiah Rumah Dari Miliuner

Kisah Nenek 71 Tahun Dapat Hadiah Rumah Dari Miliuner

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 375 hits
Aksi nenek ini menjadi viral setelah fotonya membawa sekarung besar berisi barang bantuan untuk korban bencana di kepalanya
Kisah Nabi Muhammad

Kisah Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 448 hits
Kisah Nabi Muhammad Inilah Kalimat yang Diajarkan Nabi Ibrahim kepada Nabi Muhammad ketika Isra Mi rajby ADA sebuah kalimat yang diajarkan Nabi Ibrahim alaihis salam pada Nabi kita Muhammad shallallahu alaihi wa sallampada malam Isra Mi raj...
Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri

Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 725 hits
Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri Malaysia digemparkan dengan kehilangan Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan yang disahkan hilang ketika mengikuti acara larian Gopeng U...
Kisah Di Page Krt Rekaan Ataupun Benar

Kisah Di Page Krt Rekaan Ataupun Benar

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 348 hits
SOSMED Beberapa hari lepas admin page Kisah Rumah Tangga telah menularkan kisah seorang isteri yang enggan membuat laporan polis meskipun anak kandungnya mengalami gangguan seksual Anaknya itu mengalami gangguan seksual dari bapa tirinya ya...
Kisah Siswa Sd Di Bali Jalan Kaki 20 Km Ke Sekolah Tiap Hari Pernah Terpaksa Nginap Di Rumah Teman

Kisah Siswa Sd Di Bali Jalan Kaki 20 Km Ke Sekolah Tiap Hari Pernah Terpaksa Nginap Di Rumah Teman

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 330 hits
Jarum jam menunjukan pukul 05 00 WITA Udara sekitar Gulinten Desa Bunutan Kecamatan Abang Kabupaten Karangasem dingin dan menusuk tubuh Kabut tebal turun dari bebukitan serta menutupi kampung Sebagian besar warga masih tidur ditemani selimu...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan