Tepis Permintaan Bertentangan Islam Perlembagaan Agong


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah, institusi agama kerap menerima tekanan daripada luar seperti pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha mereka menegakkan hak asasi manusia namun bertentangan dengan syariat Islam dan Perlembagaan Persekutuan.
Baginda bertitah hanya kesatuan serta kerjasama yang kukuh dapat menepis segala permintaan yang bertentangan dengan syariat Islam serta Perlembagaan Persekutuan.
“Jabatan atau agensi agama kerap berdepan dengan isu-isu semasa berkaitan hak asasi manusia yang dituntut oleh sesetengah pihak sehingga suara mereka didengar di peringkat antarabangsa.
“Hanya kesatuan serta kerjasama yang kukuh dapat menepis segala permintaan yang bertentangan dengan syariat Islam serta Perlembagaan Persekutuan,” titah baginda ketika Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri di bawah naungan Seri Paduka Baginda di Istana Negara, di sini hari ini.
Majlis itu adalah julung kali diadakan bersama antara Istana Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas inisiatif Seri Paduka Baginda bagi memantapkan agensi-agensi agama supaya mempunyai keseragaman.
Selain itu penganjuran majlis berkenaan juga bertujuan mendapatkan perkembangan hal ehwal agama di negeri-negeri di bawah naungan baginda iaitu Pahang, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Sementara itu baginda bertitah pemerkasaan mahkamah syariah perlu dilaksanakan secara menyeluruh bermula daripada penyediaan sumber manusia yang terlatih, kemudahan infrastruktur dan sistem teknologi maklumat yang terkini serta penyusunan semula cara kerja bagi menghasilkan penyampaian perkhidmatan keadilan yang cekap dan efisien.
Titah baginda mahkamah syariah juga mesti diberikan kebebasan melaksanakan pentadbiran keadilan syariah menurut acuan prinsip syarak.
“Sebagai contoh fungsi pengendalian kes di mahkamah syariah tidak terhad kepada pengeluaran perintah sahaja bahkan melangkaui tanggungjawab memantau dan menguatkuasakan perintah yang telah dikeluarkan agar ianya dipatuhi dan dilaksana oleh pihak-pihak tertentu,” titah baginda.
Seri Paduka Baginda bertitah bagi tujuan penyelarasan fatwa berkaitan isu-isu yang ada hubungan dengan kepentingan nasional yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan telah diambil maklum oleh Majlis Raja-Raja, adalah disyorkan supaya negeri-negeri menerima pakai dan mewartakan fatwa tersebut di peringkat negeri masing-masing.
Titah baginda ia bertujuan menjadikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu sebagai fatwa rasmi dan hanya negeri-negeri yang mempunyai bidang kuasa untuk mewartakannya.
“Penyeragaman fatwa melalui penyiaran fatwa di dalam warta memperlihatkan solidariti negeri-negeri dalam isu-isu yang berkaitan dengan hukum syarak atau fatwa di negara ini.
“Ia juga akan memberikan gambaran dan imej yang positif terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini dalam konteks fatwa,” titah baginda.
Baginda bertitah terdapat beberapa undang-undang syariah utama telah diseragamkan di negeri-negeri namun masih terdapat satu undang-undang syariah utama yang masih belum diseragamkan iaitu undang-undang kesalahan jenayah syariah.
Baginda bertitah JAKIM melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil sedang berusaha untuk berunding dan berbincang dengan negeri-negeri bagi mendapatkan maklum balas dan persetujuan untuk meminda dan menyeragamkan undang-undang kesalahan jenayah syariah di negeri-negeri.
Seramai 27 peserta menghadiri majlis itu termasuk semua Pengerusi dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri, Mufti-mufti negeri, Ketua- Ketua Hakim Syarie dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri di bawah naungan baginda.
Empat kertas kerja turut dibentangkan pada majlis itu iaitu berkaitan cadangan Pelaksanaan Diat Dalam Sistem Keadilan di Malaysia, Penambahbaikan Pelaksanaan Hadhanah di Malaysia, Penyeragaraman Undang-undang Syariah Negeri-negeri di Malaysia dan Penyeragaman Fatwa Isu-isu Nasional di Malaysia. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/21/tepis-permintaan-bertentangan-islam-perlembagaan-agong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuja Tokong Mohon Maaf Kepada Umat Islam Di Malaysia

Pemuja Tokong Mohon Maaf Kepada Umat Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 316 hits
Pemuja tokong mohon maaf kepada umat Islam di Malaysia nbsp Dikemas kini 52 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Jun 2019 11
Hasil Penelitian Ini Ungkap 16 Cara Wahabi Hancurkan Sendi Sendi Islam

Hasil Penelitian Ini Ungkap 16 Cara Wahabi Hancurkan Sendi Sendi Islam

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 295 hits
Posted by serambimataSerambimata com Sebuah rangkuman dari hasil penelitian yang sederhana tapi logis bila dikaitkan dengan kejadian kejadian paling aktual di muka bumi ini Tak perlu menguji apakah penelitian itu benar benar dilakukan atau ...
Permohonan Maaf Berpakaian Ala Islam Sambil Membuat Ritual Keagamaan

Permohonan Maaf Berpakaian Ala Islam Sambil Membuat Ritual Keagamaan

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 297 hits
Individu yang terpalit dengan kontroversi yang sebelum ini viral dimedia sosial mengenai dengan klip video tular dimuat naik yang menunjukkan seorang lelaki Cina bersembahyang dengan berpakaian seakan akan pakaian Muslim hari ini tampil mem...
Rusia Diramal Bakal Dikuasai Penganut Islam

Rusia Diramal Bakal Dikuasai Penganut Islam

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 252 hits
Seorang Imam Besar Katolik Ortodoks Rusia Dmitri Smirnov menyampaikan khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaah Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik penganut Islam Berikut kandungan khutbah itu Kalian lihat ket...
Memisahkan Agama Dengan Politik Umpama Menolak Kesempurnaan Islam

Memisahkan Agama Dengan Politik Umpama Menolak Kesempurnaan Islam

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 832 hits
Satu aspek terbesar yang memainkan peranan dalam kehidupan manusia sejagat adalah politik Hendak atau tidak politik tetap berlaku dalam kehidupan setiap insan bagi menjadikan kehidupan mereka normal dan teratur Segala masalah yang berlaku d...
Kemenangan Ph Tragedi Menyedihkan Islam

Kemenangan Ph Tragedi Menyedihkan Islam

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 251 hits
Kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 lalu merupakan satu tragedi yang menyedihkan buat Islam dan penganutnya Ketua Dewan Muslimat Pas Nuridah Mohd Salleh berkata negara dipimpin oleh pemerintah yang tidak menampakkan kes...
Apabila Orang Kafir Mempertikai Kiblat Orang Islam

Apabila Orang Kafir Mempertikai Kiblat Orang Islam

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 223 hits
Saya terjumpa satu artikel dimana seorang pelajar yang mengkaji bible mempersoalkan qiblat orang Islam yang bertukar dari Petra ke Kaabah Link below Didalam AQ juga Allah ajar kita umat Islam bagaimana untuk menjawab soalan2 seperti ini jik...
Sardin Dalam Pouch Keluaran Bumiputera 100 Islam

Sardin Dalam Pouch Keluaran Bumiputera 100 Islam

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 669 hits
Kalau dulu sardin ni antara makanan backup bila poket tak berapa nak ada tapi sekarang dengan sardin pelbagai menu boleh disediakan Dua versi ikan sardin yang telah diproses iaitu Tomato dan Cili dipek dalam paket sedia untuk dimasak semula...
Mufti Perlis Hormati Pendirian Dr M Ajak Umat Islam Beri Sokongan

Mufti Perlis Hormati Pendirian Dr M Ajak Umat Islam Beri Sokongan

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 337 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata beliau menghormati pendirian perdana menteri mengenai status penceramah yang dikehendaki kerajaan India iaitu Dr Zakir Naik Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya beliau memuji ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya