Semua Ahli Parlimen Boleh Hadir Tiada Sidang Hibrid Kata Speaker


 
Bernama -July 25, 2021 Azhar Azizan Harun berkata, semua wakil rakyat, termasuk mereka yang belum divaksin dibenarkan menghadiri sidang khas Dewan Rakyat bermula esok.KUALA LUMPUR: Semua 220 Ahli Parlimen dibenarkan menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat mulai esok hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.
Beliau berkata, cadangan melaksanakan sidang khas Dewan Rakyat secara hibrid ditangguhkan dan soal pelaksanaannya juga tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat khas itu.
Justeru katanya, tiada had jumlah Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat, malah semua wakil rakyat, termasuk mereka yang belum divaksin dibenarkan hadir.
“Soal melaksanakan sidang Parlimen hibrid tidak akan dibincangkan dalam sidang khas dan kita tangguh sekejap cadangan itu untuk diperhalusi dengan lebih lanjut mengenai keperluan undang-undang dan sebagainya. Itulah statusnya sekarang.
“Cadangan Parlimen hibrid itu untuk kemudahan bagi membolehkan sesiapa yang mungkin tak dapat datang (persidangan Dewan Rakyat) atau tidak boleh hadir, disebabkan Covid-19.
“Kita berpendapat cadangan pelaksanaan Parlimen hibrid ini akan menjadikannya lebih selamat untuk semua orang,” katanya dalam sidang media maya baru-baru ini bagi memperincikan persiapan menjelang mesyuarat khas itu.
Ketika ini, katanya, hampir semua Ahli Parlimen sudah divaksin, dengan maklumat terkini menunjukkan 205 Ahli Parlimen melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, 12 Ahli Parlimen menerima satu dos dan tiga lagi belum divaksin.
Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi Parlimen, namun ketika ini, ia hanya mempunyai 220 Ahli Parlimen selepas dua daripadanya meninggal dunia.
Mengenai agenda perbincangan persidangan khas Dewan Rakyat, Azhar berkata, selain perkara yang ditetapkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam aturan mesyuarat, usul lain tidak akan dibincangkan.
Katanya, berbeza dengan persidangan biasa, mesyuarat khas Dewan Rakyat dibuat berdasarkan Peraturan 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyurat Dewan Rakyat yang membolehkan perdana menteri mengadakan sidang khas dengan urusan mesyuarat itu ditetapkan beliau sendiri.
“…hanya perdana menteri yang boleh menetapkan perkara yang berlangsung dalam sidang khas ini. Jadi, tiada siapa yang boleh katakan apa yang perlu dibincangkan dalam sidang khas ini, selain perdana menteri.
“Ahli Parlimen yang telah menghantar usul untuk sidang khas ini, saya akan maklumkan pada mereka. Usul mereka itu tidak boleh dibawa ke hadapan, ke sidang akan datang dan perlu hantar pemberitahuan (usul) yang baharu.”
Peraturan 11(3) memperuntukkan, pada masa Majlis dalam tangguhan, jika perdana menteri memaklumkan kepada Yang Dipertua, iaitu bagi faedah orang ramai, mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada tarikh yang ditetapkan, maka Yang Dipertua hendaklah serta-merta mengeluarkan pemberitahu menyatakan tarikh mesyuarat itu dan Majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu. Urusan-urusan bagi hari itu hendaklah ditetapkan perdana menteri dan pemberitahuan berkenaan dengan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli, tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, sidang khas Parlimen itu bertujuan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan semua proklamasi darurat serta ordinan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Mengulas dakwaan tiada sesi soal jawab atau perbahasan dalam sidang khas itu, Azhar menyifatkan dakwaan itu hanyalah “misconception” (salah faham) kerana ada ruang untuk Ahli Parlimen mengemukakan soalan serta pendapat, selepas selesai sesi penerangan menteri.
“Dalam notis saya kepada semua Ahli Parlimen, saya telah nyatakan dengan terang dan jelas, saya akan membenarkan soalan, membenarkan cadangan, semua perbincangan dan segalanya. Saya tidak tahu dari mana datangnya persepsi yang menganggap saya tidak akan benarkan sebarang perbahasan.”
Berhubung cadangan memanggil Peguam Negara, Idrus Harun ke sidang khas bagi menjawab soalan mengenai ordinan yang diwartakan sepanjang penguatkuasaan darurat, Azhar berkata, pertamanya, dalam kerangka perundangan dan Perlembagaan Persekutuan tidak dinyatakan perkara itu.
“Kedua, terpulang kepada peguam negara nak datang atau tak. Itu kalau dibenarkan kerana dalam kerangka Perlembangaan Persekutuan sekarang tidak dinyatakan sama ada boleh hadir.
“Di Malaysia, peguam negara bukan lantikan politik, maka dia tidak perlu menjawab kepada Parlimen. Kalau di UK, peguam negara adalah lantikan politik dan dia menjawab kepada Parlimen.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/semua-ahli-parlimen-boleh-hadir-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Boleh Tukar Speaker Jika Sidang Tidak Berjalan Ikut Peraturan Dr Aziz Bari

Ahli Parlimen Boleh Tukar Speaker Jika Sidang Tidak Berjalan Ikut Peraturan Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 178 hits
Sidang Parlimen 26 Julai ini sewajarnya berjalan sebagaimana sidang biasa dengan membenarkan perbahasan serta sesi soal jawab Bagi pakar undang undang Perlembagaan Dr Aziz Bari seandainya Speaker Parlimen enggan melaksanakan hal tersebut at...
Sidang Dewan Rakyat Tangguh Kami Tetap Mahu Turun Parlimen Kata Ahli Parlimen Pembangkang

Sidang Dewan Rakyat Tangguh Kami Tetap Mahu Turun Parlimen Kata Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 269 hits
July 31 2021 8 50 PMSebilangan Ahli Parlimen pembangkang sepakat tetap akan hadir ke Parlimen Isnin ini sebagai tanda bantahan PETALING JAYA Sebilangan Ahli Parlimen pembangkang tetap bertegas mahu hadir ke Parlimen Isnin ini walaupun hari ...
Sop Ketat Untuk Sidang Dewan Kata Speaker Selepas Kes Covid 19 Di Parlimen

Sop Ketat Untuk Sidang Dewan Kata Speaker Selepas Kes Covid 19 Di Parlimen

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 202 hits
MALAYSIA NOW Beberapa kes Covid 19 melibatkan kakitangan Parlimen tidak menjejaskan persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 26 Julai depan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun berkata persidangan yang akan diadakan 26 Julai depan akan dilaksa...
Hanya 80 Ahli Parlimen Dibenar Hadir Sidang Dewan Rakyat

Hanya 80 Ahli Parlimen Dibenar Hadir Sidang Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 233 hits
Hanya 80 ahli Parlimen dibenar hadir sidang Dewan Rakyat Hanya 80 ahli Parlimen dibenarkan hadir ke Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke 14 di Dewan Rakyat bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat D...
Annuar Ajak Semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Bincang Imuniti Kelompok

Annuar Ajak Semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Bincang Imuniti Kelompok

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 199 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa ambil pendekatan bipartisan bagi melicinkan tumpuan mendapatkan imuniti kelompok secepat mungkin PETALING JAYA Ahli Parlimen DAP Umno PKR Bersatu termasuk senator diajak duduk bersama membincangkan us...
Tukar Kerajaan Pn Bukan Lagi Pilihan Jangan Biar Lebih Ramai Terkorban Kata Ahli Parlimen Pkr

Tukar Kerajaan Pn Bukan Lagi Pilihan Jangan Biar Lebih Ramai Terkorban Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 258 hits
freemalaysiatoday com July 17 2021 11 45 PMAhli Parlimen Kapar Abdullah Sani berkata perubahan tidak boleh dilengahkan kerana semakin hari rakyat makin derita PETALING JAYA Pertukaran tampuk kepemimpinan bukan lagi pilihan tetapi wajib dila...
Peguam Ini Dakwa Semua Ahli Parlimen Dan Rakyat Malaysia Ditipu Hidup Hidup Oleh Muhyiddin

Peguam Ini Dakwa Semua Ahli Parlimen Dan Rakyat Malaysia Ditipu Hidup Hidup Oleh Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 180 hits
July 17 2021 AMPUN TUANKUTuanku dengan seluruh Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia telah ditipu hidup hidup oleh Perdana Menteri Jemaah Menteri dan Yang di Pertua Dewan Rakyat Titah Tuanku pada 16 Jun 2021 adalah supaya Parlimen iaitu Dewan R...
Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal

Muhyiddin Punyai Sokongan Cukup Dan Jitu Di Parlimen Sidang Dewan Ditangguh Bukan Kerana Politik Kata Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 261 hits
Ahmad Faizal Azumu berkata dakwaan Muhyiddin menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini kerana bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang adalah tohmahan dan tidak berasas sama sekali PETALING JAYA Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu ...
Mahathir Kata Sidang Parlimen Khas Dibuat Secara Olok Olok Lepas Desakan Agong

Mahathir Kata Sidang Parlimen Khas Dibuat Secara Olok Olok Lepas Desakan Agong

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 171 hits
Mahathir kata sidang parlimen khas dibuat secara olok olok lepas desakan Agong Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa kerajaan mengadakan sidang parlimen khas pada 26 Julai ini dibuat secara olok olok sebagai respons terha...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Penerima Zakat Untuk Fii Sabilillah Apakah Terbatas Hanya Pada Jihad

Salam Nuzul Alquran Kuiz Menguji Pengetahuan Tentang Al Quran

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah