5 Pemimpin Pertama Jumpa Dalam Sidang Kemuncak Asean 1976


5 Pemimpin Pertama Jumpa Dalam Sidang Kemuncak ASEAN 1976
Pada tahun 1976, sejarah tercipta di rantau Asia Tenggara apabila Sidang Kemuncak Ketua-Ketua ASEAN diadakan buat pertama kalinya sejak penubuhan ASEAN pada Ogos 1967.
Ia berlangsung pada 23 hingga 25 Februari 1976, di Denpasar, Bali, Indonesia, sekali gus menjadi titik tolak kepada era baharu kerjasama politik, ekonomi dan keselamatan antara negara-negara jiran di Asia Tenggara.
Pemimpin-pemimpin yang hadir Sidang kemuncak tersebut menghimpunkan lima tokoh yang mewakili negara anggota ASEAN ketika itu:
1. YAB Datuk Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia
2. Presiden Suharto, Indonesia
3. Presiden Ferdinand E. Marcos, Filipina
4. Perdana Menteri Lee Kuan Yew, Singapura
5. Perdana Menteri Kukrit Pramoj, Thailand
YAB Datuk Hussein Onn berucap pada Sidang Kemuncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang pertama di Bali, Indonesia. (Gambar: Arkib Negara Malaysia) Kelima-lima pemimpin ini menjadi perintis kepada usaha mengukuhkan perpaduan serantau melalui kerjasama yang menjadi asas kepada ASEAN hingga kini.
Fokus utama persidangan Dalam sidang tersebut, para pemimpin membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan arah tuju ASEAN, antaranya:
Aktiviti-aktiviti ASEAN sejak ditubuhkan. Perbincangan tentang pembangunan yang melibatkan negara-negara ASEAN. Menjadikan negara-negara Asia Tenggara aman, stabil dan membangun. Meneruskan dasar Aman, Bebas dan Berkecuali. Menandatangani Perisytiharan Muafakat ASEAN dan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama. Kerjasama dalam bidang ekonomi. Menurut Arkib Negara Malaysia, Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama yang dimeterai semasa sidang ini menitikberatkan usaha memupuk keamanan, persahabatan dan persefahaman antara negara anggota.
Sementara itu, Perisytiharan Muafakat ASEAN pula menyatukan cita-cita politik dan ekonomi setiap negara, di samping menegaskan komitmen untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai rantau yang aman, bebas dan berkecuali.
Selain dari mengekalkan kemakmuran dan keselamatan serantau melalui tindakan bersama, perjanjian yang ditandatangani juga turut menggariskan kerjasama dalam bentuk kemudahan sosial, kebudayaan, teknik, saintifik dan pentadbiran.
Mencipta era baharu Asia Tenggara Sidang kemuncak pertama ini menandakan permulaan era baharu dalam sejarah ASEAN, di mana semangat saling menghormati, berdikari dan kerjasama menjadi asas kekuatan bersama.
Melalui komitmen yang ditunjukkan oleh lima pemimpin berpengaruh ini, rantau Asia Tenggara mula melangkah ke arah perpaduan, kestabilan dan kemakmuran bersama, yang kekal menjadi tunjang ASEAN hingga ke hari ini.
BACA: Pemimpin Dunia Yang Tubuhkan ASEAN Pada 1967
Sumber: Arkib Negara Malaysia
The post 5 Pemimpin Pertama Jumpa Dalam Sidang Kemuncak ASEAN 1976 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/25/5-pemimpin-pertama-jumpa-dalam-sidang-kemuncak-asean-1976/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Kemuncak Asean Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini

Sidang Kemuncak Asean Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 203 hits
Sidang Kemuncak ASEAN Perdana Menteri Baharu Jepun Thailand Antara Pemimpin Tiba Hari Ini SEPANG 25 Okt Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul yang baru dipilih untuk menjawat jawatan masing ma...
Tenun Pahang Diraja Dari Penjara Bentong Hiasi Pemimpin Pada Jamuan Gala Sidang Kemuncak Asean Malam Ini

Tenun Pahang Diraja Dari Penjara Bentong Hiasi Pemimpin Pada Jamuan Gala Sidang Kemuncak Asean Malam Ini

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 268 hits
KUALA LUMPUR Tenun Pahang Diraja hasil tangan prospek di Penjara Bentong bakal mencuri tumpuan apabila busana berasaskan tenunan eksklusif itu menghiasi para pemimpin ASEAN dan dunia pada Jamuan Gala Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang K...
Sidang Kemuncak Asean Llm Syarikat Konsesi Lebuh Raya Beri Kerjasama Penuh Kepada Pdrm Dalam Pengurusan Trafik

Sidang Kemuncak Asean Llm Syarikat Konsesi Lebuh Raya Beri Kerjasama Penuh Kepada Pdrm Dalam Pengurusan Trafik

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 150 hits
Sidang Kemuncak ASEAN LLM Syarikat Konsesi Lebuh Raya Beri Kerjasama Penuh Kepada PDRM Dalam Pengurusan Trafik Sejajar dengan saranan YB Menteri Kerja Raya Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi lebuh raya bekerjasama rapat dengan ...
Lencongan Jalan Tutup Sidang Kemuncak Asean

Lencongan Jalan Tutup Sidang Kemuncak Asean

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 184 hits
Sidang Kemuncak ASEAN Lencongan penyuraian jalan 17 28 Oktober 2025Jom elak jem bersama Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan orang ramai digalakkan guna laluan alternatif atau pengangkutan awam untuk perjalana...
Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar

Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 206 hits
Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak ASEAN Timbalan PM Sah Wakili Rusia Anwar KUALA LUMPUR 21 Okt Presiden Rusia Vladimir Putin sedang mempertimbangkan untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang namun setakat ini hanya Timba...
Lencongan Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak Asean Bermula 8 Pagi Esok Pdrm

Lencongan Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak Asean Bermula 8 Pagi Esok Pdrm

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 180 hits
Lencongan Penyuraian Trafik Bagi Raptai Sidang Kemuncak ASEAN Bermula 8 Pagi Esok PDRM KUALA LUMPUR 22 Okt Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan lencongan dan penyuraian trafik secara berperingkat bermula 8 pagi sehingga 7 45 malam esok s...
E Mas 5 Dan Saga Baru Didedahkan Lebih Awal Di Sidang Kemuncak Asean

E Mas 5 Dan Saga Baru Didedahkan Lebih Awal Di Sidang Kemuncak Asean

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 177 hits
Dalam acara yang agak mengejutkan PM Anwar Ibrahim telah mendedahkan lebih awal 2 model terbaru Proton dari tarikh pelancarannya iaitu model EV e MAS 5 dan Proton Saga Ia didedahkan secara tidak rasmi di laman rasmi FB PM Anwar Ibrahim keti...
Tukar Jet Pejuang Tudm Iiringi Ketibaan Presiden Trump Di Sidang Kemuncak Asean

Tukar Jet Pejuang Tudm Iiringi Ketibaan Presiden Trump Di Sidang Kemuncak Asean

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 242 hits
Ketibaan Presiden AS Donald Trump di Malaysia disertai jet pejuang TUDM untuk Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 lawatan pertamanya sejak terpilih semula KUALA LUMPUR Hari ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tiba di Malaysia menggunakan pes...
Sidang Kemuncak Asean Bermula Hsri Ini

Sidang Kemuncak Asean Bermula Hsri Ini

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 259 hits
Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 bermula hari ini menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelusuk rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih inklusif sejahtera dan berdaya tahan Alhamdulillah pagi ini saya menya...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Cadangan Teresa Tak Hormati Sultan Kedah Jangan Sentuh Isu Babit Institusi Raja Mahdzir Khalid

Best Life Insurance Plan Malaysia Compare Choose The Right Policy

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Tomyam Putih Vs Ikan Siakap Sambal

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kajian Korea Dakwa Risiko Kanser Naik Selepas Vaksin Covid 19

Mahkamah Agung Pakistan Mengadakan Mesyuarat Setelah Peletakan Jawatan Hakim Hakim

Hari Perlawanan 8 Pertarungan Epik Menanti Di Arena

Tajuk Caj Jalan Baru Di Genting Reaksi Terkejut Dari Pengguna

Saya Adalah Anak Cucu Pejuang Sanusi Tak Gentar Pertahankan Hak Amp Kebenaran

Enam Meninggai 25 Cedera Hotel Lima Bintang Terbakar