Tentera Maafkan Asri Janggut


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima permohonan maaf peniaga burger yang tular baru-baru ini, Asri Janggut, atas kenyataannya bahawa kebanyakan polis dan askar tidak menjaga solat.
Meskipun menyifatkan kenyataan itu keterlaluan dan mengguris hati warga ATM yang beragama Islam, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Affendi Buang (TUDM) dipetik ATM sebagai berkata bahawa manusia biasa memang tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan.
“Oleh yang sedemikian, ATM mengambil pendekatan menerima permohonan maaf individu berkenaan yang disiarkan juga di media sosial PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) pada 12 Ogos 2020.
“Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa peka dan berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan, pendapat, pandangan mahupun apa jua ulasan […]” kata ATM dalam satu kenyataan hari ini.
Kata ATM, kemaafan akan dapat memberikan ketenangan bukan saja buat si pesalah, tetapi juga buat orang yang memaafkan kesalahan berkenaan.
Namun, ATM berpesan agar semua pihak berhati-hati mengeluarkan kenyataan, dengan memetik pesanan Rasulullah SAW dalam satu hadis agar manusia menjaga “apa yang ada di antara tulang dagu (mulut dan lidah) dan antara dua kakinya (kemaluan)” bagi mendapat jaminan syurga.
“Awasilah dalam berkata-kata. Jangan disebabkan tergelincir dan kelembutan lidah yang tidak bertulang menjadi punca dosa dan dimasukkan seseorang ke dalam neraka.
“ATM berharap agar perkara seumpama ini tidak akan berulang di masa mendatang dan menyeru masyarakat untuk tidak membangkitkan lagi perkara ini di khalayak umum bagi menjaga keharmonian semua,” kata ATM lagi.
Asri atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid menjadi perhatian apabila video rakamannya tular memaparkan apa yang didakwa sebagai penguatkuasaan berat sebelah terhadap penjaja di Sungai Buloh, Selangor.
Dakwanya, penjual rokok seludup dan pemilik pusat judi haram tidak dikenakan tindakan oleh penguatkuasa. Ia mengundang perdebatan hangat di media sosial.
Susulan itu, polis membuat serbuan di Sungai Buloh, manakala beberapa penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan atas dakwaan menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh.
Namun, tidak lama selepas itu, nama Asri meletus sekali lagi di media sosial apabila satu lagi video tular yang memaparkan dia mendakwa kebanyakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta ATM tidak menjaga solat masing-masing.
Ekoran itu, polis membuka dua kertas siasatan ke atasnya.
Asri bagaimanapun telah memohon maaf secara terbuka, dengan menyifatkan kenyataannya sebagai silap jahil, bodoh dan celupar.
“Saya memohon jutaan maaf kerana saya tidak jangka boleh cakap macam itu… mereka adalah pembantu negara, saya sekali lagi memohon maaf kerana Allah, maafkan atas segala kesilapan saya.
“Saya mengakui kebodohan, kesilapan saya dan reda atas apa yang berlaku, sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya PDRM dan ATM,” katanya. MK
The post Tentera maafkan Asri Janggut appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/13/tentera-maafkan-asri-janggut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Akui Kelemahan Saya Asri Janggut Mohon Maaf Atas Kenyataannya Terhadap Pihak Polis Dan Tentera

Saya Akui Kelemahan Saya Asri Janggut Mohon Maaf Atas Kenyataannya Terhadap Pihak Polis Dan Tentera

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 541 hits
Panas hari ini tular sebuah video mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Asri Janggut individu yang sama membongkarkan sarang perjudian di Sungai Buloh keatas pihak berkuasa sehingga membuatkan netizen bengang terhadapnya Dalam video yang...
Kebanyakan Yang Masuk Jadi Polis Tentera Tak Jaga Solat Kenyataan Asri Janggut Undang Reaksi Negatif

Kebanyakan Yang Masuk Jadi Polis Tentera Tak Jaga Solat Kenyataan Asri Janggut Undang Reaksi Negatif

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 447 hits
Tindakan Asri Janggut atau nama sebenar Mohd Asri Hamid 42 mendedahkan lokasi pusat perjudian di kawasannya beberapa hari lalu mendapat banyak perhatian pelbagai pihak termasuk polis dan kerajaan Ramai yang menganggap pengasas perniagaan Ho...
Hina Polis Tentera Bukit Aman Siasat Asri Janggut

Hina Polis Tentera Bukit Aman Siasat Asri Janggut

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 507 hits
Mior Faridalathrash Wahid KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan memanggil pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut berhubung kenyataannya yang seolah olah menghina polis dan Angkatan Tentera Malaysia menerusi video t...
Asri Janggut Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Kata Polis Dan Tentera Tak Jaga Solat

Asri Janggut Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Kata Polis Dan Tentera Tak Jaga Solat

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 845 hits
NAMA Asri Janggut hangat diperkatakan selepas dia membuat dakwaan pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh Selangor Malah isu itu turut mendapat perhatian Ketu...
Tohmah Polis Tentera Tak Jaga Solat Asri Janggut Mohon Maaf Secara Terbuka

Tohmah Polis Tentera Tak Jaga Solat Asri Janggut Mohon Maaf Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 629 hits
KUALA LUMPUR Selepas membuat tohmahan kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat semalam pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka Mohd Asri 42 yang lebih dikenali seba...
Kenyataan Hina Polis Tentera Asri Janggut Akan Dipanggil Ke Bukit Aman

Kenyataan Hina Polis Tentera Asri Janggut Akan Dipanggil Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 590 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan memanggil pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut berhubung kenyataannya yang seumpama menghina Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia Asri membuat kenyataan yang d...
Tentera Terima Permohonan Maaf Asri Janggut

Tentera Terima Permohonan Maaf Asri Janggut

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 485 hits
98 total views 96 views today Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menyifatkan dakwaan yang dibuat pemilik portal Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut bahawa anggota ATM tidak menjaga solat telah men...
Pendedahan Terbaru Kes Asri Janggut

Pendedahan Terbaru Kes Asri Janggut

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 446 hits
Pendedahan Terbaru Kes Asri Janggut Asri Janggut yang mencetuskan kegemparan dengan pendedahan mengenai kegiatan penjualan rokok seludup dan pusat perjudian tanpa lesen baru baru ini pernah ditawarkan tapak gerai sementara Menurut Timbalan ...
Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu

Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh