Tepung Bungkus Kelantan Yang Sangat Nostalgia




Kuih tepung bungkus adalah salah satu sejarah hidup saya. Saya membesar dengan kuih tepung bungkus Wak Siti. Kuih tepung bungkus Wak Siti lah yang paling legend. Tak jumpa dah sehingga kini yang sesedap itu. 
Sejak kecil hanya tahu tepung bungkus Wak Siti. Wak Siti tinggal di rumah berdindingkan buluh seorang diri. Kami budak budak kampung di kawasan situ, suka jer kalau dapat ke rumah Wak Siti untuk mengisar beras untuk dijadikan tepung beras bagi kuih tepung bungkus. Wak Siti akan bagi upah pada siapa yang mengisar beras.
Ada kala masa perangai nakal datang, kami akan merangkak masuk bawah rumah Wak Siti mencari duit siling Wak Siti yang jatuh melalui lubang lantai papan. Masa tu, duit 5 sen pun besar nilainya. Hahaha. 

Sekarang agak susah untuk mencari tepung bungkus yang sedap. Memang susah. Ada masanya tepung bungkus keras dan tidak ada rasa lemak pun. Inti pun tidak sedap. Kalau zaman dulu, bayi kecil pun diberi makan tepung bungkus sebagai makanan permulaan mereka.

Kuih tepung bungkus saya hari ini boleh dikatakan menjadi lah walaupun kejadiannya tidak secantik yang seharusnya. Daun pisang yang ada tidak cukup besar, jadi bungkusan tepung bungkus tidak kemas cantik. 
Sepatutnya bila dibuka bungkuasan daun pisang, badan tepung bungkus akan jadi licin cantik, bukan berlekuk macam kuih yang saya sediakan. 

Asalnya saya guna resepi seorang Chef terkenal yang terdapat dalam buku masakan beliau tapi tak menjadi. Resepi beliau guna 1 cawan tepung beras dan 2 cawan santan sahaja. Tapi bila saya memasaknya atas dapur, ianya terlalu keras, sehingga saya terpaksa menambah air panas dan mengacaunya sehingga adunan licin. 

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaanya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Tepung Bungkus KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan inti1/2 biji kelapa parut muda1 keping gula melaka½ cawan gula merah - untuk warna cantik2-3 sudu besar gula pasir 1 helai daun pandan
1 cawan air 

Masak air dengan semua gula dan daun pandan. Bila air gula sudah mendidih, masukkan kelapa dan masak hingga kelapa agak pekat dan kering.

Tambah gula putih jika masih kurang manis. Perasakan dengan secubit garam. Gentel inti bulat bulat.

Nota: 
Inti agak manis, jadi ia akan melekit. Jika kurang manis, inti akan berderai. Jika adunan berderai, masukkan 1 sudu besar tepung jagung dan masak hingga inti agak kering dan melekit. 

Inti boleh dibuat banyak banyak dan simpan dalam bekas dan masuk dalam peti ais. Boleh tahan sehingga 2 bulan.

Bahan Pembalut Inti:1 cawan tepung beras pulut

½ cawan air atau secukupnya

Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. 

Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan inti. 


Bungkus inti dengan doh tepung pulut. Buat sehingga habis. Ketepikan. Nota: boleh buat sebelah malam dan masukkan dalam bekas disimpan dalam peti ais untuk kegunaan keesokannya. 
Bahan tepung bungkus:1 cawan tepung beras2 cawan santan pekat3 cawan air - sebelum ni guna 300 ml air½ sudu kecil garamDaun pisang secukupnya
Satukan santan dengan tepung dan air sehingga larut. Masukkan garam.
Nyalakan api dan kacau dengan api perlahan sehingga adunan menjadi kental. Jangan risau jika adunan menjadi sedikit berketul ketul. Kacau dengan cepat sehingga adunan menjadi licin. 
Ambil 1½ sudu adunan dan letak atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti di kiri dan kanan. Ceduk lagi 1½ sudu adunan ke atas inti. Balut dengan kemas dan dilipat di hujung kiri dan kanan. 
Nota: ada yang masukkan inti ke dalam adunan. Kemudian ceduk adunan bersama 2 inti ke atas daun pisang.

Susun dalam loyang dan kukus kira-kira 10 minit. Jika telah nampak wap keluar dari penutup pengukus, biarkan dalam 2-3 minit lagi untuk memastikan bahagian tepung pulut benar-benar masak.

Nota: Cara lain untuk memastikan sama ada kuih telah masak atau tidak, daun pisang pembalut kuih akan kelihatan sedikit terbuka dan mengembang.

Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/01/tepung-bungkus-kelantan-yang-sangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Botol Kayangan Anak Bekas Menteri Umno Anggap Teruk Sangat Orang Bebal

Air Botol Kayangan Anak Bekas Menteri Umno Anggap Teruk Sangat Orang Bebal

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 164 hits
Oleh FAZLI RADZI February 3 2022 Mohamed Nedim Nazri menempelak sikap orang ramai di media sosial yang membangkitkan isu air botol mineral jenama Evian Anak bekas menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga kini Ahli Parlimen...
Servis Penghantaran Foodpanda Sangat Mengecewakan

Servis Penghantaran Foodpanda Sangat Mengecewakan

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 197 hits
SERVIS PENGHANTARAN FOODPANDA SANGAT MENGECEWAKAN Tengok tajuk pun dah terlalu gempak tapi apakata korang baca dahulu pengalaman Cikza sendiri dalam menggunakan servis Foodpanda ni Sejujurnya Cikza bukanlah rajin sangat nak buat tempahan ma...
Minister Kelantan Received Rm400m Petroleum Money In 2020 2021

Minister Kelantan Received Rm400m Petroleum Money In 2020 2021

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 199 hits
The Kelantan government has received an allocation of RM400 million from oil income for the years 2020 and 2021 according to Finance Minister Tengku Zafrul Tengku Aziz He said the amount took into account five percent from the output of oil...
Jarang Tersorot Ini 5 Potret Rumah Christine Hakim Yang Luas Dan Sangat Asri

Jarang Tersorot Ini 5 Potret Rumah Christine Hakim Yang Luas Dan Sangat Asri

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 210 hits
Selama ini kediaman artis senior Christine Hakim nyaris tak pernah tersorot Rumahnya sangat luas nyaman asri dan juga artistik Dilengkapi kolam renang intip yuk beberapa fotonya berikut ini
Pagi Sebelum Ke Rumah Pengasuh Baik Sangat Petang Maryam Pergi Selamanya

Pagi Sebelum Ke Rumah Pengasuh Baik Sangat Petang Maryam Pergi Selamanya

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 220 hits
Kehadiran cahaya mata comel yang diberi nama Puteri Maryam menjadi pelengkap dalam kehidupan pasangan suami isteri Mohd Amirul Baharudin 30 dan Nur Hasikin Ahmad 28 Bagaimanapun takdir Allah lebih dari segalanya apabila anak yang dilahirkan...
Hidup Ini Sangat Singkat Jika Mahu Pokok Yang Elok Tanam Biji Benih Yang Baik

Hidup Ini Sangat Singkat Jika Mahu Pokok Yang Elok Tanam Biji Benih Yang Baik

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 173 hits
Dah habis tahun 2021 dah habis sebulan pun tahun 2022 Pantas Begitu juga pantasnya tahun beralih dari 2019 kepada 2021 Terasa macam baru saja saya tulis ayat yang sama 2 tahun yang lalu Setiap tahun biasanya ada tulisan khas sempena menjela...
Husam Musa Kelantan Macam Lembu Kenyang Setiap Kali Terima Royalti Petroleum

Husam Musa Kelantan Macam Lembu Kenyang Setiap Kali Terima Royalti Petroleum

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 201 hits
FAZLI RADZIKetua AMANAH Bahagian Kota Bharu Datuk Husam Musa menempelak sikap kerajaan negeri Kelantan yang dilihat hanya berdiam diri selepas menerima hasil petroleum daripada Putrajaya sebanyak RM400 juta Bekas Naib Presiden AMANAH itu be...
What The Kelantan Oil Royalty Issue Is All About

What The Kelantan Oil Royalty Issue Is All About

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 257 hits
The row over oil royalty for Kelantan has been revived by those who claim the state has been unfairly deprived of what it deserves and that it has affected the state s development The Kelantan government and like minded activists have been ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy